Followers

Thursday, May 16, 2013

::Selamat Hari Guru 2013::

Selamat Hari Guru bagi sesiapa yang menggalas tanggungjawab sebagai pendidik, tak kira di peringkat mana pun.  
 
Seawal usia kecil di tadika hinggalah ke Universiti GURUlah memainkan peranan besar dalam membaja ilmu dalam diri kita.   
 
Bayangkan jika tiada insan bergelar GURU mungkin kita masih teraba-raba dalam mencari arah tuju kehidupan.  Besar jasa GURU buat kita.
 
Setinggi mana pun kedudukan seseorang itu, sejauh mana pun langkah dibuka, segagah mana pun seseorang itu berdiri, segala apa diperoleh bermula dari seorang GURU.
 
Tahniah bagi warga pendidik atas segala pengorbanan dari segi masa dan tenaga demi memastikan anak bangsa menjadi insan berguna.  
 
Teruskan niat suci murni dan jangan patah semangat! 1ASPIRASI 1AGENDA!!
 
Hanya Allah SWT dapat membalas segala jasa yang telah diberi.  Terima kasih CIKGU/GURU/TEACHER/USTAZ/USTAZAH/PENSYARAH dan seangkatan dengannya!    








nota:  hanya insan kerdil...

No comments :

Post a Comment