Followers

Saturday, May 18, 2013

::Senyumlah Sikit::

Kepada sesiapa yang berkhidmat di kaunter, silalah dengan ikhlas ataupun terpaksa berikan senyuman kepada para pelanggan.  

Kuntuman senyuman yang lahir dari bibir anda sebenarnya banyak membantu dan mengendurkan suasana tegang terutama buat pelanggan yang bingung berdepan masalah.  

Sekiranya pada hari itu enggan mengukir senyuman, mintalah jasa baik ketua ataupun rakan sekerja bertukar tempat buat seketika sehingga anda mampu kembali tersenyum.  

Adalah lebih baik anda tidak berdepan dengan gelagat manusia dari mengeruhkan keadaan lantas kelak mengundang rasa kurang senang pada orang yang datang berurusan.

Banyak kali rasanya saya berdepan dengan situasi begini.  Mula-mula cuak juga nak berurusan tapi bila lama-lama lihat perangai yang ditunjuk menjengkelkan pula rasanya.

Kita sedia maklumkan, apabila kita melangkah masuk ke mana sahaja, orang yang terawal kita jumpa sudah pastilah yang berada di kaunter pertanyaan.  

Tak kisahlah di mana sekalipun dari bank ke pejabat pos, agensi Kerajaan juga organisasi swasta, semuanya bermula di kaunter.

Boleh dikatakan pekerja kaunter menggalas tugas penting dalam organisasi.  Jadi kunci utama dalam melaksanakan tugas adalah SENYUMAN.

Tidak boleh tidak.  Bayangkan warga tua hilang arah lantas datang bertanya, dengan lemparan senyuman hilang kegusaran di hati.  Yang muda pula akan penuh keyakinan untuk meneruskan urusan.

Bukankah senyum itu satu sedekah?  Tanpa perlu mengeluarkan duit sudah dapat pahala secara percuma.  Saya tahu, penat melayan kerenah orang berurusan di kaunter.

Kadang-kadang kena beri penerangan lebih dari 10 kali pun masih tak faham lagi.  Waktu itu tahap kesabaran pula dituntut.  Biasalah, ragam manusia!

Tapi itulah, sudah menjadi tanggungjawab.   Anda mendapat rezeki dengan cara begitu kenalah ikhlas.  

Takkan selepas ini kena ada pesanan khidmat masyarakat melalui TV/Radio mohon anda menguntumkan senyuman. 

Saya bukanlah cerewet sangat tapi most of the time memang kecewa dengan mereka-mereka yang seharusnya melemparkan senyuman tapi sebaliknya hadiahkan kita dengan muka masam mencuka.

Saya pasti ramai berhadapan situasi sebegini.  Ada yang berani terus menyuarakan rasa hati, tapi kebanyakkannya seperti saya, hanya melihat sahaja dan membuku di hati.  

Nampak gaya selepas ini pihak atasan kenalah beri kursus dan ajar mereka yang tak pandai senyum ini mengorak bibir untuk memberi senyuman.  

Harap sangat perkara remeh seperti dapat diatasi dan dalam masa yang sama tak salah juga untuk kita memulakan senyuman.  Tak perlu tunggu orang di kaunter mulakan dahulu.  

Apa salahnya senyumkan?  Tak rugi apa pun...



    
nota:  senyum seindah suria...

No comments :

Post a Comment