Followers

Saturday, May 18, 2013

::Tabahnya Hati::

Umum dah mengetahui kes tangkap khalwat seorang aktor hari ini.  Tak perlulah saya kupas isu penangkapan tersebut, cari sahaja dalam internet bersepah berita tersebut.
 
Semua pun tertanya-tanya dengan siapa dia dicekup memandangkan status dirinya sebelah kaki dah diikat.  
 
Mengejutkan bila tunangnya tampil dan membuat pengakuan bakal suaminya itu ditangkap bersama gadis lain, bukannya dengan dia.
 
Alamak, macamana tu?  Tapi tabik betul pada tunang aktor ni.  Dia tenang dan tidak cepat melatah malah enggan menerima berita tersebut bulat-bulat.  
 
Dia turut beri peluang pada si aktor untuk beri penjelasan.  Kiranya dia mahu tahu dari mulut tunangnya sendiri.  Kuat betul semangat diakan?
 
Terus-terang kalau sayalah di tempat dia, macam-macam dah bermain di kepala.  80% dari apa dikhabarkan saya dah percaya.  Baki 20% tu mungkin sekadar nak sedapkan hati.
 
Mungkin juga saya sudah menerjah si lelaki tersebut menuntut penjelasan sewajarnya, sama seperti apa dilakukan Abby Abadi pada Norman Hakim satu ketika dahulu.
 
Selagi tak dapat jawapan, saya tak akan mampu duduk tenang sambil menanti satu kepastian.  Apatah lagi waktu itu telefon pasti berdering-dering masuk bertanyakah hal tersebut.
 
Berbeza dengan perempuan tersebut,  dia bersabar dan tidak mahu menganggu tunangnya yang sedang berlakon.  Aktor tersebut hanya akan bersemuka dengan tunangnya sebaik sahaja habis shooting.
 
Sudahlah aktor tersebut menafikan berita penangkapan pada tunangnya sewaktu khabar angin bertiup kencang dan hanya mengiakan bila pihak JAIS mengeluarkan kenyataan rasmi.
 
Bukan calang-calang orang boleh tangani situasi sebegini.  Agaknya kalau saya, sudah bengkak-bengkak mata menangis.  Beribu maki hamun terhambur dari mulut!
 
Kita tengoklah sahaja nanti apa berlaku selepas ini.  Jika aktor tersebut tidak bersalah dan dia difitnah seperti apa dinyatakan, harap ikatan pertunangan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.
 
Allah bersama-sama orang yang sabar dan saya yakin wanita tersebut pasti Allah pelihara kerana ketulusan hatinya.
 
Macam-macam halkan?  Ada beberapa rakan saya mempertikaikan kenapa pihak JAIS mengeluarkan Press Release siap dengan nama sekali berita penangkapan ini?  Adakah kerana dia seorang artis?
 
Sekiranya penangkapan tersebut melibatkan VVIP atau Pak Menteri, adakah pihak JAIS akan buat perkara yang sama?  
 
Saya pun tiada jawapan tapi ada bagusnya perkara sebegini didedahkan.  Ia merupakan amaran buat orang ramai untuk tidak melakukan benda yang sama.
 
Ada juga kes seolah kena perangkap, ala-ala cerita Adam & Hawa..hehehe..kalau kena begitu kesian, yalah siapa nak perkara sebegini berlaku!
 
Berbalik pada kisah penangkapan tersebut, biar pihak berkuasa jalankan siasatan dan jatuhkan hukuman sewajarnya jika didapati bersalah.
 
Apa pun kita doakan yang terbaik untuk pasangan tersebut ;)
 
 
 
 
nota:  bersangka baik...     
 
  
 

No comments :

Post a Comment