Followers

Tuesday, May 7, 2013

::Tahniah Barisan Nasional::

Dah tamat semuanya!  Terima sahaja dengan hati terbuka meski banyak yang terbuku.  Suka atau tidak Barisan Nasional sekali lagi diangkat menjadi perwira PRU 13.
 
Bercampur baur rasa.  Macam nak cerita banyak perkara tapi masih diperingkat timbang-tara.  Bukan apa, takut nanti tak terhabis bercerita.  Berjela-jela jadi Hikayat 1001 malam.
 
Tapi okay jugakan kalau buat entri Pasca PRU 13!  Tak kisahlah orang nak baca atau tidak, nak benci atau tidak segala intipati yang ada, janji dapat diterjemahkan di sini.
 
Tengoklah nanti!  Kalau ada, adalah.  Kalau tiada saya simpan di dalam hati.  Lagi pun ramai dah menjadi pelapor di alam siber ni.  Lebih kurang semuanya.
 
Tahniah Barisan Nasional.  Dukunglah amanah diberikan sebaik mungkin dan bawalah perubahan demi kemajuan Malaysia.  Buktikan Kerajaan sedia ada ini relevan buat kami semua.
 
Masih belum bersemangat nak buat entri sebenarnya.  Badan dan fikiran lemah penangan keputusan pilihanraya.  Mungkin esok semangat kembali pulih!
 
 
 
nota:  pendek jelah...
 

2 comments :

  1. Frust jugak, tapi sebaik Dun n Parlimen n Negeri saya menang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mine apa yg i vote pon menang jgk both DUN & Parlimen..hw good if menang secara keseluruhan..

      Delete