Followers

Saturday, June 29, 2013

::Cerita Di Hari Sabtu::

Dua tiga hari rasa sangat tak sedap badan, emosi meracau.  Semua benda pegang serba tak kena.
 
Rupa-rupanya best friend nak datang.  Patutlah selera pun boleh tahan.  Tahap ular sawa tak jumpa mangsa sebulan.  Apa sahaja terlintas mahu dibaham.
 
Kenapalah muncul minggu ini?  Kalau minggu depan, ada peluang dapat berpuasa penuh untuk sebulan.  Saja tau nak cuti dalam bulan Ramadhan nanti.
 
Semalam sehari suntuk berjalan.  Menemankan Nova beli barang, berjalan sampai ke petang.  Lama tak keluar berlibur, gelak-ketawa sambil membeli belah.  
 
Semalamkan Jumaat, itu yang keluar awal.  Tak mahu tersangkut dalam kesesakan melampau.  Ada jugalah tersekat tapi taklah teruk sangat.
 
Hari ini macam tak ada apa-apa.  Abang kerja, duduk rumahlah nampak gayanya.  Okay juga tak keluar, cuaca boleh tahan membahang.  
 
Insyaallah, minggu depan projek popiah bermula.  Nanti saya war-warkan berapa harga ya.  Tahun ni ada assistan, Ayu Bam Bam.  Tak adalah kelam-kabut macam tahun lalu.
 
Chef De Mission tetap Abang.  Dia kuat sikit nak sira popiah atas kuali.  Lagi pun dia memang punya bakat memasak berbanding saya.  Saya hanya pandai menggulung popiah ;)
 
Entri ni tak ada cerita sangat.  Apa yang terlintas di kepala, terus canai di sini.  Oh ya, Black Mask Shesido dah restock sekali dengan Naturgo.  Nanti-natilah saya tayang gambar.
 
Ramai pula rakan-rakan mula berniaga sejak akhir-akhir ni.  Cari rezeki lebih untuk sambut lebaran barangkali.  Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana.  Yang penting kita berusaha.
 
Lagi pun, memang Rasulullah SAW dah bersabda, 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari berniaga jadi apa salahnya.  Janji kita ikhlas dan tidak mengambil kesempatan.
 
Saya pula jenis seronok tengok orang lain berniaga.  Ada rezeki, Insyaallah saya support business mereka tapi tak adalah membeli secara membuta.  Saya beli bila ianya memang perlu.
 
Kalau setakat beli lepas tu tak pakai/guna/makan, membazir namanya.  Asal nama membazir dah menjadi sahabat syaitan pula so pandai-pandai buat pertimbangan.
 
Bagi yang menjual pula, bila rakan-rakan kita tak membeli janganlah mencemuh.  Mereka punya alasan tersendiri.  Kalau bukan dari mereka, Insyaallah datang dari orang lain.  
 
Tadi tertengok gambar di FB seorang rakan yang pergi ujibakat Akademi Fantasia.  Ya Allah ramainya.  Dapat sambutan betul program ni ya?  
 
Hari tu bukan kata takkan ada lagi Akademi Fantasia, tup-tup ada balik.  Ini mesti pendapatan Astro terjejas bila tiada curahan duit SMS dari peminat tegar program tersebut..hehehe...
 
Sambil menaip entri, sambil meninjau keluar.  Amboi, birunya langit yang terbentang indah, dihiasi pula tompokan putih Sang Awan.  Mendamaikan!
 
Terus terbayang berada di tepi pantai sambil mendengar deruan ombak, duduk bersantai tanpa memikirkan apa sahaja membelenggu fikiran.  Asyiknya!!!
 
Bila agaknya nak rasai semula saat tenang sebegitu.  Adalah rezeki satu hari nantikan, Allah pasti sedang merancang sesuatu yang terbaik buat kami semua.
 
Okaylah nak menghayati hujung minggu di atas katil.  Nak solat dah tak boleh, silap-silap dengkur di petang hari yang berbunyi.
 
Selamat berhujung minggu bloggers!    
 
 
 
 
nota:  tiba-tiba mengantuk... 

Wednesday, June 26, 2013

::Syura Juara Masterchef Selebriti 2::

Semalam secara sahih Syura berjaya memegang mahkota juara bagi Masterchef Selebriti Musim Ke-2 setelah bertarung sengit dengan Celina Khor di peringkat akhir.

Tahniah buat Syura yang dianggap peserta "under dog" oleh ramai pihak berjaya membuktikan penyertaan dalam pertandingan ini bukan sekadar mengisi ruang.

Tak tengok pun semalam apa juadah yang dipertaruhkan oleh kedua-dua peserta tetapi bila sudah diangkat sebagai juara, bermakna juri pasti punya alasan mereka tersendiri.

Tapi terus terang saya katakan, Masterchef Selebriti ni dahsyat juga persaingannya.  Melihatkan mereka memasak seolah bukan lagi tukang masa amatur.  Cuba suruh saya masak? hmm.....hahahaha....

Cuma tak sukalah bila kemenangan Syura dipertikai sehingga dia dihentam teruk di laman-laman sosial.  Aduh, janganlah emosi sangat!

Mungkin Celina begitu konsisten sepanjang pertandingan dan sering memberikan menu masakan sesuatu yang baru dan di luar kotak, tetapi  para juri peringkat akhir bukannya melihat prestasi Celina dari awal.

Kasihan Syura.  Sepatutnya penonton berbangga bilamana peserta yang tidak langsung memberi cabaran boleh muncul juara.  Itu menandakan dia melalui peningkatan drastik.

Kemenangan tersebut juga membawa tuah bagi badan kebajikan yang diwakili oleh Syura, Breast Cancer Wellfare Association.  Secara automatik RM60, 500 akan disalurkan ke pusat tersebut. 
 
Tahniah sekali lagi buat Syura.  Inilah rezeki namanya, Insyaallah dia akan bawa ibunya menunaikan umrah dan hadiah tiket penerbangan yang dimenangi bolehlah Syura dan suami pergi berbulan madu.


 Gambar dari Google Image, web:  beautifulnara.com




nota:  terima dengan hati terbuka..

::Tak Faham Betul::

Memulakan hari Rabu dengan bacaan IPU 114 jam 7 pagi dan semakin baik menjelang tengahari.  Namun cuaca tetap murung tidak sealiran dengan kegirangan di hati bila jerebu mula berlalu pergi.

Sudah beberapa hari berkurung di rumah enggan lemas dalam kabut asap yang sungguh menyesakkan dada.  Kasihan saya pada rakan-rakan terpaksa juga melawan ganas jerebu demi mencari rezeki halal.

Tak apa, Allah tahu segala niat murni.  Insyaallah akan sentiasa dilindungi.  Sekolah pun sudah dibuka semula cuma Buah Hati masih lagi di rumah. 

Biarlah sehingga keadaan sedikit baik, dia bukan boleh tahan dengan keadaan sebegini.  Senang sahaja dijangkiti.  Silap langkah dengan mudah menjadi tetamu hospital.

Tapi dalam keadaan begini, masih ada lagi ibu bapa ambil remeh tahap kesihatan anak-anak.  Bukan nak kata saya pandai sangat tapi perkara sebegini tak perlu rasanya untuk ditekankan.

Dalam keadaan jerebu hebat meliputi awan, boleh pula sepasang suami isteri ini bawa anak bersiar-siar menaiki motor tanpa sebarang perlindungan.  Anak didirikan dan motor dipandu secara perlahan, kononnya menikmati pemandangan.

Di mana kewarasan sebagai orang dewasa?  Di tengah kekalutan Kerajaan mengumumkan keadaan jerebu di paras bahaya, masih ada lagi tidak endah amaran!

Bukan itu sahaja, ada juga saya lihat budak-budak sibuk main bola di padang, orang gaji menolak kereta sorong di dalam ada anak bawah tiga tahun bagi tujuan berjalan-jalan dan macam-macam ragam lagi.

Saya yang dewasa ini dengan mudah perit hidung bila jerebu mula meneroka ruang rongga hidung, apatah lagi budak-budak.  Ibu bapa mereka tak ambil kisah betul, agaknya mereka punya klinik sendiri.

Ambillah endah sedikit keadaan sekeliling.  Jika anak jatuh sakit dengan mudah penyakit tersebut berjangkit pada orang lain.  Cubalah jadi ibu bapa yang bertanggungjawab bukan ambil mudah dalam semua perkara.






nota:  tak fahamkan dengan pemikiran sesetengah orang...


 

::R.I.P Dr Herbert Ambrose::

Kelmarian kami sekeluarga gempar dengan kematian our family doctor, Dr Herbert Ambrose, Klinik Mediviron Giant Kelana Jaya.
 
Dekat nak 10 tahun lebih guna khidmat doktor tersebut.  Kami semua senang sangat dengan beliau.  Apa sahaja berkaitan perubatan dan nasihat profesional pasti rujuk padanya.  
 
Since move out from Kelana Jaya, sakit macamana pun saya tetap ke sana.  Sanggup telefon klinik dan bertanya Dr Herbert bertugas bila.  Kalau dia tiada, saya akan tunggu sehingga dia kembali bertugas.
 
Not only us, mostly his patience sanggup beratur panjang demi bertemu mata dengannya.  Still remember he skipped lunch the whole day semata-mata memenuhi hasrat pesakit yang mahukan rawatan.
 
I myself memang sangat serasi dengan Dr Herbert.  Jika ada sakit yang perlu refer pada pakar he will suggest among his friends.
 
Best part, bila tengok sahaja muka kita dia akan ingat apa masalah kesihatan kita sebelum-sebelumnya. 
 
Kalau jumpa tanpa ambil sebarang ubat, doctor's fee pun dia tak kenakan.  Dengan orang lain tak pastilah, tapi dengan kami itu perkara biasa.
 
Kadang-kadang kami sekeluarga masuk ramai-ramai ke bilik doktor.  Senang, tak perlu nombor giliran.  Sekali jalan semua dia check.
 
Kami sekeluarga dirundung murung bila mengetahui kematian Dr Herbert.  Itu pun kebetulan Siti Cutie menelefon klinik untuk bertanyakan pukul berapa doktor bertugas.
 
Memang terkejut dan sedih.  Kali terakhir saya bertemu beliau penghujung Mac and he passed away early April.  Bout 2 weeks after we meet him.  Khabarnya serangan jantung secara tiba-tiba.
 
Personally Dr Herbert is a very nice person.  Ayu Bam Bam one of his favourite patience among us.  She use to see Dr since 7 years old so setiap kali jumpa doktor mesti dia kena sakat lebih.
 
Ada sekali, kami terserempak di parking kereta.  Kami baru sampai dan dia mahu pulang tapi sanggup patah balik ke klinik semula atas permintaan kami.
 
Abang pun saya paksa dia guna khidmat Dr Herbert.  Senang cerita, kad kami semua setebal buku sebab tak pernah lagi bertukar doktor semenjak kenal doktor ini.  

Bila saya khabarkan berita tersebut pada Abang dia pun terkasima seketika.  Macam tak percaya pun ya.  Dia pun tumpang sedih dengan kehilangan doktor kegemaran ramai.
 
Lepas ni tak tahu nak cari doktor mana yang serasi.  Mungkin kami tidak akan lagi singgah ke klinik tersebut takut sedih mengenangkan kematian beliau.
 
Masih terbayang wajah Dr Herbert dan gaya tutur kata yang begitu profesional, lembut dan penuh dengan nasihat berguna.  Pasti ramai pesakit akan merindui beliau.
 
R.I.P Dr Herbert Ambrose.  Terima kasih membantu kami sekeluarga selama ini.  Banyak kenangan kami bersama Dr.  Kehilangan amat dirasai!
 
Apa pun doktor juga seorang manusia biasa.  Mana mungkin dia mampu menolak ketentuan  setiap yang hidup pasti akan mati.         



nota:  seharian hati gundah...

Tuesday, June 25, 2013

::Nuffnang Premier Screening ~World War Z~::

Filem baru yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, World War Z (WWZ) dengan menampilkan pelakon hebat Brad Pitt sebagai hero, boleh tahan juga jalan ceritanya.

Terima kasih Nuffnang memilih saya sebagai pemenang untuk turut serta dalam tayangan perdana pada minggu lepas.

WWZ berklasifikasi PG13 manakala genre filem pula action thriller.  Berkisarkan pertembungan di antara manusia dan zombi.  By the way, zombi ni wujud ke?

Cerita ini mengisahkan Gerry Lane (Brad Pitt) dari United Nations ditugas untuk menentangkan kebangkitan zombie yang bukan sahaja merbahaya bagi Kerajaan Amerika, tetapi juga buat rakyat khususnya. 

Gerry telah diarah ke Jerusalem dan bertemu pihak Israel yang mempunyai kepakaran dalam menentang dan menghapuskan zombie secara agresif.  

Pengakhirannya sudah pasti Gerry berjaya dalam misi tersebut.  Cuma bagi saya filem ini sedikit berat sebelah dalam menggambarkan Isreal ke saya sedikit emosi bila melihat kaum itu.  

Kalau nak tahu cuba tonton WWZ dan nilaikan.  Dari 5 bintang, saya anugerahkan 3 bintang.  Tempah tiket sekarang sekiranya anda peminat Brad Pitt kerana aura bintang masih belum hilang lagi pada beliau.


 Gambar dari Google Image



nota:  terima kasih daun keladi....
  

 

 

::Akhirnya...::

Setelah berhari-hari diselebung masalah jerebu yang berlarutan, akhirnya hari ini hujan turun jua.  Di saat IPU negeri Selangor mencecah 200++, Allah menurunkan rahmat dari langit.
 
Walaupun tak selebat mana dan tempoh hujan turun lebih kurang sejam lebih, itu sudah cukup mengurangkan bacaan IPU ke 178 di Petaling Jaya.  Alhamdulillah!
 
Harapnya esok kualiti udara akan bertambah baik, tak perlu lagi sesak dada juga pedih mata.  Mujur batuk, selsema dan sakit tekak tidak menyinggah.
 
Tapi sedih juga bila jerebu sudah mula bergerak ke Utara Semenanjung Malaysia.  Bacaan IPU di Manjung contohnya mencecah paras bahaya.  
 
Ya Allah, Kau selamatkanlah sanak-saudara ku yang berada di sana.  Moga habuk jerebu ini akan bergerak pantas dan meninggalkan Malaysia.
 
Dalam keadaan begini, hari-hari hujan pun semua redha.  Takkan ada yang merungut, malah bersyukur sangat.  Cuma risau banjirlah pula.
 
Apa jua keadaan Allah berikan, kita terima seadanya.  Kisah alam banyak rahsia tersembunyi.  Segala baik dari Allah SWT, apa jua yang buruk datang dari kita hambaNya.
 
 
Jarak penglihatan yang minima, penangan jerebu.  Gambar ini dirakam semalam, Lebuhraya SPRINT jam 10 pagi.  Cuaca gelap ibarat jam 7 pagi.


 
 

 
 Langkah berjaga-jaga demi memastikan tahap kesihatan tidak terjejas.  Gambar popular sepanjang minggu ini :) semua orang pun bergambar sebegini!
 





nota:  suburkan harapan....
 
 

Sunday, June 23, 2013

::Jerebu Berterusan::

Sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan sebahagian Johor ditutup ekoran kualiti udara tidak sihat.  Arahan ini juga termasuk pusat jagaan serta tadika-tadika swasta.
 
Tersenyumlah anak-anak semua tak perlu bangun pagi untuk bersiap ke sekolah tapi para ibu pastinya kalut bilamana anak tidak dapat dihantar.  Ramailah yang turut cuti kecemasan.
 
Setakat jam 5 petang tadi, bacaan IPU bagi Petaling Jaya naik ke 150++.  Berdoa sangat esok IPU akan turun.  Kalau boleh tak mahu sampai darurat seperti di Muar dan Ledang.
 
Bagi yang ingin tahu bacaan IPU di kawasan anda boleh ke:  http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx.
 
Bila agaknya Kerajaan nak mulakan pembenihan awan?  Kalau dah sampai seluruh negara terjejas, seharusnya langkah tersebut dilakukan segera.  Ini pun dikira keselematan awan juga.
 
Ramai menunding jari sana sini ekoran jerebu teruk melanda.  Negara Indonesia dikecam teruk kerana gagal bertindak sewajarnya mengelakkan masalah jerebu ini berlarutan.
 
As for me, ini bukan masa untuk saling menyalahi.  Apa yang kita mahukan masalah ini selesai segera dan kesihatan rakyat berada ditahap baik.  Ekonomi negara boleh terjejas teruk sekiranya perkara ini berpanjangan.
 
Tadi saya ada baca di satu laman web (tak ingat pula yang mana satu) mengatakan masalah jerebu ini akan berterusan sehingga Ogos.  Kalau betul, banyak aktiviti luar akan terhalang.
 
Sesiapa yang sesak nafas secara tiba-tiba terutamanya pesakit asma segera dapat bantuan di klinik mahupun hospital berhampiran.  Topeng muka jangan lupa pakai.  
 
Harapnya penjual topeng tidak akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tiba-tiba.  Kasihanlah, saat ini kita semua memerlukannya.  Jangan tekan rakyat sendiri.
 
Dalam berita tadi turut menyatakan topeng muka boleh didapati secara percuma di hospital-hospital Kerajaan terutama penghidap asma.
 
Rasanya jerebu kali ini paling teruk berbanding sebelum-sebelum tetapi negeri Sarawak pernah catat bacaan IPU 800++ pada satu ketika dahulu.  Kiranya itu antara terburuk.
 
Entahlah, barangkali Allah mahu menunjukkan sesuatu pada kita semua.  Segala apa terjadi hari ini pasti ada rahsia tersembunyi disebalik segala musibah melanda.
 
Masjid-masjid tak mahu melakukan Solat Hajat ke mohon keadaan pulih?  Betul kita boleh buat sendirian tapi jika dilakukan secara berjemaah, Insyaallah lebih bagus.
 
Saya dah macam penyampai kaji jerebu lagaknya.  Dah tak ada entri lain, semuanya berkisar masalah jerebu.  Maaflah ya, saya tahu isu ini boleh baca dimana-mana sahaja laman web.
 
Cuma tak salahkan saya berkongsi rasa?  Badan pun dah rasa tak sedap, migrain mula menyerang dan hidung dah gatal.  Ada-ada masa mata berair.  
 
Kena banyak ambil vitamin C atau apa sahaja yang boleh membantu peningkatan imunisasi badan.  Paling tidak, minum banyak air dan kerap mandi.   
 
Semoga esok semakin baik dan masalah ini tidak akan membelenggu kita dalam satu tempoh lama.  Harapan sentiasa ada, yang penting munajat pada Yang Esa.    




Jangan tinggal ini walau di mana sahaja berada terutama berada di luar.  Imej dari Google Image



 
 


nota:  hati sentiasa dirundung kerisauan...

Peringatan Untuk Semua

Keadaan jerebu semakin membimbangkan, Muar sudah diwarta darurat berikutan bacaan IPU mencecah 700++ pagi tadi. Kuala Lumpur & Petaling Jaya sudah berada dalam zon kurang sihat.

Sesak dada dan pedih mata bila berada di luar rumah.Pagi tadi keluar sudah mula pakai topeng muka.Ya Allah risaunya!!

Kerajaan bercadang menyegerakan pembenihan awan.  Peringatan khusus buat semua, sekiranya hujan di kawasan anda, elakkan dari terkena air hujan.

Air hujan tersebut dikhuatiri mengandungi bahan kimia dan boleh membahayakan kesihatan.  Kalau boleh kita panjangkan pesanan ini.

Elakkan pembakaran secara berleluasa dan jangan berada di luar rumah.  Jika badan terasa gatal, segera mandi takut effect jerebu pada kulit pula nanti

nota:  entri pendek dari Samsung Note

Saturday, June 22, 2013

::Jerebu Mula Menyerang::

Pantas sungguh masa berlalu, sedar-sedar sudah bertemu kembali Sabtu.  Minggu lepas saat ini kalut berada di hospital menanti keputusan doktor.

Malas nak keluar sebenarnya, jerebu semakin buruk.  Sebelum ni Selatan tanah air teruk tercemar, nampak gaya sudah sampai ke kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Nak tinjau Blackout 505 di Padang Merbuk pun rasa malas.  Malas nak bersesak dengan udara kurang sihat, nanti jatuh sakit salahkan Anwar Ibrahim pula..hehehe...

Tapi malas macamana pun, tetap kena keluar juga.  Ada kenduri tahlil dan sambut puasa di rumah saudara sebelah GM.  Kenalah pergikan, orang dah jemput.

Bangun pagi tadi, tinjau luar tingkap.  Semakin kabur pandangan dek jerebu yang sudah mula meliputi langit Lembah Kelang.  Bau asap pun bertambah kuat dan memeritkan tekak.






Carta pai di atas saya ambil dari Department of Environment.  Sejak semalam saya sering update keadaan jerebu.  Kena ambil tahu demi kepentingan kesihatan orang sekeliling.

Kalau ikutkan secara keseluruhan, kawasa berjerebu teruk berkurangan tetapi Indeks Pencemaran Udara (IPU) naik sebenarnya.  Cuba tengok carta di bawah



Saya highligt kawasan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja.  Untuk hari ini  3 kali direkod semuanya naik.  Tiada yang turun.  Bimbangnya!

Kawasan Muar di Johor mencatat bacaan IPU paling tinggi 400++ (sumber:  Berita Harian).  Ini adalah tahap berbahaya dan Kerajaan sedang mengambil langkah agresif untuk menangani masalah ini.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT menurunkan hujan dan membersih segala debu-debu yang sedang teruk membelenggu.  

Buat rakan-rakan, kurangkan aktiviti luar terutama mereka yang punya anak kecil ya.  Kalau tiada keperluan, duduk sahaja di rumah.  Banyakkan minum air kosong dan mandi dengan lebih kerap (pesanan doktor).

Kalau sakit dan memerlukan rawatan, segera berkunjung ke hospital/klinik.  Hai, gusar hati dibuatnya bila mengenang anak-anak di rumah :( 




nota:  langkah berjaga-jaga...

Thursday, June 20, 2013

::Teduhan Kasih::

Sekarang cerita bersiri yang tengah hangat sudah semestinya TEDUHAN KASIH (TK).  Bersiaran setiap hari jam 7 malam di saluran TV3.

Saya dengan TK ni tengok tak tengok jugalah kiranya.  Waktu bersiaran tak sesuai sangat, tapi basically tahulah jalan cerita setakat ini.

Sayangnya saya tiada novel TK, mungkin novel ini keluar bila saya sudah mula berhenti membeli.  Kalau ikutkan tak sabar nak tahu penghujung cerita.

Mesti happy endingkan?  Malas nak pinjam pada rakan-rakan yang memiliki novel TK.  Bila dibawa ke kaca TV, okay juga para pelakon yang memegang watak utama.

Cuma jika watak Iffa tu kalau ada pelakon lebih berkarisma mungkin lebih menarik.  Bukannya Sherry Ibrahim tak bagus tapi tak capai lagi ke tahap 5 bintang.

Adi Putra aka Ehsan seperti biasa.  Excel!  Hari ini ramai dah berangan kalau boleh dapat suami seperti Ehsan.  

2 watak antagonis yang dimainkan oleh Nabila Huda dan Zarina Zainuddin adalah klimaks cerita setiap hari.  Tak sabar nak tengok dua orang ni meroyan bila melihat kebahagiaan Iffa.


Ada sahaja rancangan jahat diatur.  Sampai bila agaknya mereka berdua ini akan sedar ya?  Siri hari ni, mak tiri Iffa sudah dapat balasan setimpal.  Itu pun Kak Long Iffa tak ambil ikhtibar lagi.

Suara Kak Long dalam TK ni macam petir.  Bila dia geram pada Iffa sebiji macam orang dirasuk.  Rasanya dalam cerita ini watak Zarina Zainudin berjaya memberi impak kepada penonton.


Memang watak Iffa dalam novel sebegini lembik ya?  Apa orang buat, dia pasrah dan dalam masa sama tak berhenti berharap manusia sekeliling berubah dan terima dirinya seadanya.

Mesti nanti satu hari dia bangkit dari kelemahan dan pertahankan hak dia.  Agak sahaja!  Tapi dia wanita baik, mesti takkan ada episod balas dendam.


Lama lagi ke siri TK ni?  Tak pernah rekod pun, selalu tanya sahaja pada sesiapa di rumah apa berlaku.  GM ikuti rapat siri ni.  


Sebelum puasa barangkali tamat agaknya.  Bilalah Kak Long dengan Ayu tu dapat balasan?  Sekejam-kejam perbuatan diaorang, kejam lagi agaknya balasan diturunkan.


Sekarang dah jadi satu trend naskah novel diterjemah ke layar perak dan TV.  Double bonus diterima oleh pengarang :)  tapi tak dinafikan cerita novel banyak yang best.

Jom sama-sama kita nantikan kesudahan TK.  Harapnya tak meleret macam cerita Adam & Hawa tu, towards the end dah rasa menyampah nak tengok!  hehehe....

 Imej dari Google Image, web site :  http://www.perekacerita.com/2013/03/teduhan-kasih.html





nota:  layan....

Tuesday, June 18, 2013

::Alhamdulillah::

Alhamdulillah, GP discaj malam tadi.  Tak sabar betul dia nak pulang ke rumah.  Hari-hari meratap nak keluar hospital sampai kami semua rimas.  He..he..he...

GP seorang NOSOCOMEPHOBIA, ketakutan melampau pada hospital.  Dia tidak pernah melawat sahabat handai serta saudara mara di hospital due to his fearness.

Kalau ada di antara ahli keluarga admitted, he will spent round 5-8 minutes untuk melawat kemudian dia cabut.  Lama sikit kepala mula pening dan rasa nak muntah.

Sebab itu bila kena tahan, resah gelisah jadinya dan cara dia untuk melawan fobia, GP lebih banyak tidur dari berjaga sehinggakan doktor sendiri tidak mahu ganggu tidur dia.

Even doc believe blood pressure GP yang tak dapat capai tahap stabil itu pun disebabkan kerisauan melampau dia terkurung di wad so better for us to take him back and come for check up later.

Bila dengar doc's advice sebegitu, apa lagi.  Sepantas kilat dia sarung baju terus tunggu kami semua di luar pintu hospital.  Kita semua pula yang kelam-kabut dibuatnya nak kemas barang dan settle bills. 

Nasib baik masuk hospital swasta, cuba kalau hospital Kerajaan lagi teruk agaknya.  Pihak hospital mana nak dengar sangat arahan pesakit.  Ramai lagi pesakit menunggu untuk dirawat.

Apa pun, GP perlu menjalani beberapa lagi rawatan susulan.  Good news no heart attack!  Everything deal with his heart is good.  Jauh dari segala jangkaan, Alhamdulillah.

Tapi, benda lain pula menimbulkan kerisauan.  Serangan sesak nafas secara tiba-tiba yang dialami GP pada malam Khamis tempoh hari kerana asid tinggi dalam kawasan perut up to esophagus.

Doktor suspek GP ada Barret's Esophagus dan berada di tahap pre-cancer tapi itu semua hanya akan dapat diketahui dalam tempoh seminggu lagi.  

Nak tahu lebih lanjut apa itu Barret's Esophagus boleh klik di sini.  Nak terang secara general tak pandai sangat tapi we do understood doc's explanation. 

Tisu di kawasan tersebut doktor ambil untuk clinical test.  Harap sangat keadaan tersebut tak seserius jangkaan doktor.  Tapi mulai hari ini GP kenalah berpantang.

Makanan pedas dan berasid harus dielakkan.  Makan lewat malam tidak lagi digalakkan, rokok kena berhenti (tak tahu berjaya atau tidak), tidur kena tinggikan bantal dan banyak lagilah.

So selepas ini, sesiapa yang mengalami masalah gastrik sangat teruk dan berpanjangan please take it serius kerana tanpa kita sedar, boleh bawa maut.

Sakit ini juga berpunca dari tahap stress yang melampau so no more stress.  More deeper he stress, more harm to his body.  

Afterall GP dah 57 tahun, secara logik memang dah tak boleh nak bebankan kepala sangat.  Bila terbeban, hati jadi susah.  Bila hati jadi susah segala penyakit sukalah nak menyinggah.

Memanglah ajal maut itu kerja Allah tapi jika kita tahu tahap kesihatan badan, lebih senang untuk kita handle diri tanpa menimbulkan kerisauan orang-orang yang kita sayang.

Everything back to normal hari ini :)  Lega hati!  Rutin berulang ke hospital tak perlu lagi.  Walaupun hospital hanya 5-10 minit perjalanan dari rumah tapi badan tetap letih.

Ayu Bam Bam yang setia menjaga GP selama 4 hari berturut-turut sudah dilanda demam.  Kasihan dia tapi tak apa.  Berganda-ganda pahala dia dapat!

Badan kalau dah sakit, buatlah macamana pun tetap akan nampak tak sihat.  Bila balik rumah GP banyak tidur dan baring.  Duduk lama sikit dah mula pening.

  
Takes time nak pulih seperti sedia kala.  Tak kisahlah, asal dia happy dan tenang itu sahaja.  Sebagai anak, saya sentiasa berdoa demi kesejahteraan GP.  Anak mana tak sayang ayahkan?

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita berhasrat untuk hidup bersama ayah apatah lagi saya yang belum berkeluarga.  GPlah segala-galanya buat saya.

Terima kasih buat rakan taulan dan saudara-mara yang tak putus-putus berdoa dan berkunjung ke hospital meluangkan masa melawat GP.  

Usaha dan sokongan moral anda semua menguatkan lagi semangat my dad untuk sembuh.  Semoga GP akan terus sihat selepas ini dan berusaha untuk fight whatever disease that he will face.
   1st picture selepas sedar dari serangan.  Wajah menahan sakit.  Kalau boleh biar ini pengalaman pertama dan terakhir kami.  Mod panik dan sedih ketika itu buat kami semua :(
 
 



nota:  everything happen for a reason....

Monday, June 17, 2013

::Sedang Menanti::

Dah tak tahu nak buat apa, marilah kita membuang masa di sini.  Jari ikut arahan dari aliran otak yang tak berapa nak fokus sambil melawan kesejukkan penghawa dingin hospital.

Sedang berdebar menanti keputusan doktor, harap sangat tak ada khabar kurang menggembirakan.  Kalau semuanya okay, GP dah boleh keluar.

Banyak dah kerja tertangguh.  Risau juga walhal baru beberapa hari tinggal kerja seketika.  Itulah akibatnya kalau suka buat kerja sambil lewa.  Dalam keadaan sebegini, sendiri padah!

Jangan GP dah keluar saya pula jatuh sakit sudahlah.  Risau juga, yalah sekejap panas sekejap sejuk.  Malam tidur pun tak berapa lena.  Kejap-kejap terjaga.  Bergalau benar hati!

Okay, dah nampak bayang doktor.  Insyaallah, nanti sambung.  Persiap diri nak dengar penerangan.  Berdebar pula jantung ni....





nota:  terus berdoa...    


Sunday, June 16, 2013

::Sibuk Sikit::

As-salam dan Selamat Berhujung Minggu :)  Currently busy like a bee since GP admitted last Thursday. 
 
Out of sudden he couldn't breathe and struggling with chest pain.  His left side body numb and a few minute later GP unconscious.
 
Worst part, he facing this di luar and we've so panic while receiving news.
 
So, GP was sent to Sungai Buloh hospital and later on we move him to Tropicana Medical Centre.
 
Terkejut hingga hilang kata-kata kerana GP seorang yang sihat dan mengamalkan gaya permakanan cukup seimbang.  Cuma faktor merokok membelenggu dia.  He's heavy smoker!
 
Even sebelum dia keluar rumah on that night, kami sempat bergurau but than an hour later, he collapse.  Tak ke menyala butang panik kami?
 
Apa pun Alhamdulillah, hari ini GP dah nampak beransur sembuh.  The only bothering him is his fearness stay in hospital.  Selang beberapa minit meratap bila boleh balik rumah. 
 
Doc said is a forced alarm although jantung dia semuanya okay, nothing serious.  Cuma start from today life-style have to change, food consumption have to monitor closely, say NO to depression, hypertension, stress, etc that could lead to high blood pressure and if possible quit smoking.
 
Itu yang 2-3 hari masa banyak dihabiskan di hospital.  Tak cukup tidur tu tak perlu diceritakanlah.  Everyday sleep at 4-5am, celik mata before 8am macam tu.
 
Tak larat macamana pun tetap hayun kaki.  At this point, GP really need our moral support.  Nanti-nanti saya sambung balik.  Nak pergi hospital ;)
 
Father's Day hari nikan?  Hmm...           






nota:  masih bersedih....
 
 

Friday, June 14, 2013

::Know Your Mahrams::

Copy and Paste from FB.  Knowledge for us to know!  =)




note:  simple thing that we ignored easily...

Thursday, June 13, 2013

::Ada Aku Kisah?!::

Keseluruhan entri ini saya copy paste dari sebaran melalui email.  Penulis sebenar pun saya tak tahu siapa tapi ada dinyatakan boleh sahaja disebarkan tanpa meminta kebenaran. 

Siapa sahaja penulis itu, saya mohon kongsi ya.  Hidup di dunia ni saling ingat-mengingati =)

Pernah atau tidak dalam kehidupan seharian kita berjumpa dengan sesorang yang sedang melakukan suatu kesalahan secara terang-terangan. Kemudian kita menghampirinya dan dengan cara terbaik kita menegurnya. Namun, dia membalas kembali "Ada Aku Kisah?""Do I Care?" 

Tentu diri ini terasa panas hati bukan. Niat kita bukan untuk merosakkannya akan tetapi untuk menegurnya sahaja. Namun dengan cukup berselamba dia membalas sedemikian. 

Pernah suatu ketika elok sahaja sahabat Brader menegur sepasang pasangan remaja belum berkahwin sedang bercumbu di sebuah kompleks membeli belah lalu dengan selambanya mereka membalasnya
 
"Bro, kita kubur nanti lain-lain,azab lain-lain, so apahal lu nak kisah plak."
 
Tersentak sahabat Brader dengar statement sedemikian. Nak saje dicilikan mulut budak tu. Nak je rasa cakap camni.
 
"Okay adik, nanti adik dah mati, adik beli kain kapan sendiri, mandi sendiri, kapan sendiri,  masuk kubur sendiri, talkin sendiri dan segala serbi sendiri-sendiri ah."
 
Kita seharusnya sedar dan tahu bahawasanya diri kita ini adalah MANUSIA bukan TUHAN. Kita harus sedar kita ini bukan TUHAN yang dapat menjamin syurga bagi kita. 

Sesungguhnya fitrah sunnatullah MANUSIA itu sering terlupa. Hatta jika dibahsakan semula perkataan MANUSIA itu sendiri, ia berasal dari dua kalimah Arab iaitu Ma'(Air) dan Nasi(Lupa). Memang fitrah MANUSIA itu akan ada suatu ketika beliau terleka dengan godaan dunia. 

Oleh itu, siapa lagi yang akan kembali mengingatkan kita jika bukan MANUSIA lain yang sedang dalam keadaan sedar. Oleh itu sentiman ADA AKU KISAH ini tidak sepatutnya wujud dalam keadaan yang sedemikian.
 
Ia sepatutnya wujud dalam keadaan dimana kita sebagai MANUSIA yang sedar bukan MANUSIA yang sedang leka. Kita yang sedar mesti berfikiran AKU KISAH untuk kembali menarik manusia menuju jalan yang lurus. 

Jika ianya tidak berlaku, maka situasi seperti akan dapat dilihat di merata tempat tanpa mengira golongan. Sungguh telah disebut dalam suatu hadis dalam himpunan hadis 40 karangan Imam Nawawi yang mana bermaksud,
 
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)
 
Sesungguhnya kewujudan kita diatas muka bumi ini bukan untuk berseronok semata-mata akan tetapi di dunia inilah medan utama kita menanam benih-benih kebaikan yang akan membuahkan hasil di masa akhirat kelak. 

Dan kebaikan itu bukan sahaja boleh ditanam melalui aktiviti-aktivit ibadah semata-mata malahan boleh juga ditanam melalui aktiviti-aktivit muamalah(komunikasi manusia) seperti hal yang diatas. Adakah syurga dicipta hanya untuk diri kita seorang semata-mata. Pasti TIDAK jawapannya. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah bersama-sama apakah kita golongan lupa yang mengucapkan ADA AKU KISAH ataupun golongan sedar yang mengucapkan AKU KISAH. Sebagai akhirnya ingatlah bahawasanya:
 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara…..”





nota:  kena ambil kisah juga...