Followers

Sunday, June 9, 2013

::Ada Mereka Kisah?::

Harga rokok dah naik tapi perokok tegar ada ambil kisah?  Naiklah sehingga RM50/sekotak rasanya tak akan diambil peduli oleh mereka semua.

I've been surrounded by them who are chain smoker.  Memang susah nak tangani kedegilan mereka.  Macam GP lagi kita kata budak-budak tak boleh kena asap rokok, lagi dia selamba hisap tak bukak tingkap.

Saya masih ingat dulu pernah tanya pada Abang agak-agak kalau harga rokok naik RM10/sekotak nak berhenti tak?  Waktu tu kalau tak silap harga rokok dalam RM5-RM6/sekotak.

Berdegar-degar cakap confirm berhenti kalau harga rokok naik sebegitu tinggi.  Hari ini dah naik melebihi RM10 pun tak ada tanda langsung untuk berhenti hisap.  

Hakikatnya mereka tak pernah kisah!  Buat macamana pun, rokok tetap di hati.  Perokok tegar ini terlupa kita yang ditahap Secondary Smoker akan mendapat kesan lebih teruk dari mereka.

Ramai merungut Kerajaan naikkan harga rokok tapi dalam hal ini saya bersama Kerajaan kerana perokok tegar inilah yang ramai menjadi tetamu setia di hospital kelak dan kerana merekalah Kerajaan harus mengeluar belanja lebih menampung kos-kos di hospital.

Jadi adalah lebih baik kutip cukai awal-awal dari mereka.  Tapi betul ke rokok E-Cigaratte tu bagus dan akan dapat membantu perokok untuk quit smoke?

Harga peralatan E-Cigaratte tu pun boleh tahan mahal.  Malangnya ramai yang telah kembali menghisap rokok setelah tidak mendapat kepuasan dari E-Cigaratte.

Waktu sekolah dulu siapa pernah letak ciri-ciri lelaki idaman adalah yang tidak merokok?  Hehehe...saya pun kononnya nak juga kalau boleh dapat lelaki yang tak merokok.

Tapi bila melihat orang sekeliling, saya yakin impian tersebut bakal menjadi anganan kosong maka saya gugurkan ciri tidak merokok itu dari senarai.. hahaha...kononnya nak jadi realistik!

Eh, bukan tak ada tau rakan-rakan lelaki saya yang tak merokok.  Memang saya puji habis!  Sedangkan yang perempuan pun boleh tahan ramai merokok inikan pula lelakikan, tapi itulah mereka berhati kental.
  
Apalah mereka dapat dari sebatang rokok walhal dah macam-macam keburukan dan bahaya menanti dan yang pasti mereka tetap begitu!  Tidak pernah berusaha mahu berhenti.

 Ini saya dapat melalui FB.  Waktu tu harga rokok belum naik lagi.  Cuba bayangkan berapa banyak penjimatan jika tidak merokok.  Tapi yang macam saya katakan, ADA MEREKA KISAH? ;(







nota:  entahlah....



 

 

 

No comments :

Post a Comment