Followers

Sunday, June 9, 2013

::Benar-Benar Berhasil Ke?::

Banyak betul lambakkan produk pemutih di pasaran.  Lepas satu produk, satu produk lain muncul bersilih ganti.  Dah sama hebat dengan ubat kurus gayanya.
 
Terdesak sangatkah rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memiliki kulit putih melepak?  
 
Saya bukan nak menjatuhkan mana-mana produk pun cuma ia buat saya berfikir seketika.  Betulkah kesannya sebegitu hebat?
 
Mungkin kejayaan beberapa individu seperti Adira AF memutihkan kulit turut membuka pintu keghairahan orang lain.
 
Tapikan putih melampau macam Adira AF tu pun bukan cantik mana.  Takut lagi adalah, macam tak sihat dan nampak pucat sangat.  Itu pada pandangan saya ya!
 
Secara logik, boleh ke kulit yang memang sejak azali gelap diputihkan dengan bantuan ubatan serta produk kecantikkan?
 
Saya berada dalam kelompok kulit gelap/coklat.  Sejak dari zaman sekolah lagi sehinggalah sekarang.  Alam persekolahan lagi teruk rasanya sebab kerap berjemur.  Sekarang ni kuranglah sikit legamnya, dah jarang berpanas.
 
Dulu cemburu juga melihatkan rakan-rakan yang berkulit cerah.  Nampak cantik sahaja di mata.  Nak pilih warna baju pun tiada masalah sedangkan saya perlu penelitian, kalau tidak dari jauh sah berkilat.
 
Tapi tahap cemburu saya tidaklah sampai mahu transform diri ala Micheal Jackson malah saya tidak pernah terfikir mahu meletak sebarang krim dibadan bagi mendapatkan warna cerah.
 
Itu yang bila melihat ramai orang berlumba-lumba mahu kelihatan putih saya confius.  Tak suka ke selama ini warna kulit yang telah dianugerahkan?  
 
Tak ada salahnya kita mahu kelihatan lebih bagus, lebih cantik tapi terlalu agresif sehingga mendapat bantuan ubatan khusus takut kelak akan ada efek kurang baik.
 
Kalau setakat nak kelihatan cerah sedikit dari warna asal atau tidak mahu kelihatan kusam tak apalah juga.  Ini jenis yang terlalu obses mahu kulit putih melepak.  
 
Walaupun ramai yang kata kolagen rumpai laut boleh membuat kulit bertambah cerah tapi saya tidak pernah letak harapan pun. 
 
Dah memang tersurat kulit sebegini takkan berlaku keajaiban dengan hanya memakan 3 sudu kolagen setiap hari. 
 
Harap sangat produk-produk sedia ada tidak akan memberi kesan sampingan dalam tempoh panjang.  Kasihan pula nanti, yalah terlalu ingin menjadi putih tak pasal dapat sakit lain.
 
Dalam hal sebegini, timbang tara di tangan kita.  Pandai-pandailah kita sukat mana baik mana buruk.  
 
Siapa tak mahu kelihatan cantik tapi terlalu menginginkan sesuatu yang memang bukan takdir kita adalah perkara yang mustahil.
 
Lebih baik kita berusaha membersihkan hati nurani supaya pancaran suci dari dalam diri akan membantu seri di wajah.
 
Sekali lagi jangan salah faham akan entri ini.  Bukan saya kata nak kelihatan putih itu salah.  Tepuk dada tanya selera! Itu sahaja....
 
 
 
 
nota: gelap pun cantik tau...  
  
 
 
 
  
   

No comments :

Post a Comment