Followers

Wednesday, June 12, 2013

::Bersambung Sakit::

Sedihnya!  Semalam seharian sakit kaki berpunca dari cramp, hari ini sakit pinggang pula.  Sakit ni memang takkan ada ubatlah.  Setakat ubat tahan sakit itu sahaja :(
 
Risaunya sakit ni bakal berlarutan.  Malam ni, kaki pula dah mula kebas-kebas.  Totally not a good sign..tsk..tsk..tsk...
 
Sering berjaga-jaga supaya sakit pinggang ni tak akan muncul, tetap juga datang balik.  My fancy doc already knock-out my case.  He urged me to go to any specialist.
 
Entahlah, bila dah sakit baru muhasabah diri and again rasanya masalah berat badan yang naik secara mendadak.  Memang kena nekad untuk buang segala isi kandung berlebihan.
 
By the way, hari ni harijadi Abang.  Tapi atas sebab musabab tak dapat nak raikan, cuma semalam sempat dinner bertiga dengan Mimie.  
 
Bolehlah, masing-masing pun dah tua.  Tak ghairah macam dulu lagi.  Sedih lagi adalah bila umur cepat betul bertukar dari satu angka ke satu angka.
 
Semoga Allah SWT memberi seribu rahmat buat Abang dan membalas segala jasa-jasa dia selama ini dengan keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
 
Juga berdoa moga Allah panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun.
 
Tak ada mood sangat sebenarnya nak buat entri lebih-lebih lagi dengan keadaan yang asyik mengerang kesakitan.  Ini pun gagahkan diri mengadap komputer demi nyawa-nyawa di Candy Crush Saga...hahaha....
 
Umur panjang, sakit dah baik saya kongsi ceritera lagi ya.  Kalau tak nampak apa-apa yang baru itu tandanya masih belum pulih lagi.  Minta tolong rakan-rakan doakan kesejahteraan saya.
 
 
 
 
 
 
nota:  selamanya tanggung sakit?
 
  

No comments :

Post a Comment