Followers

Saturday, June 8, 2013

::Blur..Blur..Blur..::

Selamat berhujung minggu!  Saya baru bangun tidur.  Silalah percaya dan masih mamai tak tahu nak buat apa.  
 
Semalam makcik saya Ngah dari Perak datang tidur di rumah.  Ralit berbual sehingga jam 1 pagi kemudian sambung lagi borak dengan adik sepupu sehingga ke angka 3 di muka jam.
 
Dalam pada itu perut meragam tak tentu hala.  Sebelum tidur 2-3 kali juga jengah bilik air.  Sakit perut+cirit birit.  Tak pasti di mana silapnya.  
 
Nak kata perut kosong, mustahil.  Kejap-kejap isi perut dengan 1001 aneka makanan.  Terlebih makan barangkali.
 
Ingatkan bila dah tidur takkan ada gangguan.  Hmm...nak dekat 3-4 kali jugalah bangun dari katil berterabur ke bilik air.  Semuanya cirit!
 
Sepanjang malam ke Subuh, tidur dalam 20-30 minit kemudian bangun sehinggalah ke pagi.  Jam 7 pagi macam tu terus bangkit dari katil siap mandi dan bersedia mengeluarkan lagi isi perut.
 
Dalam pukul 8 macam tu keluar beli nasi lemak, sambung borak lagi dengan Ngah sekeluarga sebelum mereka balik dalam jam 11 pagi macam tu.
 
Dah pagi kurang sikit masuk bilik air tapi adalah juga 1-2 kali.  Tak ingat sangat dah total berapa kali jengah Encik Tandas.
 
Balik sahaja diaorang semua, saya makan sebungkus nasi lemak naik atas geedddeebusshh!!  Tertidur sehingga jam 4.30 petang macam tu.
 
Nyenyak betul saya tidur.  Mujur bendera merah, tak adalah fikir sangat waktu solat.  Itu yang terbabas sehingga ke petang.
 
Bangun-bangun kepala sedikit pening, yalah tidur siangkan.  Paksa juga diri dan sekarang ada di hadapan komputer riba, otak gagal berfungsi dengan baik.
 
Abang pun saya tak tahu berada di mana.  Di rumah barangkali, penat bekerja seharian.  Kejap lagi baru telefon dia.  Jarang-jarang hujung minggu tak bersama dengan dia ;)
 
Kawan-kawan macamana pula?  My half weekend gone!  Another half still have no idea what to do.  I planned to jump off onto my bed and continue my sleep.  Totally restless!
 
Blur pun ya juga.  Thought of watching TV but none captured my interest.  Some more I am car-less!  hmmm....
 
Have a nice weekend guys!   My Current Mode:  BLUR....BLUR...BLUR....
 
 
 

nota:  alamak ada sebiji jerawat!!
 

No comments :

Post a Comment