Followers

Saturday, June 29, 2013

::Cerita Di Hari Sabtu::

Dua tiga hari rasa sangat tak sedap badan, emosi meracau.  Semua benda pegang serba tak kena.
 
Rupa-rupanya best friend nak datang.  Patutlah selera pun boleh tahan.  Tahap ular sawa tak jumpa mangsa sebulan.  Apa sahaja terlintas mahu dibaham.
 
Kenapalah muncul minggu ini?  Kalau minggu depan, ada peluang dapat berpuasa penuh untuk sebulan.  Saja tau nak cuti dalam bulan Ramadhan nanti.
 
Semalam sehari suntuk berjalan.  Menemankan Nova beli barang, berjalan sampai ke petang.  Lama tak keluar berlibur, gelak-ketawa sambil membeli belah.  
 
Semalamkan Jumaat, itu yang keluar awal.  Tak mahu tersangkut dalam kesesakan melampau.  Ada jugalah tersekat tapi taklah teruk sangat.
 
Hari ini macam tak ada apa-apa.  Abang kerja, duduk rumahlah nampak gayanya.  Okay juga tak keluar, cuaca boleh tahan membahang.  
 
Insyaallah, minggu depan projek popiah bermula.  Nanti saya war-warkan berapa harga ya.  Tahun ni ada assistan, Ayu Bam Bam.  Tak adalah kelam-kabut macam tahun lalu.
 
Chef De Mission tetap Abang.  Dia kuat sikit nak sira popiah atas kuali.  Lagi pun dia memang punya bakat memasak berbanding saya.  Saya hanya pandai menggulung popiah ;)
 
Entri ni tak ada cerita sangat.  Apa yang terlintas di kepala, terus canai di sini.  Oh ya, Black Mask Shesido dah restock sekali dengan Naturgo.  Nanti-natilah saya tayang gambar.
 
Ramai pula rakan-rakan mula berniaga sejak akhir-akhir ni.  Cari rezeki lebih untuk sambut lebaran barangkali.  Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana.  Yang penting kita berusaha.
 
Lagi pun, memang Rasulullah SAW dah bersabda, 9 dari 10 punca rezeki datangnya dari berniaga jadi apa salahnya.  Janji kita ikhlas dan tidak mengambil kesempatan.
 
Saya pula jenis seronok tengok orang lain berniaga.  Ada rezeki, Insyaallah saya support business mereka tapi tak adalah membeli secara membuta.  Saya beli bila ianya memang perlu.
 
Kalau setakat beli lepas tu tak pakai/guna/makan, membazir namanya.  Asal nama membazir dah menjadi sahabat syaitan pula so pandai-pandai buat pertimbangan.
 
Bagi yang menjual pula, bila rakan-rakan kita tak membeli janganlah mencemuh.  Mereka punya alasan tersendiri.  Kalau bukan dari mereka, Insyaallah datang dari orang lain.  
 
Tadi tertengok gambar di FB seorang rakan yang pergi ujibakat Akademi Fantasia.  Ya Allah ramainya.  Dapat sambutan betul program ni ya?  
 
Hari tu bukan kata takkan ada lagi Akademi Fantasia, tup-tup ada balik.  Ini mesti pendapatan Astro terjejas bila tiada curahan duit SMS dari peminat tegar program tersebut..hehehe...
 
Sambil menaip entri, sambil meninjau keluar.  Amboi, birunya langit yang terbentang indah, dihiasi pula tompokan putih Sang Awan.  Mendamaikan!
 
Terus terbayang berada di tepi pantai sambil mendengar deruan ombak, duduk bersantai tanpa memikirkan apa sahaja membelenggu fikiran.  Asyiknya!!!
 
Bila agaknya nak rasai semula saat tenang sebegitu.  Adalah rezeki satu hari nantikan, Allah pasti sedang merancang sesuatu yang terbaik buat kami semua.
 
Okaylah nak menghayati hujung minggu di atas katil.  Nak solat dah tak boleh, silap-silap dengkur di petang hari yang berbunyi.
 
Selamat berhujung minggu bloggers!    
 
 
 
 
nota:  tiba-tiba mengantuk... 

No comments :

Post a Comment