Followers

Monday, June 10, 2013

::Pembuka Kata Di Isnin::

Bertemu kembali dengan Isnin permai setelah melewati hujung minggu yang biasa-biasa.  Persiapkan diri untuk sepanjang minggu ya, juga ikhlas dalam melakukan apa juga kerja.
 
Cuti sekolah sudah berakhir, nampak gayanya jalan raya kembali sesak tapi cuti-cuti pun tetaplah jalanraya padat.  Kadang-kadang sahaja tak jammed.
 
Kurang dari sebulan kita semua akan menjalani ibadat berpuasa.  Alhamdulillah, puasa tahun lepas sudah berganti.  Insyaallah ada rezeki sebelum sampai Ramadhan nak berpuasa sunat selagi termampu.
 
Sejak akhir-akhir ni selera makan sangatlah dahsyat.  Hati senang?  Not exactly!  Saya jenis makan banyak bila hati susah.  Lagi banyak berfikir lagi cepat perut lapar. 
 
That's why waktu sekolah dulu badan kerempeng.  Apa sangat masalah difikirkan selain dari masalah belajar.  Kepala pun tak stress mana jika nak dibandingkan dengan sekarang.
 
Hari-hari kepala ligat berfikir masalah yang hebat melanda.  Setiap masa kepala berputar mencari jalan keluar dari segala kemelut didepani.  
 
Manusia di dunia mana yang tak ada masalah.  Cuma bezanya masalah dihadapi berbeza-beza.  Kita rasa masalah ditanggung sangat berat tapi ada orang lagi berat.
 
Yang penting kita tidak mudah mengalah.  Allah tak akan menurunkan dugaan yang kita tidak mampu tanggung.  Seberat mana pun, pasti ada jalan penyelesaian.  Akan ada jalan memecah kebuntuan.  
 
4-5 tahun dahulu saya tidak pernah terfikir akan diuji seperti hari ini.  Waktu itu kalau sudah dapat menduga, terus terang saya pasti melafazkan keenggangan untuk bergerak ke hadapan.
 
Tapi bila ianya datang, saya masih lagi bernafas dan tetap bangun seperti biasa tatkala fajar menyinsing.  Kerana itu saya sentiasa yakin mentari pasti muncul kembali.
 
Tak putus-putus saya berdoa semoga Allah akan membuka pintu jalan kepada segala kebuntuan.  Masih lagi beri peluang untuk saya nikmati kehidupan yang diimpikan.  
 
Bakal melewati hari-hari penuh cabaran.  Saya hanya berharap akan terus tersenyum dan tabah dengan apa sahaja diberikan.
 
Selamat menjalankan tugas ya kawan-kawan.  Tak kisahlah jawatan apa yang disandang sekali pun waima hanya sebagai suri rumah.  Lalui segalanya dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab!
 
 
 
nota:  hilang idea...   

No comments :

Post a Comment