Followers

Saturday, June 8, 2013

::Run, Jump & Climb di OU::

Sempena cuti sekolah, One Utama (OU) menawar aktiviti Run, Jump & Climb khusus buat kanak-kanak.  Hanya dengan berbelanja RM150 di mana-mana outlet OU, layak untuk dapatkan pas masuk.

Kebetulan kami sekeluarga makan di OU, dapatlah peluang tersebut.  Aktiviti tersebut hanya untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas ataupun tinggi melebihi 120m, dapatlah Buah Hati turut serta.

Isnin lepas, pergilah kami semua dengan hati penuh teruja.  Yalah, mana pernah budak-budak di rumah pernah bermain benda-benda ni semua.  


Ini siap ada Flying Fox dan terjun dari tingkat 2 bawah, huish..Saya sendiri tak sanggup nak lakukan.

Tak sangka Buah Hati kental hatinya walaupun pada awal nampak dia tak mampu.  Masa mula-mula biasalah, muka cuak.  Dah selesai ketagih nak lagi.

Cuma yang terjun dari tingkat 2 ke bawah tu pada awal percubaan dia mengalah tak jadi nak terjun tapi selepas kena psiko dengan kami semua dia beranikan diri untuk turun juga.  


Memang tabik spring pada dia.  Saya sendiri jika ditawar hadiah lumayan belum tentu mahu melakukan aktiviti tersebut.  I am acrophobia!


Masih belum dapat takluk lagi ketakutan terhadap perkara-perkara berkaitan ketinggian, sebab itu saya tidak akan pernah mencuba roller coaster ke, rock climbing ke dan seangkatan dengannya.


Lepas ni nak cari aktiviti sebegini lagi.  Biar Buah Hati aktif dan lasak.  Budak-budak bukan sahaja perlu kecerdasan minda tapi kecergasan tubuh badan untuk membentuk kualiti hidup yang baik.


Sesiapa berhasrat nak bawa anak-anak mencuba, pergi ke OU dan berbelanja RM150 di kedai-kedai terpilih kemudian boleh dapat peluang bermain.


Kalau tak silap sampai hari Ahad ini sahaja.  Ada masa lapang hujung minggu nanti pergilah ke sana =)



Bersiap sedia untuk memanjat sambil dengar penerangan abang yang bertugas


 Berusaha mendaki hingga ke puncak.  Terkial-kial juga dia!



Dah sampai ke puncak, seberang titi kecil untuk aktiviti Flying Fox.  Tak sangka betul dia berani melakukannya



Melayang-layang dibuatnya.  Nasib dia pandai pegang kuat pada tali, kalau tidak mesti dia sendiri menggelabah



Bersungguh adiknya mendongak nak lihat Abang dia terjun dari tingkat 2 ke bawah.  Sayangnya tiada gambar sewaktu Buah Hati melakukan penerjunan.  Video yang diambil tak boleh nak transfer pula, format berbeza.  



Berjaya menjejakkan kaki ke lantai setelah terjun ke bawah dari tingkat 2.  Percubaan pertama dia gagal sebab tak sanggup nak loncat ke bawah tapi dia berjaya pada kali ke-2



 Wajah bangga setelah berjaya melakukan penerjunan.  Dia menyahut cabaran kami semua dan akhirnya tersenyum meleret.  Tahniah Buah Hati!




nota:  dahsyat aktiviti cuti sekolah budak-budak sekarang...




No comments :

Post a Comment