Followers

Sunday, June 2, 2013

::Teruja Rambut Sihat, Terima Kasih Rumpai Laut::

It's been ages tak tempuh salun rambut.  Semenjak harga mencanak-canak naik, terbantut untuk ke sana.  Ambil inisiatif jaga sendiri.  Potong rambut pun minta bantuan my good friend, Mimie.
 
Cheapskate sangatkan?  Yalah, rambut saya panjang mengurai.  Setakat trim skit pun dah kena RM50, belum kira harga treatment bagai.  Juling biji mata tengok nilai $$$ nanti.
 
Nak dekat 4-5 tahun rasanya, ke lebih?  Kalau dulu zaman remaja ke salun adalah perkara wajib saban minggu.  
 
Itu belum kira sibuk nak buat treatment, rebonding, color dan macam-macam lagi.   Usia muda remaja, semangat untuk kelihatan cantik dan berbeza sentiasa membara.  Sekarang, ala-ala suam air teh kosong.  
 
Tapi semalam entah kenapa tergerak hati nak potong rambut di salun.  Salah satu sebab, Mimie sekarang dah bekerja sepenuh masa.  Tak boleh nak curi masa dia lagi :(
 
Rambut pun dah hilang layer shape.  Last year dalam bulan 8 macam tu kerat ke paras bahu, tup-tup ni dah panjang sampai ke paras pinggang balik.  Sangat subur ya rambut saya!
 
Sementara Abang hantar repair kerata, nekad redah sahaja ke salun.  Lagi pun tak tahan pula nak melangut di bengkel.  Mujur juga sebelah tu ada kedai rambut.
 
Since rambut dah cuci, just minta potong sahaja.  Kalau cuci sekali nanti takut pula nak dengar harganya nanti.  
 
Sambil potong rambut, borak-borak dengan hair stylist yang sangat peramah tu.  She is Malay lady, Kak Maya.  Jarang-jarangkan orang Melayu kita jadi hair stylist and I really admire the way she cut my hair.
 
Dulu rambut saya ni sukar ditangani.  Lebat, berombak di bahagian tengah ke bawah, kembang sebab kering, baby hair merata tumbuh dan macam-macam lagi.
 
Kalau tangan tak profesional, saya hanya mampu tersenyum sengetlah nanti bila selesai.  Bukan tak biasa kena dulu.  Sebab tu dulu engaged seorang hair stylist di PJ.
 
Tapi bila harga dikenakan naik saban tahun, rasa rugi pula.  Lagi pula rasa penat nak beli macam-macam barang untuk kesihatan rambut.
 
So, saya tanya pada kakak tu, macamana keadaan rambut dan kepala saya?  Ada masalah tak? dan saya begitu teruja mendengar ulasan Kak Maya. 
 
Dia kata saya tiada masalah scalp langsung, kelemumur juga tiada, split ends tiada, rambut gugur dan putus sangat kurang.  Senang cerita I have healty hair and scalp.
 
Kak Maya tu siap pesan supaya saya just continue dengan current shampoo, cuma kena tambah sedikit serum untuk nampakkan rambut bermaya.  Original color of my hair pun perfect!
 
Lain-lain tak perlu dah.  Kalau nak warnakan rambut pun dia tak galakkan sangat dan dia mengaku susah untuk jumpa dengan keadaan sebegitu pada kebanyakkan pelanggan dia di usia seperti saya.
 
Nak tahu saya guna syampu apa?  Sunsilk Hair Falls Control sahaja sekali dengan pelembab.  Selain dari itu, tiada apa-apa.
 
Cuma dia beritahu saya ada masalah grey hair/uban.  Alamak, faktor usia barangkali.  Itu memang saya dah lama perasan.  Jangan bertukar putih semua sudahlah!
 
Sebenarnya rambut dan kepala saya sebelum ini agak teruk.  Scalp berminyak, ada kelemumur jenis gatal satu kepala.  Tak cukup dengan itu, rambut senang bercabang, putus dan gugur.  
 
Senang cerita, rambut saya sangatlah tidak sihat dan kurang bermaya.
 
Bila dengar komen sedemikian terus kembang!  Hati saya kuat mengatakan ini semua hasil dari pengambilan kolagen rumpai laut secara berterusan.  
 
Sampai hari ini saya masih mengamalkan meski ramai yang agak ragu-ragu dengan khabar kurang enak mengenai rumpai laut ini.
 
Tapi bagi saya, Alhamdulillah syukur sangat!  Banyak masalah berjaya diselesaikan dan ini semua bukannya propa semata.
 
Sepanjang umur, kolagen rumpai lautlah satu-satunya saya amalkan dalam satu jarak masa cukup lama dan saya tidak langsung terfikir mahu berhenti.  Culas sekali-sekala tu adalah.
 
Di tambah pula harganya amat berpatutan dan tiada sebarang bahan asing terkandung di dalam komposisi bahan.
 
Dan yang terbaru kulit kaki yang bersisik pun dah tiada.  Dalam banyak hal, kulit di bahagian kaki paling lambat menerima kesan tapi saya tetap elak dari meletak sebarang krim untuk lihat keberkesanan.
 
Satu sahaja, berat badan saya tidak turun.  Mungkin kolagen rumpai laut tidak membantu proses penurunan berat badan buat saya.  Selera makan pun boleh tahan.  Memang masalah!
 
Tapi itu lebih kepada displin diri.  Setakat tahan makan tapi peluh tak keluar, boleh ke bercita-cita nak kelihatan langsing? =)
 
Okaylah, panjang berjela pula jadinya.  Teruja nak kongsi cerita itu yang meleret-leret.  Saya sangat berterima kasih pada kolagen rumpai laut dan I should thank this to my sister, Nova for introducing it to me.
 
Dia pun sampai hari ini masih amalkan dan semakin hari semakin cantik.  Kulit bertambah mulus, pipi dah ada cheek bone.  Nanti kalau ada masa saya letak gambar dia di sini.
 
Bagi sesiapa masih ragu-ragu, nasihat saya give a try untuk beberapa bulan.  Harga pun sangat berpatutan dan hasil Insyaallah tidak mengecewakan.  Kalau berminat, boleh sahaja tanya pada saya nanti!
 
 
 
nota: masih teruja....
 
 
 
 
     
 
 


No comments :

Post a Comment