Followers

Saturday, June 1, 2013

::The Apprentice Asia::

Saya memang agak gila menonton rancangan realiti baik program tempatan mahupun luar negara.  Seronok melihat gelagat para peserta demi mencapai kemenangan.

Rancangan terbaru yang sedang diikut rapat sudah semestinya The Apprentice Asia (TAA) di saluran AXN.  Kalau tak silap ada 4 peserta dari Malaysia dan salah seorangnya suami personali Sazzy Falak, Nazril Idrus.

Boleh tahan juga pertelagahan di antara para peserta.  Lebih kurang The Apprentice versi Donald Trump.  Bagi TAA, Tony Fernandes dipilih sebagai hos dan sesiapa yang menang akan bekerja dengan beliau.

Tony Fernandes juga akan dibantu oleh dua orang CEO dari Tune Hotel dan Expedia Asia.  Mereka akan turut sama memberi idea bagi prestasi para peserta.

Agaknya rancangan ini kena boikot tak? Sekarangkan semua pakat boikot Air Asia dek kes rakyat Malaysia terkandas di Vietnam baru-baru ni.

Manalah tahu, ada yang terlebih emosi bila melihat Air Asia sebagai penaja utama rancangan TAA.  Tak apalah, suka atau tidak itu terpulang pada selera masing-masing.  

Masih belum dapat ilham mahu sokong siapa.  Yalah, baru episod 2, tapi suka juga pada Nazril tu.  Hari ini seorang peserta Malaysia, Hanzo baru sahaja tersingkir.

Harap-harap TAA akan punya kualiti seperti mana versi original dan akan dapat memberi impak besar buat para penonton.  Kalau boleh tak mahu dengar ada konspirasi dalam menentukan pemenang.

Bagi yang belum pernah menonton, boleh buka siaran AXN setiap hari Rabu jam 9.00 malam.  Tak sabar nak tonton episod seterusnya.

Sudah 2 minggu kumpulan wanita mengungguli cabaran, harapnya pasukan lelaki akan bangkit dan muncul sebagai pemenang mingguan kelak :)

Para peserta dari seluruh Asia yang berjaya di dalam temuduga.  Sumber:  Google Image


3 orang paling berkuasa di dalam rancangan TAA.  Sumber:  Google Image


nota:  berangan nak jadi peserta...

      

No comments :

Post a Comment