Followers

Thursday, June 13, 2013

::WedPink Di Baskin Robbin::

Sejak Buah Hati kecil lagi memang kerap bawa ke Baskin Robbin (BR) setiap Rabu.  Sebelum ini BR tawar 2 scoop ais krim untuk harga 1 scoop dengan syarat tunjukkan apa-apa sahaja berwarna pink.

Sebab itu dipanggil "WEDPINK", tapi sejak awal tahun hari tu BR tambah lagi offer.  Salah satu daripadanya "Happy 8".  Happy 8 ni 8 scoop kecil aiskrim bersama kon wafer dengan harga RM9.90 sebelum cukai.

Pernah sekali bawa Buah Hati, terus dia tahu sekarang ni kalau ke BR nak offer Happy 8.  Berbaloi sebenarnya walaupun scoop kecil sebab ada 8 perasa terus.  

4 perasa memang BR tentukan dan baki lagi 4 kita boleh pilih mana yang kita suka.  Tak ada buat apa-apa bawak Buah Hati menikmati BR untuk kesekian kalinya.

Kali ni Ayu Bam Bam ikut sekali, memang meriahlah perasa aiskrim dapat dirasa.  Gara-gara ke BR jugalah sakit pinggang bertambah teruk.  Banyak berjalan barangkali.

So, kalau sesiapa berminat nak cuba pergilah ke BR setiap hari Rabu.  Hari-hari lain saya tak pasti pula ada Happy8 ini atau tidak tapi secara jujur kalau tiada offer, tercekik juga nak bayar harga aiskrim..hehehe...

Kalau nak tahu lebih lanjut pergi sahaja ke FB BR, Ayu Bam Bam mula-mula tahu mengenai Happy 8 ini pun melalui FB! 

   Muka seronok dapat menikmati aiskrim kegemaran




nota:  gagahkan diri...

No comments :

Post a Comment