Followers

Saturday, August 31, 2013

::Pra-Syawal 3::

Sehari sebelum raya pagi-pagi dah bangun, segera keluar rumah.  Nak kena servis kereta pula.  Haruslah servis bagi mengelakkan sebarang insiden tak diingini.

Ke bengkel biasa kami di Jalan Ipoh.  Meski esok nak raya masih lagi ramai orang menghantar kereta.  Semuanya misi yang sama. 

Yalah, walaupun bengkel milik usahawan berbangsa Cina, tutup bengkel mengalahkan Melayu.  Hampir seminggu lamanya, itu yang ramai menyerbu di hari sama.

Ingatkan nak servis biasa, sekali tu banyak pula hal bersabit.  Hampir tengahari juga saya dan Abang duduk menunggu di sana.  Itu pun ada yang tak boleh nak diselesaikan tapi masih selamat untuk dipandu.

  Orang nak beraya, kereta pun nak tukar barang baru juga.  Nak menangis bila melihat not ringgit bertukar tangan.  Habis duit bonus Abang :(

Selesai di bengkel pergi ambil kek pula kemudian terus cari pemborong.  Misi membeli kacang dan kerepek untuk dua buah rumah.  Memang setiap tahun pun begitu cuma tahun ini terlewat beli.

Banyak pemborong dah tutup kedai.  Nak ke Chow Kit bimbang tersangkut dalam kesesakkan.  Akhirnya ambil keputusan ke NSK Selayang.  

Dapatlah beli 3-4 jenis kacang dan kerepek.  Bunga api pun dapat juga!  Masing-masing anak buah ramai, layankan sahaja.  

Dah puas hati segera pulang ke rumah saya.  Seperti tahun-tahun sebelumnya, Abang dan Macho Man akan membakar lemang. 

Tahun ni dalam 25 batang lemang harus dilangsaikan.  Mujur GP beli barang pasar awal, kalau tidak lewat juga nak mula membakar.  Lambat mula, lambat siap.


 Mereka berdua ni dah kira tahap pro bakar lemang, yalah kerja wajib saban tahun.  Hasil pun tak mengecewakan, cantik sahaja tekstur lemang dibakar


Lebih kurang 9 malam, siap dibakar.  Cuma sedikit kecewa tahun ni GM terlupakan ketupat.  Hambar rasa bila tak dapat menikmati ketupat di pagi Syawal

Sambil-sambil bakar lemang, seperti biasa yang perempuan buat kerja di dapur bantu GM masak juadah terakhir berbuka puasa.  Tak adalah tolong beria, setakat suka-suka..hahaha..

GM takkan masak rendang dan kuah kacang di malam raya.  Memang begitu saban tahun, katanya nanti hilang feel nak makan di pagi raya.

Biasanya GM akan bangun jam 4-5 pagi dan akan terus siap juadah di pagi hari.  Tapi nasi himpit memang rebus malam.  

Ayu Bam Bam pula merealisasikan misi kuih raya.  Nak buat macamana, langsung tak ada kuih rayakan, terpaksalah juga buat 2-3 jenis.  Kalau tidak kosong balang kuih.  Isi kacang, kerepek dan popiah jawabnya.

Itu pun dia buat mana yang termampu, separuh lagi simpan bakar lain kali.  Tak larat dah nak melayan sampai ke Subuh.  Kalau diteruskan tak beraya dia tahun ni.

Siap-siap kemas tempat bakar lemang, tengok jam masih awal lagi.  Pujuk Abang ke Uptown.  Tak dapat ke Jalan TAR, Uptown pun jadilah.  Sambil cuci mata mana tahu ada yang terpikat boleh beli.

 Sesi memujuk.  Nasib baik berjaya walaupun penat.  Kasihan dia nak kena layan karenah macam-macam di malam raya

Adalah beli 2-3 barang termasuk brooch dan butang baju melayu.  Tiap-tiap tahun beli brooch tapi bila nak pakai semua entah ke mana.  Pelik betul!  

Itulah padahnya jika bersikap sambil lewa bila menyimpan.  Hujung-hujung semua ghaib.  Setiap tahun kerjanya adalah membeli yang baru.

Balik sebelum hujan turun dengan lebat.  Perasan tak, setiap kali malam raya mesti hujankan?  

Eh tak tahulah sama ke tidak dengan orang lain tapi seingat saya memang tiap-tiap tahun malam raya hujan akan turun.  Lebat dengan tidak itu sahaja bezanya.  Hujan rahmat namanya.

Abang balik, saya pun naik atas terus GGEEDDDEBUSSH!  Konon nak tengok siaran secara langsung di TV, akhirnya tersadai.  Letih terkejar sana sini 2-3 hari tu yang letih melampau.

Selalu ada juga saya tolong keluarkan balang kuih, susun-susun atas meja.  Tahun ni haram!  Alas meja pun tak cari.  Telanjang bulat meja tetamu.  Ke laut betul mood.  

Bila fikir-fikir balik, tak enjoy pun ya.  Habis tu, buat semua perkara terkejar-kejar mana nak ada feel.  Next year, Insyaallah tak boleh macam ni dah.  Hilang momen manis nak sambut Syawal.

Entri pra-Syawal cukup sampai sini.  Dah tak ada apa nak diceritakan pun.  Itulah lebih kurang kisah nak sambut Aidilfitri kali ini.  Bukanlah menarik mana tapi tetap kongsi di sini.  

Terima kasih tau pada yang membaca.  Lepas ni proceed cerita riang ria Aidilfitri pula.  Seperti biasa tak ada gambar setakat celoteh panjang berjela :)




nota:  mudah benar tersentuh hati...  



 

 

Friday, August 30, 2013

::Pra-Syawal 2::

As-salam di Jumaat nan permai.  Saya masih dalam proses melengkapkan Puasa 6 dan Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-5.  Satu hari lagi dah boleh raya semula ;)
 
Terlanjur tiada sebarang kerja, jom saya sambung kisah Pra- Syawal.  Terima kasihlah pada sesiapa sudi membaca ya.  Terharu sangat!
 
Okay, dua hari sebelum Raya barulah saya betul-betul punya masa terluang tapi sebelum tu harus selesaikan penghantaran baki kuih.  Ada 2-3 tempat sekitar Kuala Lumpur harus saya jengah.
 
Ingatkan dah ramai balik kampung, rupanya azab di atas jalan raya.  Masuk sini sangkut, keluar sana tersekat.  Teruk juga kesesakkan lalulintas pada hari tersebut.  
 
Cadangnya keluar awal dari rumah, lunaskan mana yang perlu kemudian selit masa untuk ke pusat membeli-belah.  Shopping time!  Buah Hati saya bawa sama.
 
Bila dah tersangkut teruk, masa pun dah banyak lari.  Sudahnya sampai jam 5 petang baru selesai menghantar kuih.  Mood lari habis waktu tu.  
 
Kalau bukan kasihan pada Buah Hati dan Abang mahu sahaja saya balik ke rumah sambung tidur.  Buah Hati asyiklah bertanya, bila nak keluar dari kereta ni?  Yalah, sampai makan pun saya beli drive-thru untuk dia.
 
Lastly, decide parking kereta di Stesen LRT kita naik train ke Sungai Wang.  Kenapa saya pilih Sg Wang?  Sebabnya nak beli barang dari Mimie di Lot 10 dan hantarkan kuih yang dia tempah.  Itu sahaja!
 
Ikutkan lebih selesa ke Sogo sebab tahu pilihan mesti berlambak-lambak sehingga tak tahu nak pilih yang mana satu.
 
Naik LRT pun dah jam 6, sampai Sg Wang hampir waktu berbuka.  Kata tak puasakan, terus terjah Parkson Sg Wang cari baju melayu Abang.
 
Oh, Buah Hati sangat melasak.  Mungkin dia bosan bilamana cari barang orang lain tapi keinginan dia membeli mainan tidak dipenuhi.  Nasib baik Abang sabar melayan kerenah dia.
 
Dapatlah Abang sehelai baju melayu, kemeja dan saya turut beli sehelai buat Macho Man.  Berhasrat nak jalan lagi tapi sekali tengok jam dah pukul 9 malam.  Lot 10 tutup 9.30.
 
Apa lagi, bergegas sebarang jalan.  Sebelum tu beli juga untuk Buah Hati patung ultraman berharga RM40.  Fuuhh!! Mahal okay!  Saya sendiri waktu itu belum beli apa pun.  
 
Sampai tempat Mimie ngam-ngam sebelum nak tutup.  Lupa nak beritahu, sekarang dia kerja di kaunter Max Factor Lot 10.  I am not a make-up person.  Dalam sebulan adalah 2-3 kali touch up muka.
 
Tapi bila cuba produk Max Factor rasa sesuai sangat dengan kulit.  Kebetulan ada diskaun 50% itu yang kelam kabut semua orang nak memborong.  Satu famili hantar pesanan.
 
Mula-mula dulu beli nak tolong up sales kawan tapi bila dah pakai, jatuh hati pula.  Itu yang berazam nak kena ada produk tersebut.
 
Dekat RM250 juga lebur beli barang make up sahaja tapi bukan untuk saya seorang.  Selesai semua, ajak Mimie balik sekali boleh singgah makan.  Sangat lapar tau, yalah seharian tak makan.
 
Akhirnya jam 11 malam kami berempat bersidai di gerai makan sekitar Kg Bharu.  Restoran kegemaran dah tutup cuti raya, masuk terus kedai sebelah.
 
Punyalah lapar, Buah Hati makan tambah 2 kali dengan hidangan kegemaran kerang bakar.  Sepinggan dia seorang, tak boleh kongsi.  Cuit sikit jelingnya bukan main.  
 
Gedebuk-gedebak selesai hantar Mimie dan Abang saya sampai rumah hampir jam 2 pagi tanpa sebarang pembelian hanya make up Max Factor.
 
Ingat nak turut serta adik-adik berjalan di Jalan TAR tapi mengenangkan keletihan amat Buah Hati, tak apalah.  Simpan hasrat simpan duit.  Esok harinya dah tentu-tentu labur duit pada perkara yang memang memerlukan.
 
Seharian tiada di rumah, terlepas berbuka puasa dengan Ninie.  Mereka pulang beraya di Kelantan tahun ini makanya sunyi sedikit rumah tanpa kehadiran mereka sekeluarga.
 
Next, saya sambung lagi... Kalau sambung di sini rasanya akan jadi sangat berjela-jela.  Muak pula yang membaca.
 
Inilah kaunternya di Lot 10.  Antara produk yang ramai berpuas hati, Foundation Miracle Touch dan range of Mascara.  Sayangnya Max Factor akan pull out their sales di Malaysia dan hanya akan berada di European Country sahaja mulai September ini.  Baru nak serasi dengan produk dah tak ada pula.  Itu yang sekarang semua pakat beli banyak-banyak nak stock up.  Dah tak ada nanti susah nak dapat.  Harga boleh tahan murah, semuanya below RM100.  



 Ini gambar lama.  Awal-awal Mimie kerja hari tu.  Baru nak berjinak-jinak dengan produk Max Factor.  Lepas ni kalau nak beli terpaksa cari rakan-rakan yang tinggal di Europe.  Sementara tengah Sales 50% ni nak tambahlah stock maskara.  Ya, saya sangat minat dengan maskara, konon nak bagi melentik habis bulu mata..hehehe....




nota:  tiba-tiba terkenang...
 
 
 
 
 
 

Thursday, August 29, 2013

::Pra-Syawal 1::

Mood untuk menggerakkan jemari ada sedikit, jom saya cerita kisah Pra-Syawal saya bagi tahun ini.  Tak ada yang menarik sekadar sebuah perkongsian bagi yang sudi membaca ;)
 
Umum tahu saya ada jual kuihkan?  Jadinya sepanjang Ramadhan sangatlah sibuk.  Alhamdulillah tempahan tahun ini naik sekali ganda dari tahun sudah.  Rezeki Ayu Bam Bam.
 
Pertengahan Ramadhan saya public holiday dari berpuasa.  Hujung-hujung nak habis, boleh pula saya kena sakit leher agak serius.
 
Saya memang ada Cervical Spondylosis (CS).  Ingatkan boleh recover sendiri tapi malangnya tidak :( haruslah berjumpa doktor.  
 
Dah ambil injection dan segala ubatan, menaruh harapan supaya segera sembuh.  Disebabkan sakit, extend cuti puasa hampir seminggu.  Nak cepat baik kena makan ubat ikut jadual.
 
Lagipun tempahan dah ambil, risau tak sempat siap pada masa ditetapkan.  Bila dah sakit kelancaran sedikit terganggu.
 
Entah macamana, baru nak pulih dari CS, tiba-tiba Slip Dics (SD) saya pua menjengah tiba.  Okay, waktu kena ni memang sangat sakit!  Langsung tak boleh bergerak, terbaring di katil seharian.
 
Sebenarnya CS dan SD ni saling berkaitan dan punca saya boleh sakit mungkin kerana letih, kerja kuat dari hari biasa dan angkat barang berat.  Of course semua perkara tersebut saya lalui. 

CS saya tanggung sudah hampir 7 tahun dan SD pula sudah hampir 3 tahun lamanya.  Kifarah saya di dunia, Alhamdulillah saya terima seadanya.
 
Disebabkan SD akhirnya sampai ke sudah saya tak berpuasa.  15 hari semuanya jumlah puasa harus diganti.  Budak sekolah pun tak sebanyak itu tinggal puasa.   
 
Jenuh makan ubat, tak baik juga.  Saya dah panik.  Kalau serah diri ke hospital risau kena tahan.  Order banyak lagi, raya dah nak dekat :( 
 
Been to clinic, semuanya reject.  Katanya ubat di klinik takkan membantu banyak.  Sakit tidak akan reda, malah mungkin bertambah teruk.
 
Macam-macam bermain difikiran.  Ada terfikir nak pull-off dan berterus terang dengan customer saya tak mampu dah nak siapkan tempahan.  Tapi tak sampai hati pula.  
 
Saya tidak memikirkan keuntungan semata.  Kebanyakkan customer saya mereka tempah untuk jual di pejabat.  Masing-masing nak tambah pendapatan untuk rayakan.  Kalau saya tarik diri, hampa mereka nanti.
 
Mana yang beli secara terus, ada yang saya tolak cara baik.  Alhamdulillah mereka sangat faham.  Yalah, dah sakit.  Bukan suka-suka tak nak buat.  Tapi mana bulky order saya tetap teruskan. 
 
Apa lagi, import team player.  GM dan Abang menjadi sasaran..hahaha...Most of my task being replace by GM dan Abang pula ambil alih kerja berat.  Adanya dia, laju sedikit kerja.  Beza banyak antara tenaga lelaki dan perempuan.  
 
Tapi main part tak ada sesiapa pun boleh gantikan saya.  GM kata, lain orang lain air tangannya.  Nanti rasa lari, Wallahualam.  Nak tak nak hari-hari saya terpaksa menahan diri untuk siapkan sambal yang nak disira.
 
Syukur sangat-sangat sempat siap.  Hasil kerja keras Ayu Bam Bam serta bantuan GM dan Abang cuma terlajak masa.  Raya hari Khamis, hari Isnin baru selesai semuanya hantar pada customer.
 
Itu pun ada yang insist nak juga.  Saya bawa ke hadapan seminggu selepas raya.  Minggu ni barulah betul-betul relax.  Dah habis siap semua tempahan :)      
 
Bila keadaan sedemikian, faham-faham sahajalah macamana persediaan raya saya.  Apa pun tak ada!  
 
Kuih tak buat, bilik tak kemas, bantu GM buat persiapan raya pun langsung tak ada.  Kemas rumah lagilah jangan tanya!
 
Kalau tahun-tahun sebelum, 15 Ramadhan dah gesa Abang dan Macho Man pacak pelita.  Kali ini lagi 4 hari Syawal nak menjengah, baru terhegeh-hegeh keluarkan panjut di stor.
 
Dulu masuk pertengahan Ramadhan rumah dah riuh dengan suara GM suruh kemas sana-sini.  Lap habuk, tukar langsir bagai serta agenda buat kuih raya dan juga kek.
  
Tapi yalah pun, dulu ada Bibik sedia membantu.  Sekarang semuanya sendirian berhad.  Kelam-kabut habis!  Rasanya tahun ini paling banyak GM tak masak di rumah.  Penat!
 
Mujur baju kurung di pagi Syawal sudah siap.  Kalau harap nak beli, memang tak akan belilah.  Sarung sahaja mana yang ada di dalam almari.
 
Abang dah sampai perli-perli, "Raya kali ini pakai baju tahun sudah ya?"  "Tempahan awak berapa banyak lagi, ada 100 paket lagi?" dan macam-macamlah.
 
Hahaha...memang kelakar!  Sambil perli sambil dia sira popiah satu kuali besar.  Lepas tu gelakkan diri sendiri terbongkok-bongkok buat kerja.  Tak ubah Nenek Si Bongkok Tiga.
 
Sebuah pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.  Allah beri rezeki mencurah, Allah tarik nikmat kesihatan.  Ujian supaya saya terus bersyukur dan redha atas segala ketentuan.
 
Atas kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi membeli kuih raya dari saya.  Maaf jika ada yang tidak memuaskan hati anda semua.  Minta halal andai ada yang terkurang.  
 
Kalau suka belilah lagi tapi kalau tak menepati citarasa, kongsikan apa dirasai dengan saya.  In Shaa Allah, saya bersikap sangat terbuka.  Tiada yang sempurna di duniakan?  Lagi pun bukan senang nak puaskan hati orang lain. 

Tak perlu baling batu sembunyi tangan kerana satu hari nanti bila diketahui akan ada rasa sakit dan tersinggung di sanubari.  Itu semua akan menggelapkan hati kita sahaja.

Eh..eh..merepek pula.  Itu tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun yang membeli kuih dari saya.  Ianya terlintas tatkala ada berita baru menjengah di telinga.  Tak apalah, ABAIKAN sahaja!
 
Setakat ini saya belum lagi dapat komen negetif dari mereka yang membeli tapi itulah, tak tahu pula jika mereka simpan dalam hati ke kita tak tahu.

Okay nanti saya sambung lagi, Insyaallah.  Tiba-tiba emosi merundum tak ubah pasaran saham di Malaysia yang sentiasa muram.  Hik..hik..hik..
 
Maaflah ya, tiada sebarang gambar boleh dikongsi bersama.  Waktu tu belum pakai handphone canggih lagi.  Sekarang dah!  Itu pun nanti-nanti saya khabarkan ;)  




nota:  ke mana sahajalah lagak itu mampu dibawa?
 
 
   

Wednesday, August 28, 2013

::Rumah Idaman::

Hidup di dunia tak salah kalau berangan, kadangkala dengan berangan kita menyimpan impian dan cita-cita untuk menjadikannya kenyataan.  
 
Bila dah simpan angan-angan, sudah semesti akan menyuntik semangat untuk berusaha ke arah itu.  Tapi kalau tak berjaya dicapai pun tak menjadi satu masalah, asal kita tidak pernah putus asa.
 
Meleret pula mukadimah, sebenarnya nak kongsi gambar sekeping sahaja.  Gambar ini saya ambil sewaktu berada di Port Dickson dua minggu lalu kalau tak silap.
 
Sedang nyaman menikmati angin pantai, pandangan jatuh ke dua biji rumah betul-betul di tepi laut.  Oh, rumah idaman!
 
Dari dulu saya sering berangan-angan mahu punya rumah di tepi pantai.  Sentiasa dapat mendengar alunan ombak, desir angin membisik dan panah mentari yang terik.  Sungguh mengasyikkan!
 
Saya amat suka dengan segala elemen berkaitan laut.  Biarlah orang kata duduk laut kulit hitamlah, tak baguslah tapi ianya tetap menjadi pujaan hati jika dibandingkan dengan elemen hutan, sungai dan sebagainya.
 
Tapi sekarang ni mana ada peluang membina rumah di tepi pantai.  Tanah pun sah-sah mahal harganya.  
 
Tak takut kena Tsunami?  Entah, kalau dah minat bukan fikir bahaya pun.  Sedari kecil sering mengimpikan rumah sebegitu.  Tak perlulah besar mana asal berada di tepi pantai.
 
Siapalah tuan empunya rumah ini ya?  Pasti seronokkan dapat berumah di tepi laut.  Dua biji pula tu, mesti tuan rumah punya hubungan sesama sendiri.
 
 Hailah, seronoknya berumah di tepi pantai ;) 


Nota:  mulalah nak berangan lagi...
 


Tuesday, August 27, 2013

::Tak Ada Mood Lagi::

Masih belum ada mood untuk berceloteh panjang.  Buka page ni pun jarang sekali.  Entah kenapa serba tak kena jadinya.  Orang lain dah masuk fasa berkunjung open house, saya cerita puasa pun belum masuk lagi.

Hari ini dah masuk hari ke-2 Puasa Enam Syawal.  Kasihankan?  Dah ramai berjaya sudahkan Puasa Enam, saya baru terhegeh-hegeh nak laksanakan.  Insyaallah, sampai hasrat tu nanti.

Semalam Sang Kereta masuk balik bengkel ;(  kerosakkan yang dibiarkan sudah tidak mampu bertahan lagi, redha dengan takdir.  Lagipun dah pakai lama itulah jadinya.

Sebelum raya adalah bercita-cita nak pakai kereta baru tapi mungkin Allah belum izinkan, permohonan gagal dan kerana itu jugalah terpaksa baiki segala kerosakkan.  

Malaslah nak cerita hal kereta, bertambah lara di hati.  Dugaan saya!  Bagaimana dengan jemputan open house rakan-rakan semua?  Mesti padat jadualkan?

Saya dapat juga jemputan tapi taklah banyak sangat.  Tak ramai kawankan, tapi ada juga jemputan yang terpaksa ditolak.  Bukannya apa-apa, kadang-kadang bertindih antara satu sama lain.  Ada juga disebabkan lokasi agak jauh.

Tapi tahun ni perut meragam betul!  Hari ni makan esok confirm cirit-birit.  Pada mulanya ingatkan keracunan makanan tapi dah terlalu kerap sah-sah perut condemn.  Perut second hand macam nilah.

Semalam sementara menunggu kereta nak dekat 3-4 kali berulang ke tandas.  Dah naik malu dengan taukeh restoran mamak berhampiran bengkel.  

Yalah, order makanan ke minuman ke tak ada tapi asyiklah pinjam tandas.  Bukan tak mahu order tapikan puasa.  Walau kena cirit-birit, puasa tetap diteruskan.  Menjelang petang, badan lembik.

Walhal hanya sebuah rumah sahaja saya kunjungi pada Ahad lepas tapi tak dinafikan memang banyak makan pun.  Seharian tak makan, sekali hidangan nasi briyani apa lagi melonjak-lonjak selera.  

Akibat gelojoh, rasakan!  Sampai tak cukup kaki berkejar ke tandas.  Nasib baik tak disulami dengan muntah, kalau tidak jawabnya tempah katil di hospital.

Okaylah, asalnya nak buat coretan pendek.  Kononnya tak naklah sunyi di sini tapi ini dah membebel macam-macam cerita pula.  

Maaflah jika mencuri masa sesiapa yang sudi membaca tetapi tiada hidangan menarik.  Nak intai gambar-gambar rayalah, mana tahu mood berceloteh datang boleh saya kongsi di sini nanti :)




nota:  biarkan gelora melanda hati....   




  

Monday, August 19, 2013

::Rutin Kembali::

Selamat kembali kepada rutin semua!  Cuti semua dah tamat, baik yang bekerja macam tu juga dengan yang bersekolah.  Macam tak percayakan?
 
Ramai di antara kita cuti hampir 2 minggu, mesti lemau nak kembali kepada suasana asal.  Kalau boleh nak sambung lagi cuti.
 
Ada juga yang dah bermula kerja seawal Syawal ke-3.  Bila jumpa saya siap perli lagi bakal pekerja contohlah, bonus 12 bulanlah, macam-macam lagi!
 
Tapi dulu sewaktu menyandang gelaran pekerja saya pun lebih kurang begitu.  Petang raya masih lagi bekerja.  Ihsan bos dapat la balik awal.  
 
Habis cuti umum dua hari, pagi-pagi dah kena buka pejabat seperti biasa.  Nasib tak baik, saya seorang diri di pejabat.  Masam muka GP dan GM bila tahu anak tak cuti panjang.
 
Bukannya taknak cuti panjang, kadang-kadang cuti dah hujung nyawa.  Seboleh mungkin nak kena jimat takut ada kecemasan.  
 
Ada masanya rasa memang tak perlu untuk menggunakan cuti.  Bukan nak beraya ke mana pun, lainlah kalau dah punya perancangan khusus.
 
Selebihnya biasalah, bos berat hati nak lepaskan pekerja kesayangan..hehehe...bertugas sebagai PA bukan senang.  Bos tak boleh hidup tanpa kita di pejabat.  
 
Bila dah bekerja sendiri, suka-suka hati nak cuti berapa lama.  Terasa nikmat tapi itulah, ke mana sahaja pun.  Sudahnya tersadai di rumah tanpa sebarang program.
 
Waktu tu terfikir alangkah bagus bekerja makan gaji.  Dapat masuk kerja, jumpa kawan-kawan dan meriahkan Syawal di pejabat pula.
 
Inilah manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada.  Dulu berharap sangat bekerja sendiri, sendiri kawal selia masa dan keadaan.
 
Dah berkeadaan sedemikian merungut pula.  Terkenang benda lepas dan harap ianya berulang kembali.  
 
Biasalah tu, bukan tak bersyukur tapi sentiasa mahu cabaran dalam hidup namanya.  Tak kisahlah, hadap sahaja apa yang ada sekarang.
 
Ramai dah mula update kisah raya.  Seronok bila membaca, lain orang lain gaya sambutan.  Yang penting meriah dalam meraikan hari kemenangan.  

Cerita saya nantilah, kalau rajin.  Masih belum rajin nak godek kamera, nak edit gambar bagai.  Kena ada semangat jitu untuk fokus kerja-kerja sedemikian.
 
Alamak, tiba-tiba mata berat gila!  Dada langit gelap menandakan hujan lebat bakal membasahi bumi.  Semakin malas badan untuk lama-lama di sini..hehehe... 
 
 
 
 
 
nota:  menanti dan terus menanti...    
 
 

Tuesday, August 13, 2013

::Salam Eidul Fitri::

As-salam & Bismillahirrahmannirrahim...
 
Lamanya tak berkongsi rasa lantaran dihambat kesibukkan amat sangat serta kesihatan kurang memuaskan.  Tau-tau Syawal menjengah tiba.
 
Nanti-nanti saya kemaskini dengan pelbagai kisah yang ada, itu pun jika punya kesempatan.  Buat masa ini semua pun masih sibuk berhari raya kan?
 
Tapi tak adalah menarik sangat pun cerita, lebih kurang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Dah nama anak kota metropolitan, apalah yang menarik selain dari tiada kesesakan lalu lintas..hehehe...
 
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat sesiapa sahaja yang mengenali saya baik secara rapat atau pun melalui laman maya.  
 
Maafkan segala keterlanjuran kata, tingkah laku kurang menyenangkan dan apa jua kesalahan samada secara sengaja atau tidak.  
 
Saya hanya insan biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan.  Semoga Ramadhan yang lalu bukanlah terakhir buat kita semua dan keriangan Syawal ini akan sentiasa hangat dan riang.
 
Meski sudah Syawal ke-5 tapi masih belum terlambat lagikan?  Better than nothing right? ;)  
 
 
 Ikhlas dari saya, pemilik blog yang tak seberapa =)





nota:  tiada yang berubah...
 

Saturday, August 3, 2013

Jom Beli!! (Entri Melekat)

As-salam...

JEMPUT BELI ANEKA KUIH-MUIH BAGI SAMBUTAN AIDIL FITRI AKAN DATANG.  SEMUANYA HOMEMADE YA!!  RASA?  INSYAALLAH SEDAP DAN TIDAK MENGECEWAKAN (feedback dari pembeli-pembeli terdahulu).  KETERANGAN LANJUT HUBUNGI SAYA MELALUI:

EMAIL :  iluvclothez@gmail.com / maria_190998@yahoo.com 
SMS/CALL: 012-3988354 / 019-2301308


 
 POPIAH BERSIRA SAMBAL (700gm++)
HARGA:  RM 18




SAMBAL DENDENG
HARGA:  1/2 kg = RM25, 1kg = RM48




KUIH SIPUT
HARGA:  1/2 kg = RM12, 1kg = RM22



KEK BATIK VAN HOUTEN
HARGA:  RM13 (350gm)


*  Tempahan di buka sekarang sehingga 28/07/2013
*  Kos penghantaran bergantung kepada kawasan.  Postage = RM8 bagi satu item
*  Keterangan lanjut segera hubungi saya :)

There was an error in this gadget