Followers

Thursday, August 29, 2013

::Pra-Syawal 1::

Mood untuk menggerakkan jemari ada sedikit, jom saya cerita kisah Pra-Syawal saya bagi tahun ini.  Tak ada yang menarik sekadar sebuah perkongsian bagi yang sudi membaca ;)
 
Umum tahu saya ada jual kuihkan?  Jadinya sepanjang Ramadhan sangatlah sibuk.  Alhamdulillah tempahan tahun ini naik sekali ganda dari tahun sudah.  Rezeki Ayu Bam Bam.
 
Pertengahan Ramadhan saya public holiday dari berpuasa.  Hujung-hujung nak habis, boleh pula saya kena sakit leher agak serius.
 
Saya memang ada Cervical Spondylosis (CS).  Ingatkan boleh recover sendiri tapi malangnya tidak :( haruslah berjumpa doktor.  
 
Dah ambil injection dan segala ubatan, menaruh harapan supaya segera sembuh.  Disebabkan sakit, extend cuti puasa hampir seminggu.  Nak cepat baik kena makan ubat ikut jadual.
 
Lagipun tempahan dah ambil, risau tak sempat siap pada masa ditetapkan.  Bila dah sakit kelancaran sedikit terganggu.
 
Entah macamana, baru nak pulih dari CS, tiba-tiba Slip Dics (SD) saya pua menjengah tiba.  Okay, waktu kena ni memang sangat sakit!  Langsung tak boleh bergerak, terbaring di katil seharian.
 
Sebenarnya CS dan SD ni saling berkaitan dan punca saya boleh sakit mungkin kerana letih, kerja kuat dari hari biasa dan angkat barang berat.  Of course semua perkara tersebut saya lalui. 

CS saya tanggung sudah hampir 7 tahun dan SD pula sudah hampir 3 tahun lamanya.  Kifarah saya di dunia, Alhamdulillah saya terima seadanya.
 
Disebabkan SD akhirnya sampai ke sudah saya tak berpuasa.  15 hari semuanya jumlah puasa harus diganti.  Budak sekolah pun tak sebanyak itu tinggal puasa.   
 
Jenuh makan ubat, tak baik juga.  Saya dah panik.  Kalau serah diri ke hospital risau kena tahan.  Order banyak lagi, raya dah nak dekat :( 
 
Been to clinic, semuanya reject.  Katanya ubat di klinik takkan membantu banyak.  Sakit tidak akan reda, malah mungkin bertambah teruk.
 
Macam-macam bermain difikiran.  Ada terfikir nak pull-off dan berterus terang dengan customer saya tak mampu dah nak siapkan tempahan.  Tapi tak sampai hati pula.  
 
Saya tidak memikirkan keuntungan semata.  Kebanyakkan customer saya mereka tempah untuk jual di pejabat.  Masing-masing nak tambah pendapatan untuk rayakan.  Kalau saya tarik diri, hampa mereka nanti.
 
Mana yang beli secara terus, ada yang saya tolak cara baik.  Alhamdulillah mereka sangat faham.  Yalah, dah sakit.  Bukan suka-suka tak nak buat.  Tapi mana bulky order saya tetap teruskan. 
 
Apa lagi, import team player.  GM dan Abang menjadi sasaran..hahaha...Most of my task being replace by GM dan Abang pula ambil alih kerja berat.  Adanya dia, laju sedikit kerja.  Beza banyak antara tenaga lelaki dan perempuan.  
 
Tapi main part tak ada sesiapa pun boleh gantikan saya.  GM kata, lain orang lain air tangannya.  Nanti rasa lari, Wallahualam.  Nak tak nak hari-hari saya terpaksa menahan diri untuk siapkan sambal yang nak disira.
 
Syukur sangat-sangat sempat siap.  Hasil kerja keras Ayu Bam Bam serta bantuan GM dan Abang cuma terlajak masa.  Raya hari Khamis, hari Isnin baru selesai semuanya hantar pada customer.
 
Itu pun ada yang insist nak juga.  Saya bawa ke hadapan seminggu selepas raya.  Minggu ni barulah betul-betul relax.  Dah habis siap semua tempahan :)      
 
Bila keadaan sedemikian, faham-faham sahajalah macamana persediaan raya saya.  Apa pun tak ada!  
 
Kuih tak buat, bilik tak kemas, bantu GM buat persiapan raya pun langsung tak ada.  Kemas rumah lagilah jangan tanya!
 
Kalau tahun-tahun sebelum, 15 Ramadhan dah gesa Abang dan Macho Man pacak pelita.  Kali ini lagi 4 hari Syawal nak menjengah, baru terhegeh-hegeh keluarkan panjut di stor.
 
Dulu masuk pertengahan Ramadhan rumah dah riuh dengan suara GM suruh kemas sana-sini.  Lap habuk, tukar langsir bagai serta agenda buat kuih raya dan juga kek.
  
Tapi yalah pun, dulu ada Bibik sedia membantu.  Sekarang semuanya sendirian berhad.  Kelam-kabut habis!  Rasanya tahun ini paling banyak GM tak masak di rumah.  Penat!
 
Mujur baju kurung di pagi Syawal sudah siap.  Kalau harap nak beli, memang tak akan belilah.  Sarung sahaja mana yang ada di dalam almari.
 
Abang dah sampai perli-perli, "Raya kali ini pakai baju tahun sudah ya?"  "Tempahan awak berapa banyak lagi, ada 100 paket lagi?" dan macam-macamlah.
 
Hahaha...memang kelakar!  Sambil perli sambil dia sira popiah satu kuali besar.  Lepas tu gelakkan diri sendiri terbongkok-bongkok buat kerja.  Tak ubah Nenek Si Bongkok Tiga.
 
Sebuah pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.  Allah beri rezeki mencurah, Allah tarik nikmat kesihatan.  Ujian supaya saya terus bersyukur dan redha atas segala ketentuan.
 
Atas kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi membeli kuih raya dari saya.  Maaf jika ada yang tidak memuaskan hati anda semua.  Minta halal andai ada yang terkurang.  
 
Kalau suka belilah lagi tapi kalau tak menepati citarasa, kongsikan apa dirasai dengan saya.  In Shaa Allah, saya bersikap sangat terbuka.  Tiada yang sempurna di duniakan?  Lagi pun bukan senang nak puaskan hati orang lain. 

Tak perlu baling batu sembunyi tangan kerana satu hari nanti bila diketahui akan ada rasa sakit dan tersinggung di sanubari.  Itu semua akan menggelapkan hati kita sahaja.

Eh..eh..merepek pula.  Itu tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun yang membeli kuih dari saya.  Ianya terlintas tatkala ada berita baru menjengah di telinga.  Tak apalah, ABAIKAN sahaja!
 
Setakat ini saya belum lagi dapat komen negetif dari mereka yang membeli tapi itulah, tak tahu pula jika mereka simpan dalam hati ke kita tak tahu.

Okay nanti saya sambung lagi, Insyaallah.  Tiba-tiba emosi merundum tak ubah pasaran saham di Malaysia yang sentiasa muram.  Hik..hik..hik..
 
Maaflah ya, tiada sebarang gambar boleh dikongsi bersama.  Waktu tu belum pakai handphone canggih lagi.  Sekarang dah!  Itu pun nanti-nanti saya khabarkan ;)  




nota:  ke mana sahajalah lagak itu mampu dibawa?
 
 
   

1 comment :