Followers

Friday, August 30, 2013

::Pra-Syawal 2::

As-salam di Jumaat nan permai.  Saya masih dalam proses melengkapkan Puasa 6 dan Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-5.  Satu hari lagi dah boleh raya semula ;)
 
Terlanjur tiada sebarang kerja, jom saya sambung kisah Pra- Syawal.  Terima kasihlah pada sesiapa sudi membaca ya.  Terharu sangat!
 
Okay, dua hari sebelum Raya barulah saya betul-betul punya masa terluang tapi sebelum tu harus selesaikan penghantaran baki kuih.  Ada 2-3 tempat sekitar Kuala Lumpur harus saya jengah.
 
Ingatkan dah ramai balik kampung, rupanya azab di atas jalan raya.  Masuk sini sangkut, keluar sana tersekat.  Teruk juga kesesakkan lalulintas pada hari tersebut.  
 
Cadangnya keluar awal dari rumah, lunaskan mana yang perlu kemudian selit masa untuk ke pusat membeli-belah.  Shopping time!  Buah Hati saya bawa sama.
 
Bila dah tersangkut teruk, masa pun dah banyak lari.  Sudahnya sampai jam 5 petang baru selesai menghantar kuih.  Mood lari habis waktu tu.  
 
Kalau bukan kasihan pada Buah Hati dan Abang mahu sahaja saya balik ke rumah sambung tidur.  Buah Hati asyiklah bertanya, bila nak keluar dari kereta ni?  Yalah, sampai makan pun saya beli drive-thru untuk dia.
 
Lastly, decide parking kereta di Stesen LRT kita naik train ke Sungai Wang.  Kenapa saya pilih Sg Wang?  Sebabnya nak beli barang dari Mimie di Lot 10 dan hantarkan kuih yang dia tempah.  Itu sahaja!
 
Ikutkan lebih selesa ke Sogo sebab tahu pilihan mesti berlambak-lambak sehingga tak tahu nak pilih yang mana satu.
 
Naik LRT pun dah jam 6, sampai Sg Wang hampir waktu berbuka.  Kata tak puasakan, terus terjah Parkson Sg Wang cari baju melayu Abang.
 
Oh, Buah Hati sangat melasak.  Mungkin dia bosan bilamana cari barang orang lain tapi keinginan dia membeli mainan tidak dipenuhi.  Nasib baik Abang sabar melayan kerenah dia.
 
Dapatlah Abang sehelai baju melayu, kemeja dan saya turut beli sehelai buat Macho Man.  Berhasrat nak jalan lagi tapi sekali tengok jam dah pukul 9 malam.  Lot 10 tutup 9.30.
 
Apa lagi, bergegas sebarang jalan.  Sebelum tu beli juga untuk Buah Hati patung ultraman berharga RM40.  Fuuhh!! Mahal okay!  Saya sendiri waktu itu belum beli apa pun.  
 
Sampai tempat Mimie ngam-ngam sebelum nak tutup.  Lupa nak beritahu, sekarang dia kerja di kaunter Max Factor Lot 10.  I am not a make-up person.  Dalam sebulan adalah 2-3 kali touch up muka.
 
Tapi bila cuba produk Max Factor rasa sesuai sangat dengan kulit.  Kebetulan ada diskaun 50% itu yang kelam kabut semua orang nak memborong.  Satu famili hantar pesanan.
 
Mula-mula dulu beli nak tolong up sales kawan tapi bila dah pakai, jatuh hati pula.  Itu yang berazam nak kena ada produk tersebut.
 
Dekat RM250 juga lebur beli barang make up sahaja tapi bukan untuk saya seorang.  Selesai semua, ajak Mimie balik sekali boleh singgah makan.  Sangat lapar tau, yalah seharian tak makan.
 
Akhirnya jam 11 malam kami berempat bersidai di gerai makan sekitar Kg Bharu.  Restoran kegemaran dah tutup cuti raya, masuk terus kedai sebelah.
 
Punyalah lapar, Buah Hati makan tambah 2 kali dengan hidangan kegemaran kerang bakar.  Sepinggan dia seorang, tak boleh kongsi.  Cuit sikit jelingnya bukan main.  
 
Gedebuk-gedebak selesai hantar Mimie dan Abang saya sampai rumah hampir jam 2 pagi tanpa sebarang pembelian hanya make up Max Factor.
 
Ingat nak turut serta adik-adik berjalan di Jalan TAR tapi mengenangkan keletihan amat Buah Hati, tak apalah.  Simpan hasrat simpan duit.  Esok harinya dah tentu-tentu labur duit pada perkara yang memang memerlukan.
 
Seharian tiada di rumah, terlepas berbuka puasa dengan Ninie.  Mereka pulang beraya di Kelantan tahun ini makanya sunyi sedikit rumah tanpa kehadiran mereka sekeluarga.
 
Next, saya sambung lagi... Kalau sambung di sini rasanya akan jadi sangat berjela-jela.  Muak pula yang membaca.
 
Inilah kaunternya di Lot 10.  Antara produk yang ramai berpuas hati, Foundation Miracle Touch dan range of Mascara.  Sayangnya Max Factor akan pull out their sales di Malaysia dan hanya akan berada di European Country sahaja mulai September ini.  Baru nak serasi dengan produk dah tak ada pula.  Itu yang sekarang semua pakat beli banyak-banyak nak stock up.  Dah tak ada nanti susah nak dapat.  Harga boleh tahan murah, semuanya below RM100.  



 Ini gambar lama.  Awal-awal Mimie kerja hari tu.  Baru nak berjinak-jinak dengan produk Max Factor.  Lepas ni kalau nak beli terpaksa cari rakan-rakan yang tinggal di Europe.  Sementara tengah Sales 50% ni nak tambahlah stock maskara.  Ya, saya sangat minat dengan maskara, konon nak bagi melentik habis bulu mata..hehehe....




nota:  tiba-tiba terkenang...
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment