Followers

Monday, August 19, 2013

::Rutin Kembali::

Selamat kembali kepada rutin semua!  Cuti semua dah tamat, baik yang bekerja macam tu juga dengan yang bersekolah.  Macam tak percayakan?
 
Ramai di antara kita cuti hampir 2 minggu, mesti lemau nak kembali kepada suasana asal.  Kalau boleh nak sambung lagi cuti.
 
Ada juga yang dah bermula kerja seawal Syawal ke-3.  Bila jumpa saya siap perli lagi bakal pekerja contohlah, bonus 12 bulanlah, macam-macam lagi!
 
Tapi dulu sewaktu menyandang gelaran pekerja saya pun lebih kurang begitu.  Petang raya masih lagi bekerja.  Ihsan bos dapat la balik awal.  
 
Habis cuti umum dua hari, pagi-pagi dah kena buka pejabat seperti biasa.  Nasib tak baik, saya seorang diri di pejabat.  Masam muka GP dan GM bila tahu anak tak cuti panjang.
 
Bukannya taknak cuti panjang, kadang-kadang cuti dah hujung nyawa.  Seboleh mungkin nak kena jimat takut ada kecemasan.  
 
Ada masanya rasa memang tak perlu untuk menggunakan cuti.  Bukan nak beraya ke mana pun, lainlah kalau dah punya perancangan khusus.
 
Selebihnya biasalah, bos berat hati nak lepaskan pekerja kesayangan..hehehe...bertugas sebagai PA bukan senang.  Bos tak boleh hidup tanpa kita di pejabat.  
 
Bila dah bekerja sendiri, suka-suka hati nak cuti berapa lama.  Terasa nikmat tapi itulah, ke mana sahaja pun.  Sudahnya tersadai di rumah tanpa sebarang program.
 
Waktu tu terfikir alangkah bagus bekerja makan gaji.  Dapat masuk kerja, jumpa kawan-kawan dan meriahkan Syawal di pejabat pula.
 
Inilah manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada.  Dulu berharap sangat bekerja sendiri, sendiri kawal selia masa dan keadaan.
 
Dah berkeadaan sedemikian merungut pula.  Terkenang benda lepas dan harap ianya berulang kembali.  
 
Biasalah tu, bukan tak bersyukur tapi sentiasa mahu cabaran dalam hidup namanya.  Tak kisahlah, hadap sahaja apa yang ada sekarang.
 
Ramai dah mula update kisah raya.  Seronok bila membaca, lain orang lain gaya sambutan.  Yang penting meriah dalam meraikan hari kemenangan.  

Cerita saya nantilah, kalau rajin.  Masih belum rajin nak godek kamera, nak edit gambar bagai.  Kena ada semangat jitu untuk fokus kerja-kerja sedemikian.
 
Alamak, tiba-tiba mata berat gila!  Dada langit gelap menandakan hujan lebat bakal membasahi bumi.  Semakin malas badan untuk lama-lama di sini..hehehe... 
 
 
 
 
 
nota:  menanti dan terus menanti...    
 
 

5 comments :

  1. Bumi Allah nie luas, rezeki ada di mana2 ... Lepas nie bizz ape plak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan,rezeki ada di mana2 janji berusaha ;) biz x plan lg bgntung dgn keje..Insyaallah mmg ada plan biz utk diri sndiri..doakan yek!

      Delete
  2. Assalamualaikum ... Nak Resepi KEK BATIK VAN HOUTEN boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Boleh je..Insyaallah nnt bila free saya bg yer..ni tgh kalut byk keje..hehehe...

      Delete