Followers

Tuesday, August 27, 2013

::Tak Ada Mood Lagi::

Masih belum ada mood untuk berceloteh panjang.  Buka page ni pun jarang sekali.  Entah kenapa serba tak kena jadinya.  Orang lain dah masuk fasa berkunjung open house, saya cerita puasa pun belum masuk lagi.

Hari ini dah masuk hari ke-2 Puasa Enam Syawal.  Kasihankan?  Dah ramai berjaya sudahkan Puasa Enam, saya baru terhegeh-hegeh nak laksanakan.  Insyaallah, sampai hasrat tu nanti.

Semalam Sang Kereta masuk balik bengkel ;(  kerosakkan yang dibiarkan sudah tidak mampu bertahan lagi, redha dengan takdir.  Lagipun dah pakai lama itulah jadinya.

Sebelum raya adalah bercita-cita nak pakai kereta baru tapi mungkin Allah belum izinkan, permohonan gagal dan kerana itu jugalah terpaksa baiki segala kerosakkan.  

Malaslah nak cerita hal kereta, bertambah lara di hati.  Dugaan saya!  Bagaimana dengan jemputan open house rakan-rakan semua?  Mesti padat jadualkan?

Saya dapat juga jemputan tapi taklah banyak sangat.  Tak ramai kawankan, tapi ada juga jemputan yang terpaksa ditolak.  Bukannya apa-apa, kadang-kadang bertindih antara satu sama lain.  Ada juga disebabkan lokasi agak jauh.

Tapi tahun ni perut meragam betul!  Hari ni makan esok confirm cirit-birit.  Pada mulanya ingatkan keracunan makanan tapi dah terlalu kerap sah-sah perut condemn.  Perut second hand macam nilah.

Semalam sementara menunggu kereta nak dekat 3-4 kali berulang ke tandas.  Dah naik malu dengan taukeh restoran mamak berhampiran bengkel.  

Yalah, order makanan ke minuman ke tak ada tapi asyiklah pinjam tandas.  Bukan tak mahu order tapikan puasa.  Walau kena cirit-birit, puasa tetap diteruskan.  Menjelang petang, badan lembik.

Walhal hanya sebuah rumah sahaja saya kunjungi pada Ahad lepas tapi tak dinafikan memang banyak makan pun.  Seharian tak makan, sekali hidangan nasi briyani apa lagi melonjak-lonjak selera.  

Akibat gelojoh, rasakan!  Sampai tak cukup kaki berkejar ke tandas.  Nasib baik tak disulami dengan muntah, kalau tidak jawabnya tempah katil di hospital.

Okaylah, asalnya nak buat coretan pendek.  Kononnya tak naklah sunyi di sini tapi ini dah membebel macam-macam cerita pula.  

Maaflah jika mencuri masa sesiapa yang sudi membaca tetapi tiada hidangan menarik.  Nak intai gambar-gambar rayalah, mana tahu mood berceloteh datang boleh saya kongsi di sini nanti :)




nota:  biarkan gelora melanda hati....   




  

No comments :

Post a Comment