Followers

Thursday, September 5, 2013

::#shoppingraya2013::

Sepatutnya kisah #shoppingraya2013 ni saya muat naik sebulan yang lalu tapi biasalah, semua cerita pun tertunggak.  Tak apalah, janji saya update :)

Bagi yang tak tahu, saya berjaya terpilih antara salah seorang sukarelawan bagi menjayakan #shoppingraya2013 kelolaan Projek Iqra'.  Excited + glad, that's the only words to describe my feelings.

Pagi 27 Ogos, saya ke Rumah Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi di Taman Maluri.  Kami telah disaran untuk sampai awal supaya program dapat dimulakan tepat pada masanya.

Alhamdulillah, kesemua sukarelawan sampai pada masa yang sepatutnya.  Kalau ada pun 2-3 orang yang tersesat.  Misi kami membawa anak-anak Baitul Ehsan (BE) membeli-belah.

Selesai pendaftaran, kami berkumpul di bawah khemah di hadapan rumah BE bagi menanti penerangan dari wakil Projek Iqra' dan pembahagiaan anak-anak.

Berdebar juga sambil membayangkan siapa gerangan bakal menjadi anak saya selama beberapa jam.  Boleh ke saya handle anak-anak tersebut?

Yalah, saya tak pernah ambil bahagian dalam sebarang aktiviti sebegini mesti ada rasa sedikit cemas walaupun saya yakin tiada masalah akan timbul.  Afterall they are kids.  

Sewaktu mendengar kata-kata aluan serta sedikit penerangan mengenai BE dari pengasas mereka iaitu En Omar membuatkan hati saya tersentuh.

BE ditubuhkan tanpa bantuan mana-mana pihak berwajib dan ianya adalah inisiatif sendiri En Omar dan isterinya Puan Ummi.  BE bukan sahaja menerima anak yatim tetapi juga anak-anak fakir miskin.

Banyak juga cabaran yang mereka hadapi, tapi demi kasih sayang juga kerana Allah SWT, dari sebuah pertubuhan kecil hari ini sudah ramai anak-anak di bawah seliaan mereka.

Mendengar pelbagai kisah latar belakang sebahagian dari anak-anak di BE sekali lagi menghambat kepiluan di sudut hati.  Ada yang berjalan berhari-hari untuk sampai ke rumah tersebut.  

Ada juga ibu bapa yang tidak mahukan anak-anak mereka sedari kecil dan macam-macam lagi.  Semakin saya sedar betapa beruntungnya saya selama ini dibandingkan dengan mereka.

Berkat sabar, usaha dan tawakal hari ini BE sudah punya 2 lokasi.  Satu di Gombak bagi menempatkan anak-anak lelaki dan di Taman Maluri pula penempatan bagi anak-anak perempuan.

Tak terkira pahala yang Allah kurniakan buat En Omar dan Puan Ummi.  Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak di BE.  It touch my heart deeply!  

Bagi sesiapa di luar sana nak mencari saham akhirat, boleh salur sumbangan anda ke Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi.  Mereka sentiasa memerlukan bantuan dan sumbangan demi masa depan anak-anak BE.

To know more bout them boleh ke FB Page mereka di SINI.  Untuk Projek Iqra' pun mereka ada FB Page dan laman web mereka di SINI.  Bolehlah tahu dari masa ke semasa program yang dianjurkan.

Later, representative dari Projek Iqra' pula mengambil tempat dan sudah semestinya highlight "Do's & Don't" buat para sukarelawan.

Kami diberi 2 orang anak (minimum) dan bertanggungjawab sepenuhnya dari saat anak diserahkan sehingga dipulangkan semula.

Setiap anak mendapat peruntukkan RM150 seorang.  Barangan keperluan adalah menjadi keutamaan disamping persiapan menyambut lebaran dan lokasi shopping pula di Tesco Ampang, berhampiran rumah BE.

Tidak dibenarkan sama sekali membawa mereka ke tempat lain.  Ini bagi tujuan pemantauan serta faktor keselamatan.

Segala pembelian juga diwajibkan beresit dan jika ada baki waima 1sen pun harus dipulangkan kepada anak-anak tersebut.  Haram okay makan hasil anak-anak yatim!

Selesai taklimat penyerahan pun bermula.  Seramai 25 buah kereta sukarelawan (kalau tak silap) telah ditugas menggalas tanggungjawab pada hari tersebut.

Semua pun berdebar menanti siapa agaknya bakal menjadi anak.  Tapi ada momen betul-betul menyentuh hati, bila wakil Projek Iqra' mengumumkan nama seorang bayi berusia 6 bulan yang akan turut serta.

Kalau tak silap nama bayi tersebut Abdul Rahman and guess what my tears drop.  Bayi secomel itu tidak dikehendaki oleh ibu bapa??!!  Entahlah, ragam manusia sukar diteka.  

Semua berebut-rebut mahu mendukung dan bergambar, as for me tak sanggup.  Taknak orang nampak air mata saya mengalir tatkala memegang bayi tersebut.

Terbayang budak-budak bertiga di rumah.  Mereka lahir dan dibesarkan dengan sempurna sedangkan ada sahaja kisah duka anak-anak lain di dunia luar.  Beruntunglah wahai anak-anakku semua!  

Saya dan Abang dapat 2 orang anak lelaki, Izham (11 tahun) dan Aliff (8 tahun).  Kedua-dua mereka punya keluarga tapi kurang berkemampuan.

Izham seorang periang, peramah dan agak kelam kabut sedikit..hehehe...tapi Aliff very reserved character.  Izham banyak bertanya itu ini tetapi Aliff lebih suka mengiakan sahaja.

Kelakar juga bila Izham tanya kami bawa kereta apa.  Mungkin mereka teruja nak naik kereta yang barangkali susah untuk dapat peluang sebegini. 

Sampai di Tesco kami terus ke misi utama, SHOPPING!!  Sebelum tu dah soal siasat dahulu apa keperluan yang diingini.

I did let them know how much budget to they have for the day walaupun dalam hati dah berniat kalau ada yang terlebih, Insyaallah akan kami tambah.

Basically they don't desire any raya clothes.  Mereka lebih inginkan barang-barang keperluan seperti tali pinggang, minyak rambut, deodarant, stokin dan sebagainya.

Mungkin pihak BE sudah beritahu mereka dahulukan mana yang penting dari barangan hari raya.

Since they had draw my mind, terus sahaja kami tuju.  Mula-mula mereka cuba kasut and guess what they know what type of shoes that they want.

Kiranya ada stail sikitlah.  Pilihan Izham lebih kepada ala-ala pilihan remaja masa kini.  Aliff pula inginkan kasut bertali sebab dia tak pernah ada kasut sedemikian.

Malangnya pilihan di dalam Tesco amatlah kurang dan tidak memikat hati mereka berdua.  So we decide not to buy any shoes from there.

Proses pemilihan baju dan seluar juga punya sedikit masalah.  Tak banyak pilihan yang tinggal dan masalah saiz isu utama.  

Barangkali sudah ramai datang membeli kerana itu sudah tidak punya banyak pilihan.  Cari-cari dapatlah mereka seorang sehelai kemeja-T.

So from Tesco itself each of them got T-Shirt, hair gel, body spray and belt.  Selesai membayar kami jalan-jalan di luar Tesco. 

Dapatlah anak berdua tersebut kopiah sorang satu.  They looking forward for Jubah, unfortunately no size for them.  Pity!

Masuk pula ke Bintang Fashion, tinjau seluar panjang.  Alhamdulillah kedua-dua ada saiz dan warna dikehendaki.  

At first they wanted black long pants but Abang did suggest other color so they proceed with it.  Hairan juga kenapa mereka hanya mahukan warna hitam, barangkali senang untuk dipakai pada bila-bila masa.

Looking for their shoes is something challenging for us especially looking at the price.  Dalam Tesco tak ada yang berkenan, luar dari Tesco harganya semua boleh tahan.

Tapi Alhamdulillah, setelah keluar masuk beberapa kali di kedai kasut Bata akhirnya dapat juga although had to add own money.

Before we left, Abang buy them few pair of socks.  Sayangnya tak dapat merealisasikan impian Izham dan Aliff untuk membeli jam tangan dan beg sandang :(

Semoga Izham dan Aliff gembira sepanjang hari dan sangat berpuas hati dengan hasil pembelian.  Who knows one day they ought to bumped into this blog.

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat Team Projek Iqra' yang telah memberi peluang sangat berharga ini.  Pengalaman yang akan saya kenang sampai bila-bila.

Tak lupa nak ucap tahniah buat mereka kerana berjaya membawa kegembiraan di hati anak-anak BE dan menyayangi mereka seadanya

Insyaallah umur panjang dan kalau ada rezeki saya pasti akan turut serta program sebegini.  Hidup di dunia saling memberi dan sebahagian dari hak kita adalah hak milik orang lain.

Program sebegini akan membantu kita insan kerdil muhasabah diri seadanya.  Susahnya diri kita, ramai lagi jauh lebih susah.  Senangnya kita akan lebih bertambah senang dengan perkongsian.

Bukan setakat wang ringgit sahaja yang kita boleh kongsi bersama tetapi masa, tenaga, kasih sayang dan banyak lagi.  Yang penting niat ;)

 Jom biarkan gambar pula berbicara..

 Suasana di pagi hari sebelum proses pengagihan anak-anak dilakukan


En Omar sedang memberi penerangan dan info ringkas mengenai BE


Wakil dari Projek Iqra' memberi penerangan bagi program sepanjang hari



Inilah anak-anak kami :)  Sebelah saya Izham dan sebelah Abang pula Aliff namanya


Terima kasih Izham dan Aliff kerana memberi kenangan berharga buat kami berdua.  Doakan kesejateraan kami ya anak-anak :)  



 Klik-klik bersama Izham dan Aliff


 Sukarelawan dan anak-anak BE bergambar beramai-ramai bagi buat kenangan #shoppingraya2013




Yeah, dah sampai Tesco.  Jom shopping!


Saat ketika membeli-belah di dalam Tesco Ampang.  Memang penuh dengan anak-anak BE waktu itu dan pihak Tesco dengan baik hati membuka kaunter pembayaran khas bagi kami semua


nota:  sedang mencari video #shoppingraya2013 di You Tube tak jumpa pula, nanti kalau jumpa saya kongsikan di sini

   




     

             

 


   

No comments :

Post a Comment