Followers

Thursday, October 31, 2013

::Monolog Di Malam Hari::

Meluap-luap keinginan mahu menarikan jari di atas papan kekunci meski tiada sebarang butir bicara.  Melihat sekilas pada gambar-gambar yang belum dikongsi, perasaan kosong meraja di hati.

Tenang dan dingin malam menambah rasa berat yang telah lama bersarang di dalam diri.  Betapa cemburu diri ini melihat segalanya penuh ketenangan tetapi tidak diri ini.

Andai punya kekuatan untuk diluah satu persatu, barangkali diri menjadi sebegitu ringan hingga mampu diterbang tiupan angin damai.  Mengapa begitu sayu malam ini?

Berbisik kuat kepada hati ini semua anugerah Allah, jangan pernah meratap setiap apa diberikan.  Berbanggalah kerana Allah beri dugaan sebagai tanda sayang Maha Pencipta buat hambaNya.

Sorot minda pada kenangan lalu betapa gahnya diri berhadapan apa jua cabaran, mengapa pula hari ini lelah menghambat secara berterusan?  

Kenangan kekal menjadi sesuatu yang terindah, usah rosak momen dengan deraian airmata.  Yang berlalu biarkan terus pergi kerana hidup hari ini buat keesokkan hari dan bukannya demi semalam.

Mungkin benar terjahan dugaan semakin kuat tetapi ianya juga bukan alasan buat diri berundur ke belakang.  Apa sahaja yang tinggal di belakang?  Hanyalah secebis memori.

Kuatlah diri demi esok, demi masa depan, demi hari penentuan.  Andai tiada kekuatan untuk terus berlari, berjalanlah, tak bisa berjalan merangkaklah.  Selewat mana pasti tiba jua ke destinasi ditentukan!

Gelombang - Salamiah Hassan Sumber:  YouTube




nota:  ;(

::Pengawal Keselamatan::

Pengawal keselamatan yang membuat onar masih lepas bebas dan dipercayai masih berada di dalam negara.  Senangnya hidup dia ya, dah bunuh orang kemudian boleh gerak ke sana sini.
 
Not pointing to anyone so lets police do their job.  Sama-sama kita berdoa penjenayah tersebut berjaya diberkas dan menerima pembalasan setimpal baik undang-undang dunia mahupun akhirat kelak.
 
Sejak kejadian tersebut, isu pengawal keselamatan menjadi tumpuan sementelah ramai yang berkhidmat di negara kita bukan berstatus warganegara.
 
Isu ini bukan semudah yang kita sangka sebenarnya.  Pelbagai pihak telah menyumbang kepada kebanjiran warga asing menjadi pengawal keselamatan.
 
Apa yang saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman sendiri deal dengan syarikat pengawal keselamatan kemudian nilaikan sendiri akan kebenarannya dan renung kenapa perkara sebegini berlaku.
 
Our business services oriented.  Sepanjang masa kami menyediakan servis kepada lebih 400 pelatih dan tenaga pengajar dalam satu penempatan bermajoriti warganegara Malaysia berusia bawah 20 tahun.
 
Sudah pasti isu keselamatan menjadi faktor utama dan kami harus menyediakan tahap pengawasan 24 jam sehari tanpa berhenti.  
 
So we decided to go with licensed security company kerana kami memerlukan lebih dari 10 orang pengawal berwibawa dan berdedikasi.
 
Syarikat sekuriti memberi kami sebut harga bagi yuran bulanan.  Pengawal keselamatan tempatan, sekian harga, pengawal keselematan bukan warga negara sekian harga di mana warga tempatan jauh lebih murah berbanding warga luar.

No argument sebabnya kos membawa pekerja luar pasti lebih mahal berbanding rakyat sendiri.  We go for local sebab merasakan satu tanggungjawab membantu rakyat sendiri.

They send security as what we want.  Tapi terkejut juga, sebahagian dari pekerja mereka itu merupakan penduduk tempatan yang baru sahaja diambil bekerja.  Tak kisahlah, asal ada pengawal keselematan.

Kesilapan kami, tidak bertanya mereka semua berkaliber atau tidak.  Sudah menjalani kursus pengawal keselamatan atau tidak, malah tak terfikir untuk bertanya boleh ke individu berusia 60 tahun ke atas berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

Kami tidak bertanggungjawab ke atas jadual kerja shift pengawal.  Semuanya dilakukan oleh syarikat.  Cukup bulan just pay their services.
 
Guess what?  Less than a month macam-macam masalah terpaksa berdepan.  One thing about local people mereka sangat-sangat berkira dengan kerja.  Kalau dah kata tugas mereka setakat angkat palang pintu, sampai ke sudah dia buat kerja itu sahaja.
 
Nak tolong buat kerja orang lain, haram!  Cukup masa cabut sehinggakan ada ketika pos pengawal ditinggalkan kosong tak berjaga.
 
Banyak masalah timbul, seperti menerima sogokan dari orang dalam supaya tak diperiksa keluar masuk terutamanya waktu malam, membuat hubungan sulit dengan peserta di dalam, tidur sewaktu bertugas, barang hilang tanpa pengetahuan dan banyak lagi.
 
Penggantian pekerja perkara biasa, katanya gaji diberikan rendah.  Tanya juga berapa dan perbezaan dengan yuran yang kami bayar memang jauh.  Ternyata syarikat mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
 
Ada-ada masa bila mereka keputusan pekerja, dihantar pengawal Indonesia which is against our agreement.  As a client of course we rejected.  Bimbang perkara tak diingini berlaku.  Kami juga nanti berhadapan masalah!
 
Syarikat sekuriti menegaskan memang masalah bila menggunakan khidmat warga tempatan.  Berilah sebanyak mana gaji mereka tetap dengan sikap sedemikian.  Ada sahaja masalah akan timbul.

Kerana itu mereka lebih senang menggajikan pekerja asing.  Tapi untuk kami ianya tidak boleh dilaksanakan lagi pun mereka yang memberi keyakinan tiada sebarang masalah. 

Due to poor services, we decide to stop using that particular company after 3 months. Sebelum tu mereka offer juga gunakan pengawal keselamatan seperti Nepal, Gurkha dan sebagainya tapi budget is beyond our capabilities.
 
Mahal tau, sekali ganda dari harga warga tempatan.  Bila buat business mahal murah kena juga ambil kira.
 
Kita nak salahkan siapa?  Syarikat yang tak membayar gaji yang mencukupi?  Ini memang penyumbang kepada masalah.  Syarikat janganlah terlalu memikirkan keuntungan.  Better service come with better pay.  
 
Kenapa menganaktiri warga tempatan?  Apa salahnya beri pendapatan lebih afterall they are our own citizen.
 
Atau salah "orang kita"?
 
Berbicara mengenai attitude "orang kita" pun mengecewakan.  For instance in my case, sudahlah kita beri peluang pekerjaan sambil mewujudkan suasana sihat tapi mereka ambil kesempatan pula.
 
Mengintailah, skandal dengan pelatih, tidur, curi barang dan macam-macam lagi as I mentioned before.
 
Pekerja diambil pun tidak terlatih.  Sebab itu etika kerja mereka semua ke laut.  Senangnya nak jadi pengawal keselematan, datang minta kerja.  Lebih kurang soalan diaju, terus dapat.
 
Dulu kalau dengar cerita nak jadi pengawal keselamatan, macam-macam kriteria diperlukan.  Tak cukup dengan itu, data peribadi akan disiasat memastikan tiada sebarang rekod jenayah.
 
It's happen to us, ada pengawal keselamatan ambil dadah sewaktu bertugas.  Bila sebar khabar angin polis mahu datang ambil sampel air kecing, habis hilang semuanya.  
 
Memanglah kami tidak memerlukan armed guard tapi guards play an important role.  Pintu keluar masuk di bawah penguasaan mereka.  Buatnya ada pelatih menyelinap keluar atau sesiapa bawa masuk barang larangan (which its hapeened) kami juga akan tanggung risiko!
 
Bila dah tak guna syarikat sekuriti, kami gunakan pula pengawal yang bertugas direct dengan organisasi.  Pekerja sendiri kebanyakkan mereka dari penduduk tempatan.  
 
Sekali lagi masalah penyakit "orang kita" melanda.  Susah nak kekang dan pekerja bersilih ganti.  Those with bad records kami serahkan sahaja pada pihak polis.  Terpaksa bersabar dengan karenah pekerja.
 
Kalau kata isu gaji, we pay them higher than security company offer.  Makan sepanjang bertugas ditanggung + other benefit tapi itulah tetap juga berdepan masalah sama.
 
Sebab itu masalah "orang kita" ini menjadi punca sebenarnya.  Bila kita beri peluang pada warga luar, merungut tak sudah.  Itulah...inilah...
 
Saya faham kenapa syarikat sekuriti menggajikan orang luar tanpa sebarang permit.  Satu darinya masalah mendapatkan pekerja.  Memang benar menggunakan pekerja tanpa sebarang permit satu kesalahan tapi in certain circumtances they have to.
 
Dalam dunia semua mahu mendapat keuntungan, inilah jadinya.  Macam kes Ambank, saya yakin sudah ramai pekerja luar tanpa permit bekerja dengan mereka.  
 
Cuba tanya "orang kita" terutama golongan muda, mahu ke mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan?  Majoriti akan menolak, tak glamour katanya lagipun gaji kecil.
 
Lagi satu yang saya perasan, rakyat kita kalau warga tempatan jadi pengawal keselematan semua hilang respek.  Bila guard kata itu tak boleh ini tak boleh seharus mungkin menentang.
 
Waktu tu keluarlah segala macam kecaman seperti apa dilakukan isteri pemain bola sepak tanah air hari tu.  Tapi kalau warga luar terutamanya Gurkha, tahu pula patuh arahan!
 
Nampak tak punca permasalahan isu pengawal keselamatan.  Faktor sekeliling sebenarnya menyumbang kepada perkara tersebut dan mungkin sudah sampai masanya perkara ini dilihat hingga ke akar umbi.
 
Bayangkan jika kes Ambank itu tidak berlaku, sampai bila-bila kita tidak tahu masalah berkaitan sekuriti ini.  Tak payah tengok jauh-jauh, guard yang jaga pagar kawasan rumah saya ini pun orang luar siap tak boleh berbahasa Melayu/Inggeris.  Macamana jadi guard?
 
Harapnya isu ini tidak akan didiamkan.  Di Malaysia, perkara akan hangat bila dah jadi kes sebegini.  Lagi 2-3 bulan tiada tindakan, hilang dibawa angin.
 
 
nota: tiba-tiba membebel...   
 
   
 
 
 
  
 
 


 
   

Tuesday, October 29, 2013

::Jenayah Di Mana-Mana::

Semakin hari semakin takut nak bergerak ke mana waima keluar dari pintu pagar rumah.  Keselamatan sentiasa rasa terancam, apakah yang sedang melanda Malaysia sekarang ni?
 
Sana sini dengar dan baca perihal jenayah.  Melalui siber pun dah ramai penjenayah, sampai bila kita terpaksa berdepan dengan keadaan sebegini?
 
Saya bagi contoh antara kes-kes yang saya baca dan dengar:
 
Kes 1
Seorang pelajar kolej maut setelah dirompak awal pagi Sabtu lalu.  Sumber:   http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/28/college-student-snatch-theft-victim.aspx

Kes 2
Seorang makcik usia 50tahun cedera bila dia keluar buang sampah dan didatangi 2 orang bermotorsikal.  Disebabkan tiada apa yang boleh disamun, perompak telah mencederakan menggunakan pisau.  Sumber:  cerita seorang kawan
 
Kes 3
Pelajar berusia 16 tahun hilang ketika singgah di tandas masjid.  Okay, yang ni tak tahu lagi apa punca, harap gadis tersebut hilang disebabkan mengikut kawan-kawan ke dan bukannya perkara hitam lain, Insyaallah.  Sumber:   http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131029/dn_25/Pelajar-hilang-semasa-singgah-di-tandas-masjid

Kes 4
Duit 20k++ hilang di dalam akaun setelah buat pembayaran bil secara online.  Pihak bank masih lagi siasat perkara ini dan tak pasti ke mana duit tersebut ghaib.  Macam kes Lisa Surihani hari tulah.  Tau-tau hilang RM5k.  Simpan duit di bank pun dah tak selamat  Sumber:  Rakan update status dalam FB
 
Kes 4
Berikutan kes pengawal menembak mati pegawai Ambank, Kerajaan telah mengesan ramai yang menggunakan IC palsu untuk bekerja.  Sekarang sedang berfikir adakah IC saya juga menjadi mangsa?  Risau juga ni.  Sumber:  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131028/dn_01/Guna-IC-palsu-bekerja---JPN

Kes 5
Rakan saya telah diikuti seorang lelaki India sebaik sahaja keluar dari bank.  Meski letak kereta di tempat terang, lelaki tersebut menghunus pisau supaya dia menyerahkah duit yang baru sahaja dikeluar.  Demi keselamatan, dia bagi sahaja dan kerugian RM3k.  Sumber:  Kisah benar diceritakan kepada saya oleh seorang rakan
 
Kes 6
Kawan saya buat part time tukar tube tayar motor bocor.  Dia letak mobor telefon di merata-rata tempat sekitar KL.  Satu hari dia dapat panggilan telefon minta tukar tayar motor.  Dah deal harga, lokasi dia menuju ke tempat dijanjikan.  Malangnya sebaik sahaja selesai kerja, dia telah dirompak dan motor telah dilarikan.  Sumber:  kisah benar kawan Abang
 
Kes 7
Kerajaan kurangkan subsidi gula, dan semalam harga nasi lemak kosong naik dari RM2 ke RM2.50.  Tak cukup dengan kenaikkan harga, telur dari separuh menjadi suku, nasi penuh membukit dah tak banya mana  Ini pun jenayah juga, sebab menjerut leher pembeli dengan harga tak masuk akal.  Sumber:  Pengalaman sendiri!
 
Apa yang saya kongsikan ini hanya 1% dari banyak lagi kes di luar sana.  Penderaan, komplot peminta sedekah, penjualan dadah dan bahan terlarang, banyaklah lagi!  Buat jenayah menggunakan agama pun bersepah merata-rata.
 
Be extra extra extra careful deary friends!  Kalau boleh jangan kita jadi mangsa sebarang jenayah yang sedang berleluasa.  
 
Di bawah ini link saya jumpa untuk kita semua amalkan doa supaya sentiasa dilindungi dari musibah, seperti dirogol.  Jadikan ianya amalan ya, Insyaallah akan sentiasa berada di bawah rahmatNya
 
 

Di ambil dari Google Image



nota:  kerisauan melampau

Saturday, October 26, 2013

::Tempat Main Baru::

Banyak perubahan di Carrefour semenjak Aeon ambil alih.  Istilah hidup segan mati tak mahu sudah tiada lagi di situ.  

Mungkin sumpahan penduduk setempat terhadap pembinaan Carrefour satu masa dahulu benar-benar menghantui sehingga mendapat sambutan dingin.

As a consumer at least we have another place to shop our groceries.  Kalau tidak setiap masa ke Giant sahaja.  Last time during Carrefour, price a bit high tapi sekarang tak tahu.

Rasanya murah sebab ramai dah pengunjung, parking pun dah mula penuh di bahagian hadapan.  Kalau dulu tak perlu bersusah payah, memang akan ada petak kosong di hadapan pintu.

Antara tarikan terbaru, tempat permainan kanak-kanak berbayar.  Budak-budak di rumah ini sudah mula ketagih.  Mereka sudah tidak menyebut Giant lagi tetapi mahu ke Aeon.  

Agaknya kesemua outlet Aeon Big ini memang ada taman permainan sebegini.  I haven't go to any of Aeon Big so suprise juga dengan segala usaha untuk menarik pengunjung.

Barang permainan masih baru lagi, okay juga ada tempat bermain sedemikian.  Hopefully bila dah berbayar tempat tersebut akan berjaga sebaik mungkin.

Wai Wai Park by Molly Fantasy.  Entry fee as per picture and parents need to fill up form before kids allow to enter.  Weekdays cheeper by RM1 compared to weekends.  Permainan menggunakan token pun ada


Not that spacious area.  Kids age Buah Hati memang cepat bosan sebab tak adventurous sangat tapi untuk Cayang dan Manje memang heaven tempat ni


 Hari tu dapat cenderamata.  Tak pasti pula kenapa, register as a member agaknya ke register untuk dapatkan kad stamp tu.  Bila dah penuh boleh tukar dengan merchandise disediakan



nota:  kena standby duit banyak-banyak lepas ni...hehehe...

::Texas Chicken::

Ramai dah beritahu Texas Chicken (TC) ni sedap tahap boleh lawan KFC.  Well, I am KFC lover since youngster, bila tahu ada boleh lawan KFC terasa nak cuba.

Hari tu ke Sunway Piramid untuk join event Levis dengan blogger popular Kak Red (eh,tu belum cerita lagi ya!) sekali ternampak restoran TC.  

Dah pasang niat akan cuba sebab bukan senang nak dapat.  Not so sure outlet TC di KL ni kat mana.  Selesai sahaja terus ajak Abang masuk TC.

Boleh tahan ramai bila nak order maknanya sedaplah ni.  Menu similar dengan KFC so tried both original and spicy.  Tamakkan?!

Honestly, original tak sedap.  Tak kena dengan tekak tapi spicy quiet okay.  Crumbs kurang berminyak dan yang penting ayam semuanya sihat belaka.

Coleslaw nice but not for mashed potato.  Tapi tak adalah teruk sangat sampai tak boleh nak makan, habis juga.  Fries pun gemuk-gemuk, memang puas makan.

The best their chicken wrap compared to KFC Twister and Mcdonalds Wrap.  Kalau ke TC jangan lupa cuba chicken wrap.  Fresh dan inti padat.  

To summaries, KFC still in my heart walaupun saiz ayam makin mengecil and price getting ridiculous but to give a try why not.  

Banyak lagi menu yang saya tidak cuba, tapi itulah on that day memang tak dapatlah nak beli semua.  Perhaps next time.  

Sesiapa nak tahu lebih lanjut mengenai TC boleh lawati laman web mereka:  www.texaschickenmalaysia.com lepas tu kita kongsi pendapat mengenai TC.

Who knows maybe my 1st attempt ni tak berapa mengikat selera but next time my perception will change.

My order for the day



      Total price.  Okaylah, tak mahal sangat tak murah sangat tapi kalau lagi murah apa salahnya.  Mesti ramai akan beralih ke TC berbanding competitor lain




note:  just a food....

::Graduation & Sports Day::

Hujung tahun ni ramai berkongsi kisah hari sukan anak-anak.  Orang yang tak ada anak seperti saya tumpang cerita anak buah.  Siapa lagi kalau bukan Buah Hati, kejap sahaja dah 6 tahun.

Masih terbayang lagi saat lahir ke dunia.  Dari sekecil-kecil anak sehinggalah sekarang, sesaat tidak terlepas dari pandangan mata.  Dia membesar di depan kami semua.  

Tahun hadapan dah masuk darjah 1, apa pula karenah bakal dipamerkan nanti.  Lagi dua orang pula menanti giliran meniti usia.  Semakin tualah saya!  

Buah Hati masuk sekolah seawal usia 4 tahun.  Tiap-tiap tahun kami hadir menyaksikan persembahan dan hari sukan cuma saya tak cerita di sini.  Dasar pemalas memang begitu.

Kali ini istimewa sedikit sebab sekali dengan acara graduasi.  Harapnya satu hari nanti dia akan berjaya mengenggam segulung ijazah sebenar pula, Insyaallah.

Nak cerita panjang pun tak ada intipati, jadi saya kongsikan gambar sahaja ya!

 Beratur untuk ambil scroll, katanya



Group photograph.  Majoriti student di Spring Montessori ni berbangsa Cina.  Buah Hati dan 2 orang lagi rakan melayu sahaja di dalam kelas



 "Yeah, finally I graduate"


Gym session, one of additional class for student.  Bagus juga dia join gym class ni, kuat skit badan dia.  Takde lembik-lembik


Warm-up session.  Bersungguh dia.  Adik-adik kat tepi melonjak-lonjak nak join sama


Marching session.  Since he is six years old so appointed as leader of Yellow House


Sempat tu senyum bila lensa dihalakan


Masuk acara selingan pula.  Bab menari bagi pada dia, nak ikut jejak langkah Along dia agaknya, terror menari..ahaks!



Antara acara yang Buah Hati masuk.  Kalau tak silap ada 4 game kesemuanya.  Pemenang dikira melalui pengumpulan mata


Finally Yellow House won!  Last time he got 2nd place, so a good achievement for final year


We are dedicated cheer leader for yellow team...hahahah...asyik la menjerit and guess what, Yellow House won almost every race!


Here we are to give him full support!  Satu kampung turun padang


Abang berlari, diaorang pun sibuk berlari sana sini.  Tak sabar nak join sport day.  Sabar ya Cayang dan Manje, next year your guys turn pula!

   


nota:  penghibur hati di kala duka lara..........



Friday, October 25, 2013

::Suatu Kenyataan::

Bersilih ganti kisah sedih menghantui rakyat Malaysia and people started pint point each other to what had happen.  Nak salahkan siapa pun tak guna, bukan mereka yang telah pergi dapat kembali semula.

Its time for us especially Malaysia's Government to look into this matter seriously.  Memang malang tidak berbau tapi sekurang-kurangnya kita punya inisiatif bagaimana untuk mengelakkan perkara sebegini tidak berulang lagi.

I know mesti ramai kata bukan senang nak elak kalau perkara dah nak berlaku especially insiden a guy yang mengamuk tanpa sebab kemudian semberono menikam sesiapa sahaja berada di depan mata.

Tapi keadaan amuk selalunya berkaitan dengan tekanan hidup yang melampau sehingga mangsa bertindak di luar batas kemanusiaan.  Sedihnya, pengamuk tersebut beragama Islam.  

Ada juga kata dia gila isim bilamana mulut lelaki tersebut tidak berhenti berzikir meski sudah membunuh dan mencederakan beberapa orang.  Tahu tak kita, ramai sebenarnya rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan hidup?

I can't come out with exact figure tapi cuba bertanya pada mereka yang bertugas di hospital sakit jiwa, pertambahan angka pesakit naik sekali ganda setiap tahun dan ianya amat membimbangkan.

I have a friend yang bekerja di pusat tersebut tapi tak adalah berjawatan tinggi.  Dia kongsi apa yang dia tahu berdasarkan pemerhatian dan tugasan dilalui seharian.

If you asked me, tekanan hidup sekarang memang tinggi.  Kalau tak sabar senang-senang pedoman hidup terpesong.  As Muslim, kita diajar bersabar dengan segala dugaan dan cabaran, tapi sampai satu tahap ada di antara kita can't take it anymore.  

Sedangkan kita yang waras ni bila dilanda masalah pun sering sahaja ambil keputusan ikut hati apatah lagi mereka-mereka di luar sana yang sudah tidak dapat lari dari bebanan demi bebanan.    

Spent your time, walk around KL cuba tengok berapa ramai di luar sana hidup gelandangan, sakit mental dan macam-macam lagi.  Tak kiralah warga asing ke rakyat tempatan ke kerana hakikatnya bila berada di Malaysia sedikit sebanyak ianya tanggungjawab kita juga. 


Saya ada kisah yang kurang pasti betul atau tidak, tapi disampaikan kepada saya seorang teman sewaktu kami berbual kosong.

Let put it this way, my friend ni A ada seorang kawan B tiba-tiba dihimpit masalah.  B lost job, wife not working because one of their kid mishap.  

Minta bantuan merata, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan macam-macam lagi.  Semuanya tak dapat due to bureaucracy.  Tahu sahajalah hidup di kota, serba serbi tak mencukupi.

One day B cried di salah satu kaki lima sebab sudah keputusan duit dan mengenang anak isteri di rumah.  Kerja puas cari tapi tak dapat.  Kerja-kerja gaji harian semuanya dipenuhi warga asing.

Ada yang kata dia memilih tapi sebenarnya dia tak memilih cuma beberapa situasi dia berhadapan dengan ketidakadilan majikan yang hanya mahu membayar terlalu rendah tetapi kerja sangat berat. 

Tak ada sesiapa hiraukan dia menangis, orang sekeliling hanya memandang sinis sambil berlalu pergi.  Not even one person stop by and ask him WHY!

Tiba-tiba seorang lelaki segak datang hampiri B dan bertanya kenapa dia dalam keadaan sedemikan.  Tanpa segan silu dia cerita semuanya termasuklah sedang memikirkan bagaimana mahu cari duit tambang untuk pulang ke rumah.

That guy hulur note RM50 beserta alamat and instruct B to go to the address.  At first B ragu-ragu juga nak ambil, bimbang sindiket penjual dadah ke tapi tetap juga ambil.  

He even berhasrat nak lari sahaja dengan duit RM50 tu, yalah lelaki tersebut bukannya ada ambil butir diri B.  At least dengan duit tersebut boleh dia beli barang dapur dan susu anak untuk beberapa hari akan datang.

Tapi takut tak berkat dan bimbang hasil yang diberikan pada keluarga haram, B pergi juga ke alamat diberi.  Agak-agak tak kena dia akan pulangkan sahaja duit tersebut.

Sampai sahaja ke alamat tersebut, ianya office building.  B tak adalah risau sangat, paling tidak that area tak sunyi dan terpencil.

When he entered, that office dia terkejut rupanya pejabat gerakan bagi penganut agama Kristian.  B dilayan dengan baik tanpa mengira dia berbeza agama.  

B ditawarkan sedikit wang bantuan dan syaratnya mudah khabarkan kepada sesiapa sahaja yang susah untuk berjumpa mereka.  Kalau ada duit bayar semula, kalau tiada duit tidak mengapa.

Nama, no kad pengenalan diambil sebagai rekod bukti penerimaan.  Menurut mereka, gereja di Malaysia ada menyediakan tabung bantuan sedemikian bagi menolong mereka yang dalam kesempitan hidup tanpa mengira sesiapa pun.

Tidak perlu isi borang, tunggu penilaian, tunggu surat jawapan dan sebagainya.  B juga tidak dipaksa menukar agama, terpulang.  Jika berminat, boleh datang ke gereja pada sekian-sekian hari untuk keterangan lanjut.

He did take that money tapi tak banyak, cukup untuk tampung belanja 2-3 hari.  At that point he put aside halal haram because ada mulut harus disuap tatkala penghujung hari nanti.

Di situ juga dia dapat tahu, ada sumbangan barangan keperluan asas bagi sesiapa sahaja yang berdaftar.  Dek kerana rasa takut yang bersarang, B tidak bertanya bagaimana untuk mendapat kelayakan tersebut.
 
Saya tak pasti, adakah masjid-masjid kita menggunakan pendekatan sedemikian?  Rasanya tiada tapi tak tahulah kalau dah berubah.  Yang saya tahu, hari tu curi duit masjid RM2 dijatuhkan hukuman. 

Kebenaran kepada cerita ini Wallahualam cuma adalah saya terbaca kisah lebih kurang sama dengan B ini di FB.  Dari orang yang sama atau tidak itu pun saya tak pasti.

Nampak tak apa yang saya cuba highlight?  Kadang-kadang sistem sedia ada tidak membantu.  Benar harus kawal pemberian tetapi kalau agama lain boleh laksanakan kenapa tidak kita?

No wonder semakin ramai angka rakyat Malaysia murtad.  Am not going deeply into murtad's issue but sometime when people need us and we are not there for them that's it!  Jalan penyelesaian mudah akan lebih menawan hati sesiapa sahaja yang sengsara.

My true experience ke salah sebuah pejabat Agama Islam di Malaysia.  Mula-mula kena ambil borang di sekian-sekian tempat.  1st attempt to go there failed sebab tak tutup aurat.  Okay, itu memang salah saya, siapa suruh tak bertudung!

2nd time pergi hanya untuk ambil borang, it took my precious half an hour duduk menanti nombor dipanggil.  Bila nombor dipanggil disoal siasat seolah harga borang tersebut ribuan ringgit.

Macam-macam tak boleh!   Kena pergi sana pergi sini untuk dapatkan pengesahan.  Dah settle semua baru submit borang permohonan.  Bare in mind, belum tentu lulus ya!  Kelulusan will take sometime.

Jika perlu, pegawai akan datang inspect rumah buat kaji selidik dan macam-macam lagi.  Patutlah ramai reluctant to go and ask for a help.  Memang susah, that's the only word I could say.

Entri ini bukan untuk kecam mana-mana pihak tapi kenyataan pada apa yang sedang dihadapi sekarang.  Think deeply before defending any side, afterall saya juga punya hak untuk suarakan sesuatu diruang sendiri.

Berbalik kepada peristiwa hitam melanda negara; Banjir Lumpur Cameron Highlands, kematian gadis berusia 15 tahun mayat disumbat di dalam suitcase, pekerja Ambank ditembak mati dan lelaki amuk di Stesen LRT Taman Melati, berharap ahli keluarga tabah menghadapi dugaan.

Take a time dan renungkan seandainya kita ditempat mangsa ternyata maut tidak menunggu sesiapa serta tidak memilih mangsanya.  Sebagai orang Islam, ini semua takdir Illahi.

Have a nice weekend dan jangan putus harap untuk terus berdoa semoga Allah permudah segala-galanya!



nota:  masih serabut dan bersedih...   

    
 


Thursday, October 24, 2013

::Menang Saguhati::

Minggu lepas kalau tak silap dapat dua buah tangan hasil penyertaan peraduan melalui Facebook.  Tak pernah serius join tapi, Alhamdulillah ada rezeki.

Yang pertama dapat dari Nestle Drumstick.  Betul-betul tak boleh recall contest yang mana satu, tapi memang hari tu pihak Nestle Drumstick email minta alamat untuk hantar cenderahati.

Lama juga, makan masa berbulan.  Ingatkan dah tak dapat.  Tup-tup ada parcel telah dihantar.  Bila buka baru ingat, oh dari Nestle Drumstick.  

Inilah saguhatinya


Keesokkan harinya dapat pula dari KFC.  Ini memang tak tahu menahu, alih-alih sampai depan pintu.  Giveaway dari peraduan #KFCSoGood dalam FB tapi tak tahu dari siri yang mana satu.

Kalau sesiapa berminat nak join, cari sahaja FB KFC lepas tu turut serta.  Soalan pun senang sahaja.  Tapi tawaran hadiah tak adalah grand prize duit ratus ribu ke, gadget ke, ini contest biasa-biasa sahaja.

  Sehelai T-Shirt Manchester United.  Bukan fan MU pun tapi dah dapat sarung sahaja ke badan


Nasib baik sesuai di badan.  Kalau ketat mungkin rezeki orang lain untuk pakai.  Kualiti T-Shirt not bad, tebal


Dah pakai bawa berjalan pun.  Dapat hadiah takkan tak seronokkan? 

Lepas ni nak rajin join contestlah.  Seronok dapat habuan sebegini meski tak seberapa nilainya tapi ianya hasil dari sesuatu yang kita cuba.  Mana tahu boleh dapat hadiah gempak-gempak pula lepas ni!




nota:  Alhamdulillah, bersyukur dengan segala bentuk rezeki..........



::Mati Itu Pasti::

Ahad lepas dikejutkan dengan 3 berita kematian.  Meski tiada punya talian persaudaraan, saya turut tumpang bersedih di atas berita kehilangan.  Lagi pula semuanya saudara seIslam.  Mati itu pasti bukan, cuma bila saatnya hanya Allah SWT sahaja mengetahui.

Berita pertama yang diterima dari keluarga Ejump & Nova.  Ayah Ejump meninggal dunia ketika sedang tidur.  Senangnya percaturan Allah buat Allahyarham.  

Tapi sedikit menyayat hati bilamana mereka sekeluarga tiada di sisi arwah di saat akhir.  Ejump sekeluarga beserta ibu dan kakaknya sedang bercuti di Vietnam.  

Tatkala mendapat perkhabaran tersebut, hati digayut sayu membayangkan betapa kelam kabut mereka di sana mahu mencari jalan pulang ke tanah air dalam kadar segera.  Mengalir juga air mata sambil membayangkan diri saya di dalam keadaan mereka.  

Doa tak putus-putus supaya perjalanan pulang mereka semua dipermudahkan dan punya masa untuk menatap jenazah buat kali terakhir.  Alhamdulillah, mereka sempat sampai sebelum dikebumikan.

2 hari saya ke rumah mereka untuk kenduri tahlil dan doa selamat.  Apa sahaja yang boleh saya lakukan selain dari mendoakan kesejahteraan sesama kita.

Berita kedua pula dari keluarga Siti Cutie.  Bapa saudaranya meninggal dunia setelah nazak beberapa hari.  Bergegas mereka sekeluarga balik Melaka bagi menziarah.  

Kalau ikut perancangan, memang Macho Man nak ke Melaka untuk menziarah Allahyarham di hospital.  Tak sempat hajat tersebut, tapi Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik.

Hari yang sama, Abang pula mengkhabarkan adik kepada bos dia meninggal dunia di Kelantan.  Dapat sahaja tahu, bergetar seluruh badan.  Yalah, berita kematian bersilih ganti didengari.  

Giliran kita ini bila pula ya?  Semakin berusia saya tidak menyangkal perkara kematian sering bergayut di fikiran.  Allah telah pinjamkan nyawa selama 33 tahun, jika dia mahukannya semula bila-bila masa sahaja akan berlaku.

Persoalannya sudah bersediakah kita?  Sudah cukupkah segala bekalan yang harus dibawa?  Sama-sama kita renungkan diri sendiri ya, tak perlu hitung atau tenung orang lain.    

Takziah buat semua ahli keluarga dan harap terus tabah menghadapi dugaan dunia.      

 Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat saudara-saudara yang telah tiada



nota:  semoga Allah mencucuri rahmat buat semua Allahyarham yang telah tiada....