Followers

Friday, October 4, 2013

::2 Dalam 1::

Seperti biasa, ini cerita dah basi.  Baru masukkan gambar, barulah boleh berkisah.  Sifat pemalas tahap luar biasa betul.  Walhal boleh sahaja update on the spot.  Bukan kerja menimbun!

Dalam 2-3 minggu lepas, hari Jumaat jugalah berkesempatan jumpa Kak Mya dengan Kak Tin di The Curve.  Gigih tau ke sana waktu tengahari, walaupun tahu azab kesesakkan lalu lintas kalau dari rumah.

Jumpa Kak Tin bukannya apa nak ambil kuah rojak/colek yang dia jual.  Hari tu Kak Mya ada masukkan dalam entri dia perihal kuah ni.  Kebetulan waktu tu selera tengah membuak-buak nak makan mangga muda, terus nak beli.

Asalnya nak beli 3 botol sahaja tapi Kak Tin dengan baik hati bagi harga istimewa untuk 4 botol, okaylah tu.   

Huish, memang sedap!  Ni bercerita pun dah kecur air liur.  Lagi best kalau dapat mangga muda yang masam, ffuuuuhhhh.....nikmat tak terkata.  Tak sampai 2 minggu dah habis 3 bekas.

Kak Tin kata ibu dia buat sendiri.  Bila buat sendiri, tahap halal tak perlu dicurigai.  Yang ada dipasaran, kadang-kadang risau juga.  Tapikan, kalau lagi pedas lagi mencengkam!  

Ada orang suka pedas, ada orang tidak.  Kuah ni, tahap okay.  Terasa pedas, manis, masin semua.  GM tambah dengan cili padi potong.   

Kalau sesiapa berminat boleh beli dari Kak Tin atau cari Kak Mya untuk berhubung dengan Kak Tin.  Betullah kata Kak Mya, memang thumbs up!

Confirm akan beli lagi lepas ni.  Nak beli dalam waktu terdekat, GM dah jeling tajam.  Bukan marah, risau sakit perut nanti.  Perut dahlah taraf 2nd hand.  Kalau sakit siapa yang susah.

So kita tunggu lagi 2-3 bulan baru repeat makan mangga muda balik.  Kalau beli sekarang, mana boleh tahan.  Tangan menggigil nak cari mangga.  

Baki 1 botol tu pun dah kuat memanggil-manggil.  Ada juga pergi cari mangga muda esok hari.  Alang-alang, kita kasi habis 4 bekas terus!

 Inilah kuahnya.  Maaf, gambar kurang berkualiti.  Waktu ambil bukan ingat apa pun, tahu nak terkam terus.  Cubalah beli, Insyaallah sedap!  "psstt..Kak Tin, kalau beli lagi dapat harga istimewa lagi tak?"  hehehe...gurau je!


Dah terlanjur tu, Kak Mya pass cenderahati saya sempena jadi top commenter dalam blog dia.  Tak ingat bulan berapa jadi pemenang.  Ini kali kedua dapat tau.  First time dulu boleh baca di sini.

Alhamdulillah, terima kasih Kak Mya.  Moga rezeki akak sentiasa murah di arena blog dengan mendapat kunjungan ramai pembaca.  Blog dia best, memang setiap hari menebeng di sana.

Saya ni dah beberapa kali jumpa Kak Mya tapi hasrat nak bergambar tu terpendam dalam hati sahaja.  Segan!  Siapalah saya nak dibandingkan dengan dia.  

Di kesempatan ini, saya nak berterima kasih pada Kak Mya dan Kak Tin kerana melalui blog dapat berkenalan.  Meski kenalan biasa dan hanya baca cerita dalam blog, tapi tetap telah terjalin satu hubungan.  

Harap dapat kenal lebih ramai orang baik seperti mereka dalam alam siber ini.  Ramai taulan luas pengetahuan juga!    

 Beg uncang dan eye mask.  Dah selamat digunakan pun.  Beg uncang tu best, kain berkualiti.  Terima kasih sekali lagi Kak.  Really appreciate it!



 
 Inilah kegunaan beg tersebut, menggantikan beg make-up yang dah nazak.  Best sebab saiz besar, boleh isi banyak barang.  Dah lama terfikir nak ganti yang baru, tapi asyik tangguh hasrat.  Rupanya nak dapat yang baru :)  


nota:  biar ramai kawan...
 

 

 

4 comments :

  1. 1. terima kasih sebab rajin komen kat blog akak.
    2. sorry hadiah lambat. tapi harap awak suka k.
    3. haaa kan betul akak kata garam belacan tu sedap kannn
    4. eh kita pernah bergambar dulu masa tengok teater kat istana budaya apa. dengan kakred. ok takpe next time ada rezeki jumpa kita ambik gambar k

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat Kak,mana blh lupa...:) 1st time tu! hadiah tu suke sgt! yg penting pink, mcm blog akak jgk..

      Delete
  2. alhamdulillah, tapi mmg sedap kan colek tu. sapa penggemar colek mmg kenot resist lah... thx dik. kaktin jual yer :)
    nnt if ada rezeki kita jumpa lagi...kali tu jgn lupa pose-pose...buat kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli ;) jual secara besar2an Kak...confirm ramai yg akn beli...

      Delete