Followers

Wednesday, October 2, 2013

::Jom Like Telekung Project::

Semenjak terlibat  #Projek Iqra' pada bulan Ramadhan hari tu, hati sangatlah berkobar nak turut serta dengan segala aktiviti sukarelawan meski kebanyakkannya tak punya peluang.

Baru-baru ini through FB saya terjumpa pula Telekung Project (TP) juga turut melakukan aktiviti sukarelawan membantu mereka di dalam kesusahan dan kurang bernasib baik.

Asalnya TP membantu masjid dan surau dengan mengumpul telekung-telekung dan membasuh sekali.  Dari situ, TP usaha lagi pelbagai aktiviti demi menghulur bantuan bagi yang memerlukan

Saya pandang tinggi betul pengasas TP ini, kerana semuanya dilakukan dengan seikhlas hati, malah kadang-kadang duit sendiri lebur.  Lebih membanggakan, dia mendapat sokongan 100% dari keluarga tercinta.  

Nak tahu lebih lanjut lawat sahaja FB TP dan like fan page.  Pelbagai projek dalam perancangan dan admin TP tidak pernah lupa menceritakan kisah suka duka tiap kali handle projek.  

Ini saya promote secara sukarela sebab aktiviti dirancang memerlukan penglibatan orang ramai baik dari segi bantuan fizikal dan juga material.

Saya sendiri belum pernah turut serta dengan aktiviti TP cuma hari tu adalah buat sumbangan duit tak seberapa untuk mereka lakukan jamuan tahlil di Kepulauan Mabul.

Coming soon mereka akan terlibat dengan program #shoptilludrop karnival.  Ianya bertujuan membantu mangsa pelarian dari negara jiran seperti Burma.

Untuk tujuan itu, mereka inginkan ramai untuk turut serta seperti yang di bawah:


     Ini saya copy dari FB Telekung Project


Berharap sangat Telekung Project akan terus sukses dan punya banyak lagi peluang membantu mereka yang memerlukan.  Insyaallah, jika diizinkan ingin sangat rasanya turut serta dalam aktiviti TP.

Bagi di luar sana jangan lupa lawat FB mereka dan jika punya kesempatan, hulurkan bantuan apa sahaja mengikut kadar kemampuan.  Insyaallah, kita bakal mendapat saham akhirat. 





nota:  tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...

No comments :

Post a Comment