Followers

Tuesday, October 1, 2013

::Masih Setia Dan Percaya::

Ramai juga bertanya saya sudah tidak ambil rumpai laut aka Pure Marine Collagen (PMC) lagi ke?  Yalah, selalu rajin promote tapi tiba-tiba senyap.

Sebenarnya lama juga dah tak makan tapi tiada sebarang sebab-musabab negetif.  Terus terang saya katakan ianya sangat okay, terpulang samada mahu percaya atau tidak.

Last saya consume sebelum puasa.  Bila dah habis tak masak yang baru sebabnya nak puasa fridge memang fully book.  Mana GM nak simpan stock makanan, saya nak simpan stock popiah, Ayu Bam Bam pun nak letak kek dia.  

So decide stop for a while, bila fridge dah okay baru nak masak balik.  Selalunya sekali masak saya akan dapat dalam dua jag besar.  Memang consume tempatlah.

Satu lagi sebab saya nak tengok perbezaan sekiranya dah tak makan lagi.  Any side effect atau tidak.  1st few months seems okay.  Rambut pun tak gugur.

Tapi ini dah masuk bulan 4 rasanya tak makan, I can feel the changes.  Rambut dah mula gugur balik, kulit muka dah start ada problem, badan rasa berat dan macam-macam lagilah.

Lagi buat rasa nak makan balik bila awal bulan hari tu, sengugut menyerang dan agak sakit jugalah.  Not good okay, kalau boleh dah taknak rasa sakit macam dulu.

I know ramai pakat condemn PMC ni, siap buat satu laman web khaslah, circulate statuslah dan macam-macam lagi.  For me simple, kalau makan ada rasa perubahan and you happy so just stick with it.

Tak nak makan lagi pun tiada siapa marah afterall badan sendiri rasa perubahan, sendiri buat keputusan.  As for myself, nampak gaya kena start consume balik.  Tak best bila rambut tak sihat dan bersepah merata-rata sekitar rumah.

Rasanya pernah mention before, sebelum mula ambil PMC sebagai supplement, I did asked my late doctor and he agreed rumpai laut tu boleh bantu dari kesihatan tapi semua bergantung kepada individu juga.

Mostly mereka yang allergy pada seafood memang tak digalakkan makan sebab based dia memang dari laut so garam mineral yang tergandung dalam tu takut memberi kesan sampingan.

Hari tu pun dah ada penjelasan yang rumpai laut ni punya protein dan mineral yang tinggi dan ianya akan membantu mengekalkan kolegen di dalam badan.  Kalau tak silap dalam Wanita Hari Ini pun ada penjelasan.

Tak sabar nak start ambil balik PMC ni.  Stock in hand memang sentiasa ada so hopefully masalah sedia ada dapat dikurangkan.  

Mungkin ada yang kata ini dah kira bergantung pada rumpai laut, kalau tak ada nanti susahlah.  

Well, kena ingat juga dah berapa lama kolagen dalam badan hilang atau menyusut, baru sekarang nak top-up balik.  Benda ni bukan miracle, ambil masa jugakan. 

Asalkan baik dan berkesan, saya dah cukup happy.  Lebih-lebih lagi ianya murah cuma leceh sikitlah bila nak kena basuh, rendam dan rebus.  Nothing easy in this world right!

 Ini saya ambil dari FB, harapnya tuan empunya gambar rela hati beri saya guna



 Ini pula kalau tak silap, Nova tag pada saya.  Rasanya gambar ini pun circulate via FB



nota:  rahsia alam banyak tersembunyi rahsia...




 

No comments :

Post a Comment