Followers

Thursday, October 24, 2013

::Menang Saguhati::

Minggu lepas kalau tak silap dapat dua buah tangan hasil penyertaan peraduan melalui Facebook.  Tak pernah serius join tapi, Alhamdulillah ada rezeki.

Yang pertama dapat dari Nestle Drumstick.  Betul-betul tak boleh recall contest yang mana satu, tapi memang hari tu pihak Nestle Drumstick email minta alamat untuk hantar cenderahati.

Lama juga, makan masa berbulan.  Ingatkan dah tak dapat.  Tup-tup ada parcel telah dihantar.  Bila buka baru ingat, oh dari Nestle Drumstick.  

Inilah saguhatinya


Keesokkan harinya dapat pula dari KFC.  Ini memang tak tahu menahu, alih-alih sampai depan pintu.  Giveaway dari peraduan #KFCSoGood dalam FB tapi tak tahu dari siri yang mana satu.

Kalau sesiapa berminat nak join, cari sahaja FB KFC lepas tu turut serta.  Soalan pun senang sahaja.  Tapi tawaran hadiah tak adalah grand prize duit ratus ribu ke, gadget ke, ini contest biasa-biasa sahaja.

  Sehelai T-Shirt Manchester United.  Bukan fan MU pun tapi dah dapat sarung sahaja ke badan


Nasib baik sesuai di badan.  Kalau ketat mungkin rezeki orang lain untuk pakai.  Kualiti T-Shirt not bad, tebal


Dah pakai bawa berjalan pun.  Dapat hadiah takkan tak seronokkan? 

Lepas ni nak rajin join contestlah.  Seronok dapat habuan sebegini meski tak seberapa nilainya tapi ianya hasil dari sesuatu yang kita cuba.  Mana tahu boleh dapat hadiah gempak-gempak pula lepas ni!




nota:  Alhamdulillah, bersyukur dengan segala bentuk rezeki..........



No comments :

Post a Comment