Followers

Wednesday, October 2, 2013

::Syawal 2013::

Baru nak cerita kisah pagi Syawal.   Lambat ke cepat ke sama sahaja, tapi ini melampau juga lambatnya.  Dah nak masuk Raya Haji baru nak masukkan.  Bolehlah dari tak ada.   

Tak ada nak cerita apa sebenarnya pun, sama sahaja seperti tahun-tahun sudah.  Bezanya tahun ini Ninie sekeluarga tiada, beraya di Kelantan.

Kira 1st time juga kami beraya tanpa orang gaji, kelam kabut GM dari petang raya membawa ke pagi raya.  Nasib baiklah anak-anak semua jenis tak demand makanan.

Apa yang ada semua main sebat.  Tapi kasihan juga GM, memang kena dapatkan pembantu rumah satu hari nanti.

Pagi tu seperti biasa, siap-siap tunggu GP pulang dari masjid kemudian sesi makan sekeluarga.  Sedikit terkilan bila tiada bayang ketupat tapi salah sendiri juga, lupa nak pesan pada GP sewaktu dia ke pasar.

Selesai makan, acara bersalaman dan bergambar.  Macam-macam gelagat ada terutama keletah dua anak yang semakin membesar.  Dah faham erti raya mereka tu.

Puas beraya di rumah, bersiap untuk ke tanah perkuburan pula.  Agak lewat juga keluar, hampir jam 12 tengahari baru sampai.  Okay juga, tak adalah sesak sangat dengan orang datang menziarah pusara.

Tahun ni saya tak singgah beraya di Jalan Ipoh, nak menemankan Abang pulang ke kampung dia di Negeri Sembilan.  Ajak sekali Mimie join, terlanjur dia tak ada sebarang perancangan.

Hazab tersangkut dalam kesesakkan yang melampau.  Perjalanan sepatutnya hanya sejam lebih jadi 3 jam.  Dari tak lapar terus kebulur duduk dalam kereta.

Lain kali tak naklah keluar KL waktu macam tu.  Buang masa atas jalan betul.  Yalah, nak marah orang lain pun tak boleh, mereka sama seperti kami juga keluar beraya.  

Kecil hati Siti Cutie bila giliran makan malam di rumahnya terpaksa dibatalkan dek kesuntakkan masa.  Tak sempat nak balik KL pada waktu sepatutnya.

Sewaktu di Negeri Sembilan, tak berjalan ke mana pun cuma sempatlah singgah rumah kawan baik Abang sebelum berangkat pulang.  

Rasa cepat sangat masa berlalu di 1 Syawal, tau-tau dah masuk hari ke-2.  Tak ada sebarang yang menarikkan?  Well, already get use with those routine dan Insyaallah, tahun-tahun mendatang pun tiada sebarang perbezaan.

Jom saya kongsi gambar, tapi tak semua.  Mana yang ada sahaja.  Payah nak upload banyak-banyak lembab bukan main!



Dua budak yang ceria di pagi hari setelah baju melayu tersarung dibadan.  Tahun depan bertiga semula ;)  Rindu mereka pada Cayang Eki


They are my strength, guidance, guardian and my everlasting love


Banyak buat salahkan, apa lagi minta maaflah.  Nanti tak masuk syurga baru tahu


Alhamdulillah, masih lagi berpeluang mencium tangan ayahanda di pagi Syawal.  Moga Allah panjangkan umur GP dan kami sekeluarga akan terus bahagia selamanya


Macho Man & Siti Cutie.  May their tender love last forever


Ayu Bam Bam bersama anak buah.  Jangan main-main garang ooo dia dengan anak buah!


We are family!


Siblings.  Tak cukup lagi kuota tahun ni


Seronok anak dan bapa ini membuli saya.  Nasib baik mood raya, kalau tidak...hehehe...


Theme of the year.  Kain dari Bandung, corak sama warna berlainan.  Sebenarnya kami tak gemar kalau nak buat baju dari material, corak, warna yang sama.  Macam beli kain satu kayu gayanya.  Tapi kalau macam ni okaylah, tiada paksaan untuk lelaki unless tema warna so wajib semua cari warna yang dimaksudkan.  Corak tak kisah


Inilah airmata Syawal.  Mood dia hari tu agak cranky, susah diajak bertoleransi.  Akhirnya tumpah juga air mata..hahaha...Syawal kalau tiada air mata tak sahkan?


Biarlah macamana sekali pun mood Si Adik, Si Abang tetap dengan keceriaan



Kepala dah tak betul waktu ni, tak tahu nak buat apa dek kepadatan kereta di atas jalan raya.  Main-main snaplah, apa lagi!



nota:  dah tak ada cerita raya lagi kot....

2 comments :

  1. Lambat benor cerita pasal Raya Puasa nye. Hehehe. Raya tahun ni rasanya raya yang paling banyak beraya di atas jalan raya. Jumlah kereta banyak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kes malas namanya..hehehe...mmg ramai pon merungut..buang masa atas jln raya..rasa xnk g memana jek. time raya tu,tp tu la bkn senang nk jmpa sedara mara,time raya mcm nie je la...

      Delete