Followers

Wednesday, December 4, 2013

::Hello Disember::

Lamanya tidak bersiaran sementelah banyak perkara menuntut masa dan tenaga.  Nak belayar di alam siber pun tersangkut-sangkut.  Demi masa depan, perkara penting didahulukan.

Banyak juga cerita terkini terlepas pandang meski di tangan punya sebuah telefon pintar.  Ada pun bukan sentiasa menatap, bila dah sibuk terlupa di mana letaknya.

Saat ini kita meniti detik-detik akhir 2013.  Macam tak percaya 2013 bakal mengucapkan selamat tinggal.  Apa pula perkhabaran 2014?  Berdebar menanti hari-hari mendatang setelah melalui pelbagai liku kehidupan.

Dah seminggu mendung menyelubungi dada langit.  Ada hari tidak berhenti menitiskan air mata.  Sedih benar langit sehingga mentari silu memunculkan diri.  

Itu jugalah apa yang sedang dirasai diri ini.  Allah hadirkan sedikit keceriaan bagi mengukir senyum, sebagai balasan diberinya dugaan tanpa henti.  Hanya mampu bersabar dan redha semoga segala apa yang menghimpit segera berlalu pergi.

Sebenarnya banyak gambar boleh dikongsikan di sini terutamanya sambutan majlis harijadi yang muncul bertali arus.  Sudah berbiji-biji kek dipotong sehingga mengundang muak.  

Beginilah kami di hujung tahun.  Ini pun masih ramai menanti giliran untuk memotong kek, berlarutan sehingga awal tahun hadapan.  Dah tak tahu nak tempah kek apa.

Sambut berkadar biasa sahaja.  Potong kek di rumah, GM masak makanan untuk semua.  Kalau tiada menu, beli menu ringkas di kedai mamak.  Makan di luar besar belanja nanti!

Kalau ada masa terluang, saya update lagi.  Entri ini bagi memecahkan kekosongan entri bulan Disember.  Jadilah, ada juga satu entri =)



nota:  mengantuklah...   

No comments :

Post a Comment