Followers

Tuesday, March 25, 2014

::MH370 Dalam Kenangan::

Selepas 17 hari penantian terhadap MH370, akhirnya semalam Perdana Menteri (PM), Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (bukan Tan Sri Najib ya Raja Bomoh) mengumumkan pesawat tersebut telah berakhir di Koridor Selatan Lautan Hindi.

Saat PM mengumumkannya remuk rasa hati dan berkecai harapan ingin melihat kapal terbang dan kesemua penumpang serta anak kapal kembali dengan selamat.

Kenyataan ini dikeluarkan setelah mendapat pengesahan satelit dan sumber diyakini dari United Kingdom.  Malah, tiada daratan atau landasan berhampiran memungkinkan kapal terbang mendarat. 

Kerana itu melalui sidang media PM mengumumkan ianya berakhir di Lautan Hindi.  Misi kini lebih tertumpu kepada pencarian kotak hitam yang dipercayai mampu merungkai misteri MH370.

Sedih tak terkata lantas hiba menyelubungi rasa.  Ini saya yang tiada sesiapa pun berada di dalam perut pesawat.  Macamana agaknya penerimaan ahli keluarga tragedi?

Peristiwa ini akan dikenang sampai bila-bila.  Percaya pada qada' dan qadar, Insyaallah ada hikmah disebalik segala musibah.  Moga Allah kurnia kekuatan luar biasa buat keluarga dan rakan-rakan kesemua mangsa tragedi MH370.

Sekarang ini persoalan kembali menguasai kita semua.  Atas alasan apa kapal terbang berpatah balik dan menuju ke destinasi tanpa haluan?  Apa sebenarnya yang telah berlaku di atas kapal terbang?

Rasanya kita semua berhak mendapat penjelasan terperinci mengenai hal ini sementelah ianya telah melibatkan nyawa serta maruah negara.  Lambat atau cepat, satu hari nanti kebenaran pasti terserlah.

Seandainya tragedi ini satu perancangan atau punya muslihat disebaliknya, saya berharap sangat tangan-tangan yang terlibat ini akan dihukum di dunia dan akhirat.  

Demi mencapai motif dan objektif tidak diketahui, ianya telah meragut nyawa serta airmata dunia.  Hari ini Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya menangisi kehilangan MH370.

Tapi sekiranya tragedi ini satu kemalangan serta kecuaian manusia, saya berharap sangat tidak akan ada lagi tragedi kedua kali.  Banyak hati remuk-redam berhadapan dengan berita sedih sebegini.

Meski telah diumumkan pengakhiran sebegini, manalah tahu akan ada sedikit cahaya harapan pada kesemua 239 penghuni MH370 kerana "jika mati mana kuburnya, jika hidup mana jasadnya".  Keajaiban dan kekuasan itu milik mutlak Sang Pencipta bukan?

Semangat turun separuh dari malam tadi.  Kerja semua tertangguh dan kepala tidak habis memikir segala kemungkinan.  Lena malam separa nyenyak penangan kesedihan menimpa.

Marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat semua mangsa dan berdoa keluarga dan kenalan mangsa tabah dan kuat menghadapi dugaan.

Got to go meski hati sebal dengan apa Malaysia sedang lalui.  Rahsia Allah tiada siapa mengetahuinya!



nota:  sedihnya...


Monday, March 17, 2014

::Mari Sujud Syukur::

Alhamdulillah petang ni pun hujan turun lagi meski terik di kala tengahari.  Kalau boleh biarlah berterusan sebegini, sekurang-kurangnya dapat selesai segera krisis air.  

Tadi dapat 2-3 mesej via Whatsapp seperti di bawah:

Peringatan dari Ustaz...Tolong sampaikan kpd sahabat2, saudara mara..hujan turun byk tempat...mohon sujud syukur...jika tak sempat..pada rakaat terakhir solat fardhu..mohon ungkapkan dlm hati.. "syukur kepadaMu atas hujuan yg Kau turunkan..ampunkan dosa kecil..dosa besar..dosa yg aku sedari atau tdk sedari, jika bkn krn Engkau Ya Allah hujan ini tdk akn trun" Sekadar berkongsi pesanan utk saya yg lup dan lalai bersyukur walaupun dah dua hari hujan lebat...

Asal dari siapa mesej tersebu saya tidak ketahui tetapi apa salahnya kita laksanakan Sujud Syukur.  Memang benar pun, berbulan-bulan kita minta akhirnya ditunaikan.  Jadi pada siapa lagi harus berterima kasih jika bukan pada Dia.

Wallahualam..



nota:  Alhamdulillah...

::FMFA Mengejutkan::

Di saat Malaysia menghadapi ujian bersilih ganti, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita kematian remaja sewaktu menonton konsert di Festival Music Future Asia (FMFA).

Mengucap panjang saya seketika saat berita tersebut saya baca lebih-lebih lagi ianya melibatkan saudara sesama Islam :(

Sudahlah punca kematian dikaitkan dengan alkohol dan dadah.  Bertambah-tambah sedih saya dengan remaja sekarang.

Terdetik di hati siapa agaknya penganjur FMFA serta tiada pemantauankah bagi pihak Kerajaan?  Bukankah setiap konsert dari luar negara perlu ada garis panduan tertentu?

Bagaimana benda-benda terlarang ini boleh terlepas masuk?  Rakan-rakan saya yang biasa dengan konsert atau anjuran festival sebegini dengan jujur memberitahu ini semua normal.

Lebih teruk dari itu pun ada.  Cuma kali ini nasib tidak menyebelahi event bila ada melibatkan kes kematian maka its being an eye opener to all of us.

Kemudian saya menelurusi satu persatu perkongsian berita dimuat naik di internet.  Sekali lagi saya mengurut dada.  Macam-macam kisah rupanya disebalik FMFA.

Tak perlu saya kongsi link atau gambar di sini.  Cari sahaja melalui satu klik, semuanya akan terpampang.  

Nampaknya Kerajaan tidak boleh memandang ringan isu ini.  Remaja hari ini aset negara masa hadapan.  Sekiranya mereka sudah diracuni di awal usia, bagaimana masa depan nanti?

Tiba-tiba sedih mengenangkan perkara sebegini boleh berlaku di sebuah negara Islam.  Tercalar sudah imej Islam Malaysia.  

Saya tahu saya pun bukanlah baik mana orangnya.  Iman lagi nipis dari kulit bawang, tetapi paling tidak saya masih meletak batasan di setiap perilaku sejak dari dahulu lagi.

Lahir di tengah kepesatan kota, pendedahan sangat ekstrem.  Saya tidak menafikan pengaruh alkohol dan dadah di kalangan rakan-rakan sangat berleluasa.

Sehingga ke hari ini ada di antara mereka gagal melepaskan diri dari belenggu masalah alkohol dan dadah.  Tapi Alhamdulillah sekali pun saya tidak pernah terjerat.

Mungkin saya beruntung kerana dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bersikap terbuka.  Baik dan buruk sesuatu perkara didedahkan seawal usia kanak-kanak.

Tapi itu didikan cara dahulu.  Cabaran hari ini lebih besar kerana input tidak sahaja datang dari rumah.  For instance, sejak Buah Hati bersekolah banyak perkara yang tidak kami kongsi dia ketahui dari rakan-rakan di sekolah.

Entahlah, masih terkejut dengan insiden di FMFA.  Saat kita semua sibuk melaksanakan solat hajat segala bagai bagi memohon perlindungan Allah SWT dari pelbagai musibah, tahu-tahu ini yang berlaku.

Benar kita jangan buka lagi aib mereka yang sudah tiada, tetapi ambillah ini sebagai petunjuk dan juga iktibar untuk kita semua.  Masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.

Semoga Allah beri ketabahan buat keluarga mangsa percaturan jahat manusia dan lindungi kita semua dari perkara-perkara sebegini kemudian hari.  Terus berdoa juga untuk kesejahteraan MH370.



nota:  terus-menerus berdoa....


::Selamat Hari Isnin::

Selamat kembali ke rutin pencarian rezeki setelah berehat dua hari.  Macamana hujung minggu?  

Alhamdulillah dan sangat bersyukur bila Allah SWT menyambut doa kita semua dengan menurunkan hujan.  Dapat juga mencuci debuan jerebu yang teruk mengongkong pernafasan.

Cuma kita masih ternanti-nanti perkhabaran #MH370 yang sudah masuk ke hari ke-10 pencarian.  Seluruh dunia sedang memberi perhatian akan isu ini.

Selepas pengumuman pengesahan Perdana Menteri berkenaan pesawat membuat lencongan dari laluan asal, kebanyakkan dari kita menarik sedikit nafas kelegaan.  

Paling tidak ada sedikit nyalaan harapan untuk bertemu kembali dengan pesawat antara yang tercanggih di dunia serta para penumpang dan anak-anak kapal.

Terus bersabar dan berdoa semoga segala misteri akan terjawab.  Juga turut berdoa semoga negara Malaysia terlepas dari ancaman anasir-anasir yang sentiasa gembira melihat keamanan negara berantakkan.

Stop a while, ada tugas perlu dilunaskan.  Kalau rajin nanti sambung semula :)  SELAMAT BERISNIN dan TEKUN DI MEJA TUGASAN!



nota:  sepintas lalu

Thursday, March 13, 2014

::Dugaan Sedang Melanda Malaysia::

Kesibukkan negara dalam misi pencarian MH370 sedikit sebanyak menutup banyak isu-isu negara buat masa ini.  Segala perhatian teralih ke arah pesawat ghaib.

Antaranya masalah air yang sudah berada di paras sangat kritikal.  Jadual catuan air kali ketiga sudah dikeluarkan Ahad lalu.  Semakin banyak pintu rumah berhadapan isu air.

Jerebu juga semakin mengaburi pandangan mata.  Sehingga jam 9 malam, Pelabuhan Klang sudah mencatat bacaan IPU merbahaya.  Beberapa kawasan lain, semakin buruk tahapnya.

Apa tindakan Kerajaan ya bagi mengatasi bencana alam sedang dilalui ini?  Pembenihan awan sudah ditangguh beberapa kali.

Kawasan yang seharusnya diisytihar darurat juga tidak berlaku.  Harap sangat Kerajaan ambil pusing juga situasi semasa dan segera mencari alternatif penyelesaian.

Rakyat Malaysia lembut hatinya, mereka tidak menuntut perhatian terlalu ekstrim.  Kerana itu kebanyakkan dari kita berjaya bersabar dan mengharap sesuatu yang baik dari Kerajaan.

Harap sangat esok jerebu akan berlalu pergi kerana ruang perhatian harus tertumpu pada misteri kehilangan pesawat.  

Allah benar-benar sedang menguji tanah air tercinta.  Apa sebenarnya hikmah disebalik semua ini?  Mari kita sama-sama bermuhasabah dan meneliti segala lompong kekurangan.





nota:  panasnya cuaca...

::Kehilangan Masuk Hari Ke-6::

Sudah enam hari kelibat MH370 masih tidak kelihatan.  Untung nasib penumpang serta anak kapal hanya Allah SWT yang tahu.

Cakap-cakap adanya konspirasi serta perancangan disusun teliti telah dilakukan terhadap insiden ini.  Bila sudah sejauh ini hilang tanpa ada sebarang bukti ke mana halanya, sedikit sebanyak percaya juga akan segala teori tersebut.

1001 kemungkinan ke atas penyebab berlakunya peristiwa ini.  1001 alasan juga kenapa ianya terjadi pada negara kita.  

Seandainya benar telah dilarikan atas alasan tertentu, betapa kejamnya pelaku yang merancang plot perjalanan MH370.  Tidak terfikir langsung akan perasaan keluarga setia menanti.

Laknatlah hidup mereka kelak kerana telah menghirup airmata ribuan orang meratapi kehilangan MH370.

Sekiranya ini satu kecelakaan, hanya masa bisa berbicara bila agaknya bukti akan diperlihatkan.  Namun saya berharap sangat peristiwa ini tidak mengundang maut pada mangsa.

Wakil media asing sudah hilang sabar.  Penantian dari satu hari ke satu hari berakhir hampa.  Setiap kali sidang akhbar suasana menjadi begitu tegang.  

Di sinilah pula terpamer kelebihan dan kelemahan individu-individu menangani kes ini.  Ada dilihat cukup berkaliber dan tahu apa dilakukan dan maaf sebahagian daripada mereka memburukkan lagi keadaan.

Terpulanglah sekiranya mahu mengatakan saya memandai-mandai tetapi saya menonton siaran khas dan ianya jelas kelihatan.

Barangkali mereka sudah letih dan tertekan berhadapan situasi penuh tanda tanya.  Apa pun saya terus sabar menanti perkembangan MH370.  

Berkalih hari tidak memudarkan semangat serta keyakinan bahawa satu hari nanti segala persoalan bakal terungkai. 

Usaha dan terus berusaha, tetapi janganlah berusaha dengan cara menampakkan diri kita sangat dungu.  Bagus punya niat untuk membantu tetapi fikir juga kesesuaian gelagat sewaktu membantu.

Ini kerana tragedi ini mendapat liputan dunia, takkan kita mahu dunia menonton Malaysia melakukan pencarian berdasarkan kaedah ritual?   

Teruskan berdoa dan nyalakan harapan akan keselematan kesemua penumpang dan anak kapal.  Ke tepikan bermacam dakwaan kerana keutamaan sebenar, MH370 kembali ke landasan.




nota:  cerita yang sama....


Tuesday, March 11, 2014

::Terkini MH370::

Malam sudah melabuhkan tirai, update terkini hanya setakat pendedahan identiti 2 individu menggunakan pasport bukan milik mereka.

Polis sedang menyiasat segala rahsia disebalik kehadiran individu tersebut ke dalam MH370.  Tapi, bayang Boeing 777 ini masih lagi tidak kelihatan :(

Hancur hati bilamana tragedi tidak menemui jalan penyelesaian.  Apalah nasib 239 penumpang saat ini?  

Saya menyeru bagi yang berkemampuan dan punya kelapangan untuk menyertai mana-mana solat hajat turutlah serta.  

Mungkin tambahan doa dari kita akan memudahkan misi pencarian MH370.  Sama-samalah kita memohon pada Yang Maha Esa.

Jangan putus harap dan jangan mengalah pada keadaan, Insyaallah ada jalan!




nota:  sedih...


::MH370 - Masih Hilang::

Masuk hari keempat pencarian MH370, semuanya masih samar-samar dan sehingga ke detik ini kelibat pesawat masih tidak muncul.

Seluruh rakyat Malaysia resah menanti berita, dunia memerhati dan membantu mencari jalan penyelesaian.

Apakah rahsia disebalik musibah ini?  Segala jalan baik menggunakan teknologi terkini dan kaedah spiritual sudah diguna pakai.  Istilah cuba dan terus mencuba tidak pernah padam.

Hasil hari keempat sudah muncul pula pelbagai persoalan.  Identiti individu menggunakan pasport curi juga telah diketahui, malangnya tidak membantu banyak pencarian pesawat.

Keluarga mangsa resah menanti.  Siang berganti malam, malam berganti siang, dari satu press conference ke satu press conference semuanya sama sahaja.

Bayangkan kita yang berada di hadapan peti televisyen sentiasa berdebar, apatah lagi mereka yang menanti perkhabaran nasib penumpang.  Kering sudah airmata, jawapan tidak kunjung tiba.

Ahli keluarga mangsa dari Negara China juga sebahagian sudah ada di Malaysia.  Pegawai-pegawai tinggi mereka tidak terkecuali.  Apakah akan ada bisik perkhabaran menjelang petang nanti?

Am not going to touch on how dumb some people make jokes, try to seek for an attention, etc cause at this moment you are such a rude!  Just put your feet on their shoes okay!!

Perairan kita dan perairan di mana kali terakhir MH370 kelihatan sudah dipenuhi kapal-kapal pencarian dari pelbagai negara.  Ruang udara juga tidak terlepas.  Semuanya datang untuk membantu.

Sekiranya ada maksud tersirat di atas bantuan diberikan, kita biarkan sahaja pemimpin negara selesaikan.  Ini kerana sudah ramai tidak senang dengan kehadiran bantuan secara tiba-tiba terutamanya dari Amerika dan sekutu.

Yang penting sekarang andai ada peluang menemukan kembali mangsa dalam keadaan selamat itu lebih memberi erti buat semua rakyat Malaysia.

Biarlah apa orang nak kata, Malaysia lemahlah, tak pandai menangani situasi kecemasanlah, lembablah dan segala macam kata-kata negetif, saya tetap memberi sokongan buat Kerajaan Malaysia.

Dalam situasi genting kita seharusnya tolak tepi lainan fahaman, sisih tepi pendapat berbeza kerana itu semua akan melemahkan lagi semangat dan keadaan.

Sebelum malam melabuh tirai, harapnya akan ada sinar harapan pada hari keempat pencarian.  Jika tiada, jangan berputus harap.  Allah Maha Mengetahui!




nota:  berdoa...berdoa...dan terus berdoa...  


Monday, March 10, 2014

::Alhamdulillah::

Minggu lalu sedikit dugaan melanda, bisa mengugat ketenangan jiwa.  Seharian terganggu dengan apa yang dihadapi namun akhirnya rebah tatkala sujud.

Miracle of solat.  Hati kacau gundah gulana, pasti lebur bila kita mengadu padaNya.  Segala rasa ringin walhal belum temui jalan penyelesaian.

Letak ke tepi setika kemudian saya fokus pada apa sedia ada.  Tapi tak dinafikan perkara tersebut sekejap-sekejap datang mengusik ketenangan.

Tapi, Alhamdulillah keesokkan harinya dapat sedikit berita gembira.  Bukan pada jalan penyelesaian tapi mampu mengalih rasa gundah dan membawa aura positif.

Nanti bila segalanya bertukar kenyataan saya kongsikan di sini.  Masih ada perkara berkaitan harus diuruskan baru boleh benar-benar gembira.

Dugaan yang melanda sebelum itu hanya masa dan keadaan mampu menentukan meski detak hati dapat merasakan, Insyaallah akan ada rezeki nanti.

Semoga segala apa saya lalui berjalan lancar dan tidak lagi dihambat kedukaan.



nota:  entri pembakar semangat...

Sunday, March 9, 2014

::Misteri MH 370::

Saat entri ini ditaip jam 8.45 pagi Ahad, kapal terbang MAS MH370 masih belum dijumpai dan sebarang petunjuk relate to missing is zero.

Dari semalam spekulasi bertebaran di laman maya.  Not going to comment on this, bak kata mereka semua ramai sangat "keyboard warriors".  

For me, terpulang untuk percaya atau tidak kerana apa pun again we have to wait for official announcement.  Apa yang penting, sola jaga sensitivity keluarga mangsa terutamanya rakyat Malaysia.

Kehilangan MH370 masih menjadi misteri bilamana ramai expertise dalam bidang ini agak keliru bilamana secara tiba-tiba pesawat tersebut boleh hilang signal.

Okay ini bukan saya yang kata, kalau tak percaya tonton Bulletin Awani cause they keep on interview from time to time with those expertise.

As Muslims, I strongly believe "Kun Fa Ya Kun".  Secanggih mana dan seselamat mana kapal terbang tersebut, sekiranya Allah mahu ia terjadi maka terjadi.

Dan saya juga percaya akan keajaiban Allah.  The best thing kita doakan semuanya berjalan dengan lancar.  Perhaps our doas will help to ease pasukan mencari dan menyelamat dalam melakukan kerja.

Saya masih lagi update diri dengan perkembangan MH370 dari masa ke semasa via internet dan televisyen.  

Semoga segala misteri akan terungkai!



nota:  terus berdoa dan berharap..... 

Saturday, March 8, 2014

::MH 370 Hilang, Bersama Kita Berdoa::

Pagi ini kita semua dikejutkan berita kehilangan kapal terbang MAS #MH370 yang berlepas dari KLIA tengah malam tadi.

Pesawat tersebut dalam perjalanan ke Beijing dan membawa lebih ari 200 penumpang termasuk krew kabin.

Sehingga ke saat saya menaip berita ini, masih belum ada sebarang berita di mana #MH370 tersebut berada.

Awal ada berita mengatakan pesawat tersebut mendarat cemas di Daerah Nanning Selatan China tetapi sudah disahkan tidak benar kerana dikhabarkan pesawat tersebut tidak langsung memasuki laluan negara China.

#MH370 membawa penumpang dari 14 buah negara termasuk Malaysia. Berita ini telah mendapat liputan dunia.

Ke mana agaknya pesawat tersebut dan bagaimana nasib semua orang di dalam kapal terbang?  Semoga mereka semua selamat hendaknya.

Malaysia dan beberapa negara telah melancar gerakan mengesan dan menyelamat dan operasi lebih tertumpu di kawasan Laut China Selatan.

Malah sudah ada berita bersebaran di laman sosial mengatakan pesawat tersebut terhempas di laut berhampiran negara Vietnam.  

My advice, adalah lebih baik kita nantikan sahaja pengumuman rasmi MAS dari menerima sebarang berita yang tidak pasti kesahihannya.

Mari kita semua berdoa dan berharap kesemua mereka selamat walau di mana jua mereka berada.


nota:  siaran Berita Awani tidak ditukar dari tadi...

::Aduhai Hanez Suraya::

Habis kecoh sana-sini al-kisah Hanez Suraya (HS) dan teman lelakinya.  Cacian dan makian menguasai ruangan kisah hidup mereka sejak kebelakangan ini.


Saya nak kata minat pun tidak Hanez Suraya ni, nak kata tak minat pun tak juga.  Belum ada lakonan dia yang betul-betul menangkap rasa kekaguman diri.  Tapi kewujudan dia dalam industri saya sedar.


Saya tidak anti dia tapi tatkala dia menjadi duta satu produk, entah kenapa saya tak percaya.  Yalah, HS dah sah-sah kulit putih sekali jadi duta produk kecantikkan, susah nak kata keberkesanannya. 

Berbalik isu skandal HS, hmm..macamana nak komen ya?!  Macam nilah, ini pendapat saya okay!  Don't mix with others & I might be wrong.

Bila kita ni berdampingan dengan orang yang memang telah berrumahtangga, suka atau tidak kita akan dituduh perampas so same goes to HS.  Walhal kita tak tahu apa hujung pangkal sebenarnya.

Harus diingat, mereka-mereka yang sama seperti HS anda sedang bermain api dan risiko untuk dicaci amat tinggi.  Just put yourself on 1st wife shoes, apa yang anda akan rasa itulah juga wife kepada boyfriend HS rasa.

Dah tahu akan status serta keadaan meruncing, HS should keep silence.  Tak perlulah dari awal memberitahu sana-sini akan perhubungan yang sedang terjalin, although she try to be honest.

Ini kerana musibahnya akan makan diri sendiri.  Yalah, dalam dunia ni tak semua perkara kita harus pertonton pada umum.  Sendiri makan sendiri simpan.  Sendiri kena cirit-birit sendiri cari ubat.  That's much more better, right?

Berdamping dengan suami orang banyak hati perlu dijaga, banyak perasaan perlu dipelihara.  Afterall, HS takkan tak tahu kedudukkan sebenar dia.

Damage has been done, sekali lagi HS dengan angkuh melakukan sidang akhbar yang mana akhirnya tepuk dulang terpercik ke muka sendiri dan menambah bara di hati ramai rakyat Malaysia.

Malaysian are norm people dan hati mereka sangat sensitif apatah lagi melibatkan hal orang ketiga dan anak-anak and in this issue, HS bukan sahaja deal rumahtangga kekasih hati tetapi dengan seluruh rakyat Malaysia secara tidak langsung.

Sekarang HS terpaksalah tanggung segala apa sahaja natijah atas kesilapan.  Bukan senang lagi untuk pujuk hati-hati yang terguris.  Kerana itulah dia teruk dihentam sana-sini.  

Better for her remain silence sahaja.  Tak perlu lagi menegak benang yang basah as everybody have an evidence that shows her stupidity.  

Jangan tak tahu di FB ada group "Kami Benci Hanez Suraya".  Ayoyoyo, takutnya saya dengan kemarahan rakyat Malaysia!

Buat isteri kekasih hati HS, Liyana Manan (LM) bersabar dan bertabahlah menjalani kehidupan hidup.  Memang benar, bergegar tiang Arsh bila isteri mohon cerai but I thik she deserve a better life either.

Insyaallah, beribu rahmat menanti di saat berlalu kedukaan nanti.  Allah sentiasa bersama-sama insan teraniaya.

If I were her, maybe I'll take same action.  Entahlah, tak kena batang hidung susah nak kata.  Tapi my sincere sympathy goes to her.  Bukan senang nak berhadapan masalah sebegini.

Sementelah suami sendiri menentang dan bangga menghadiri sidang akhbar mempertahan kekasih hati di khalayak ramai.  Siap bawa lawyer, seolah menunjukkan mereka di pihak benar.

You are such a stronger lady, LM!  Tak kisahlah LM berada di pihak benar atau tidak, tapi bila suami sendiri bersikap sedemikian...Renung-renungkan..


Sekali lagi ditegaskan, rakyat Malaysia bukannya bodoh.  Sebelum mereka keluar kenyataan, ramai sudah ada kronologi bahawa tindakan pasangan ini dangkal.

Kemudian, sehari selepas PC tiba-tiba HS mengeluarkan kenyataan pula sudah tidak mahu ambil kisah samada LM akan mohon maaf atau tidak?!  So what's the point of early PC?!

Okay, not going to comment anymore.  Ramai lagi sudah memberi pandangan.  Good luck to everybody yang terlibat dalam drama HS ini ;)




nota:  macam-macam cerita...         

Wednesday, March 5, 2014

::Aduh, Teringinnya!::

Di Istana Budaya sedang berlangsung Teaterikal Suara Kita dengan menampilkan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain sebagai penggerak utama.

Ya Allah, teringinnya menonton tapi bila meninjau harga tiket???  Okay kita buat-buat tak nampak ya, tak mampu rasanya nak membeli buat masa ini.  

Dahlah ramai memberi komen positif, tapi itulah nak buat macamana.  Beberapa perancangan sedang dilanda ujian, kenalah redha dengan keadaan.

Bagaimana agaknya Erra dan Awie bersatu lantaran mereka punya lorekan episod bersama.  Kalau saya, biar pun ianya atas urusan profesional ternyata tidak akan mampu melaksanakan.  

Awal-awal tolak tawaran meski nilainya mampu membeliakkan biji mata.  Ternyata saya tidak sekuat mereka tatkala melibatkan hati dan perasaan.  Rapuh sangatkan?!

Sekeliling saya bukan tidak ada yang berputus kasih kemudian bahagia menjadi teman, malah pasangan masing-masing menerima baik antara satu sama lain.  

Mungkin sewaktu melayari bahtera percintaan, hati tidak terlalu mendalam sayangnya dan mereka sentiasa berpegang pada hakikat berkasih tidak semesti bersatu.

Perasaan kasih dan sayang ini unik.  Pandai kita menguruskan, Insyaallah senang redha dalam segala hal.

Saya?  Entah! Hakikatnya saya mudah menyayangi seseorang tidak kira siapa pun dia.  Bila sayang menguasai, segala keburukkan secara automatis terkatup rapi malah sebaik mungkin saya sembunyikan apa sahaja yang negetif.

Eh, kenapa nak meleret kisah kasih sayang pula ni.  Walhal nak selit sedikit di sini keralatan tidak dapat menjadi antara penonton bertuah di Istana Budaya.

Tak apa, persembahan masih berjalan sehingga minggu hadapan.  Manalah tahu, ada pula insan budiman belanja saya menonton Suara Kita ke.  

Kalau tiada, mohon Eirma Fatima tayangkan ke mana-mana saluran TV.  Kena bayar pun tak apa, janji dapat tonton.  
nota:  menguap lebih sepuluh kali...  
  
 

::Apa Nak Jadi?::

Semalam siapa tonton Buletin Utama mesti tahu kes buang Al-Quran di salah satu daerah di Terengganu.  Al-Quran di dalam masjid dilempar merata-rata termasuk dalam tandas.

Mengucap panjang saya melihat berita tersebut.  Apa sudah jadi dengan manusia masa kini?  Apa masalah mereka berkelakuan sedemikian?

Petualang masih dicari dan mereka tidak tahu siapa yang melakukan perkara tersebut.  Sudah semakin tidak menghormati sesama kita ya?  

Dulu, meski berbeza agama kita saling menghormati dan tidak pernah menimbulkan sebarang pertikaian.  Apa sahaja agama dianuti bukan batu penghalang sesama kita.

Sekarang sudah ada yang berani mempertikaikan kedaulatan Islam itu sendiri.  Tanya diri sendiri kenapa perkara sebegini terjadi?

Dan saya yakin insiden buang Al-Quran ini juga berlaku bila hilangnya rasa hormat pada agama dan umat Islam.  

Ini bukan saya tuju pada agama lain sahaja, umat Islam sendiri tidak terkecuali.  Tak mustahil kes ini orang kita sendiri yang lakukan.

Tak tahu nak cakap bagaimana, sedih dan kecewa dengan insiden itu.  Geram pun ada. Moga Allah melaknati sesiapa sahaja yang melakukan perkara sedemikian.

Bagi yang tak tahu berita ini, boleh google ya atau ke sini untuk tahu lebih lanjut lagi, tapi kes ini masih dalam siasatan.  Harus saya tunggu hasil siasatan nanti.


Update, 9.21pm:  Suspek telah berjaya dikesan dan sayangnya orang kita yang melakukannya.  Sakit jiwa barangkali!
nota: manusia semakin pelik..


Tuesday, March 4, 2014

::Jerebu Pula::

Belum pun tamat krisis air dan masalah denggi hebat melanda, satu lagi ujian besar Allah SWT turunkan.  Jerebu pula mengambil tempat, menghambat sesak nafas berpanjangan.
 
Allah benar-benar menduga umat dunia.  Bersabarlah menerima segala ketentuan, yang penting terus berdoa moga-moga Allah kasihani pada kita hambaNya.
 
Teruk juga jerebu walhal baru satu hari.  Semalam sehingga ke petang, cahaya matahari gagal menembusi perangkap asap.  Bacaan IPU di beberapa bandar utama mencatat paras tidak sihat.
 
Isu jerebu ni kerap menghantui kitakan?  Selang beberapa bulan, mesti kembali semula.  Bila jerebu, tahap kesihatan paling membimbangkan terutamanya penghidap asma.  
 
Sejak semalam sehingga ke pagi ini banyak kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dibasahi hujan.  Sayangnya hujan turun tidak mengurangkan jerebu.  Malah keadaan semakin teruk.
 
Alhamdulillah, meski pun kehadiran hujan dikhabarkan hasil dari pembenihan awan.  Bagi saya kalau tiada izin dariNya, buatlah apa cara sekali pun hujan takkan turun.  Melalui restuNya dan kebolehan teknologi terkini terhasil air dari langit meredakan kepanasan bumi.
 
Cuma masih belum dapat kepastian samada hujan yang turun berjaya meningkatkan paras air di empangan.  Ini kerana sehingga hari ini, paras air di beberapa kawasan tadahan semakin meruncing kuantitinya.
 
Berita melalui radio melaporkan, dalam masa terdekat akan ada catuan peringkat ketiga sekiranya paras air semakin merosot dan kali ini melibatkan kawasan Ampang dan Melawati.
 
Setakat hari ini kami bernasib baik.  Rumah masih dapat menikmati kemudahan air walhal daerah sekeliling semuanya sudah melalui proses catuan air.
 
Siapa nak mandi, meh datang sini.  Saya caj tak mahal, seorang RM50 sahaja...hahahahaha...MAHAL GILA!!!  
 
Apa pun, kami sekeluarga tetap bersiap sedia.  Khuatir tiada sebarang notis dikeluarkan, tahu-tahu dah tak ada air.  Mati akal dibuatnya.
 
Oh ya, siapa dah dapat BR1M?  Mesti ramai dah dapatkan.  Tahun lepas saya layak, tahun ni tak tahu pula sebab tak update nombor akaun.
 
Ramai lagi tak dapat walaupun tahun-tahun sebelumnya pernah nikmati.  Dah update akaun nombor tapi masih tak terima.  Beberapa individu disekeliling saya sehingga hari ini masih belum terima.
 
Khabarnya tahun ini semakan ketat sedikit.  Sesiapa punya kenderaan lebih dari satu secara automatik tidak layak.  Ada mengkhabarkan semakan melalui KWSP juga turut dilakukan, Wallahualam...
 
Bagi saya tak kisah jika hendak melakukan semakan biar dengan telus.  Ini kerana ada di antara penerima sebenarnya tidak layak langsung tetapi suami dan isteri menerima bantuan.
 
Caranya mudah, daftar alamat berbeza dan isytihar ibu atau bapa tunggal.  Ada juga suami daftar alamat lain, isteri daftar tempat lain, kedua-duanya peroleh.
 
Saya bukan tabur fitnah atau mereka-reka cerita.  Ini pengakuan mereka yang buat perkara sedemikian.  Dah mereka nak lakukan sedemikian, apa saya nak kata meski itu satu kesalahan.
 
Rasanya mereka ini sudah cukup dewasa menimbang tara perbuatan.  Bukan budak-budak, ada yang sudah boleh menimang cucu.
 
Sebab itulah saya kata, Kerajaan harus menyediakan satu mekanisme khusus untuk menyemak supaya dapat menyalur bantuan secara telus.  
 
Ini kerana ada di antara yang tidak dapat menerima BR1M sebenarnya golongan benar-benar memerlukan bantuan.  
 
Harap sangat Kerajaan Malaysia memandang serius isu ini dan bukan sekadar memberi sebagai gula-gula kepada rakyat.  Terlebih manisan mengundang padah, terutamanya kesihatan.
 
Dari kisah cuaca, masuk ke isu BR1M pula.  Suhu dingin menyebabkan otak ligat berpusing, itu yang muncul macam-macam cerita :)
 
Selamat bertugas pada yang berada di pejabat dan selamat menjalani bulan ketiga di tahun 2014.  
 
 
 
nota:  teruslah hujan hendaknya...