Followers

Thursday, March 13, 2014

::Kehilangan Masuk Hari Ke-6::

Sudah enam hari kelibat MH370 masih tidak kelihatan.  Untung nasib penumpang serta anak kapal hanya Allah SWT yang tahu.

Cakap-cakap adanya konspirasi serta perancangan disusun teliti telah dilakukan terhadap insiden ini.  Bila sudah sejauh ini hilang tanpa ada sebarang bukti ke mana halanya, sedikit sebanyak percaya juga akan segala teori tersebut.

1001 kemungkinan ke atas penyebab berlakunya peristiwa ini.  1001 alasan juga kenapa ianya terjadi pada negara kita.  

Seandainya benar telah dilarikan atas alasan tertentu, betapa kejamnya pelaku yang merancang plot perjalanan MH370.  Tidak terfikir langsung akan perasaan keluarga setia menanti.

Laknatlah hidup mereka kelak kerana telah menghirup airmata ribuan orang meratapi kehilangan MH370.

Sekiranya ini satu kecelakaan, hanya masa bisa berbicara bila agaknya bukti akan diperlihatkan.  Namun saya berharap sangat peristiwa ini tidak mengundang maut pada mangsa.

Wakil media asing sudah hilang sabar.  Penantian dari satu hari ke satu hari berakhir hampa.  Setiap kali sidang akhbar suasana menjadi begitu tegang.  

Di sinilah pula terpamer kelebihan dan kelemahan individu-individu menangani kes ini.  Ada dilihat cukup berkaliber dan tahu apa dilakukan dan maaf sebahagian daripada mereka memburukkan lagi keadaan.

Terpulanglah sekiranya mahu mengatakan saya memandai-mandai tetapi saya menonton siaran khas dan ianya jelas kelihatan.

Barangkali mereka sudah letih dan tertekan berhadapan situasi penuh tanda tanya.  Apa pun saya terus sabar menanti perkembangan MH370.  

Berkalih hari tidak memudarkan semangat serta keyakinan bahawa satu hari nanti segala persoalan bakal terungkai. 

Usaha dan terus berusaha, tetapi janganlah berusaha dengan cara menampakkan diri kita sangat dungu.  Bagus punya niat untuk membantu tetapi fikir juga kesesuaian gelagat sewaktu membantu.

Ini kerana tragedi ini mendapat liputan dunia, takkan kita mahu dunia menonton Malaysia melakukan pencarian berdasarkan kaedah ritual?   

Teruskan berdoa dan nyalakan harapan akan keselematan kesemua penumpang dan anak kapal.  Ke tepikan bermacam dakwaan kerana keutamaan sebenar, MH370 kembali ke landasan.




nota:  cerita yang sama....


No comments :

Post a Comment