Followers

Thursday, April 3, 2014

::April Sudah::

Wah, dah masuk April!  Tidak terhitung hari berlalu, ibarat sehela nafas berganti hari.  Diri masih lagi memikirkan akan kesudahan episod MH370, malangnya saban waktu tiada jawapan konkrit atas apa yang telah berlaku.
 
Mengenang Mac, saya sentiasa merasakan bulan tersebut akan sentiasa membawa perkhabaran sedih.  Entah kenapa saya tidak pasti, barangkali kehilangan tiga orang tersayang di bulan Mac memberi kesan hebat dalam diri.  Tragedi MH370  juga berlaku di bulan sama :(
 
Tetapi Allah itu adil.  Dia tahu akan kehibaan hati, ada sahaja berita gembira menyusul setiap kali Mac menjengah diri malah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum.  Alhamdulillah....
 
Adik ipar juga membawa perkhabaran gembira di hujung Mac.  Insyaallah, kelahiran baru hujung tahun nanti amat dinanti.  Manja Yash pun dah besar, ranum usianya menggelek adik.  
 
Harapnya kali ini biarlah berbeza jantina tetapi sekiranya sama seperti yang sedia ada pun tidak mengapa.  Itu semua kerja Allah SWT, terima dengan hati terbuka.
 
At the moment Ayu Bam Bam will remain all her Barbie's Property.  Manalah tahu boleh diwariskan kelak.  Apa pun, the most important ibu dan anak sihat.  

Saya sebenarnya masih belum dapat momentum untuk berentri di sini.  Kiranya ini entri pembukaan April.  Itu pun, separuh jalan mata dah mengantuk.  Dah tak mampu nak tidur lambat sekarang.
 
Kalau idea datang mencurah saya sambung semula....
 
 
 
 
nota:  mudah lemau...     
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment