Followers

Monday, November 17, 2014

::Sikap Positif::

Pagi tadi dalam kereta sempat dengar kata-kata Dato' Fadzillah Kamsah, sekiranya kita sentiasa berfikiran positif ke atas sesuatu perkara, benda yang kita tak suka pun boleh bertukar sebaliknya.

Tetapi kalau dah semat unsur negetif ke atas sesuatu perkara, selamanya kita tidak pernah akan suka malah semakin membenci.   

Betul tau!  Macam saya waktu belajar dulu, tak pernah minat dengan subjek Matematik.  Ya Allah, rasa benak sangat.  Dari sekolah rendah membawa ke universiti, bila berhadapan matapelajaran Matematik, lemah longlai seluruh badan.

Sebenarnya saya silap kerana telah tanam segala unsur negetif ke atas subjek tersebut.  Tak bolehlah, susahlah, menyampah nak ingat formulalah, perlu ke Matematik ni dalam kehidupan, buatlah macamana pun saya takkan pernah lulus dan sebagainya.  Semuanya tiada yang positif langsung!

Siap beritahu awal-awal pada GP dan GM jangan marah kalau report card ada warna merah dan semestinya subjek MATEMATIK.

Akhirnya sampai tua, bila masuk universiti, subjek Matematik yang menyebabkan pointer sering jatuh.  Manakan tidak, ulang berapa kali.  Last time seat untuk exam tu pun dah minta sangat-sangat pensyarah beri peluang bagi markah kasihan.  Kalau tidak sah tak dapat sijil.

Terukkan tahap benci saya pada Matematik.  Ini semua kerana sikap dan fikiran negetif.  Saya langsung tidak pernah menanam segala apa yang positif kerana itu saya berterusan gagal.

Sebaliknya, saya pernah benci subjek Sains sama seperti Matematik.  Pun dah siapkan diri bila tunjuk kad laporan sekolah.  Confirm merah!  

Tapi saat akhir sebelum menduduki peperiksaan SPM, saya pujuk diri untuk minat subjek tersebut.  Walaupun hati 50-50, Alhamdulillah bila segala unsur positif menguasai diri saya berjaya atasi kebencian pada subjek Sains.  

Dari sering mendapat gagal dalam subjek sepanjang 5 tahun belajar di sekolah, akhirnya saya beroleh P3 untuk Sains.  Tak sangka ok!  Cikgu Sains pun macam tak percaya.  

Untuk subjek Matematik, biasalah, dapat P6.  Ngam-ngam lulus, kalau tak nampak cacat sikitlah pada sijil SPM.  Natijah dari sikap negetif berterusan tau sehingga ke tua.  Rasa macam kena sumpahan Matematik.  Lemah betul mencongak!

Kalaulah saya mampu upah persepsi negetif dari awal mesti saya berjayakan?  Moral of the story, tanamkan sikap positif dalam apa jua keadaan.  Hidup hanya sekali, tak perlu rasanya kita nak belenggu diri dengan aura tidak sihat.

Kadang-kadang kita terlepas pandang peluang terbuka hanya kerana memikirkan benda negetif.  Contohnya macam saya, sewaktu buat permohonan sambung belajar saya menolak keras segala bentuk course melibatkan Pengurusan Perniagaan.

Alasannya saya tidak mahu lagi menghadap segala bentuk formula berkaitan Matematik.  Akhirnya saya terpilih masuk ke UiTM bagi Diploma Pentadbiran Awam.  Happy gila!  Yalah, course di bawah Fakulti Undang-Undang mana ada Matematik (pada fikiran saya).

Rupanya.....mampu bertahan sehingga semester 2 sahaja!  Subjek yang menyebabkan saya tersingkir semuanya berkaitan Matematik!  Waktu tu masih belum mampu lagi untuk terima subjek kira-kira.  Ala-ala memberontak jugalah ni.

Tapi akhirnya, saya kembali ke Pengurusan Perniagaan juga sehingga berjaya peroleh Sarjanamuda.  Bayangkan sepanjang hidup, Matematik tak boleh lari dari diri. Gagal beratus kali pun kena juga berdepan.

Sebenarnya saya hanya perlu sedikit motivasi diri dan tanamkan rasa SUKA pada subjek tersebut.  Dari tak suka, lama-lama akan jadi minat.  Bila dah minat kita akan rasa seronok untuk belajar.

Kita ni buat apa pun kalau tak seronok takkan menjadi hasilnya dan keseronokkan itu hanya akan lahir bila sentiasa bersikap positif.  Sesusah mana pun dengan sedikit suntikan motivasi, Insyaallah akan menjadi mudah.

Apa sahaja dari segala segi dan perkara dilakukan, POSITIF itu perlu.  Masih belum terlewat untuk alihkan magnet-magent negetif ke suatu tempat lain dan gantikannya dengan fikiran positif.

Jom kita usaha bersama dalam membina motivasi diri serta keyakinan dalam menghadapi cabaran mendatang.  Hanya kita sahaja boleh ubah apa yang kita ingini.

Cuba berdamping dengan mereka yang sentiasa positif.  I know its sound lame but give a try dekati dan berkawan dengan pengusaha-pengusaha MLM.  Mereka ni ada aura positif sangat tinggi.  

Tak perlu nak termakan pujukan ke apa tapi sedut semangat-semangat positif mereka.  They know how to find ways especially on survival.  Kalau tak  macamana nak maju.  Formula ini one of my Marketing Lecturer yang beritahu.

Tak kisahlah apa pun, yang penting POSITIF...POSITIF..POSITIF...Terima kasih Dato' Fadzillah Kamsah for your words this morning.  Yes, I have to call back my white aura and detox away those black shadow.




nota:  bersemangat...





     
     

2 comments :

  1. Ohh ... Subjek peberet saya matematik ...

    ReplyDelete
  2. Bgusnya suka Maths..Saya selalu label orang yg suka Matematik ni genius..Msti awak nie genius kan? ;)

    ReplyDelete