Followers

Wednesday, February 25, 2015

::Tak Berapa Sihat::

Sekarang cuaca tak menentu.  Sekejap panas melampau, tau-tau petang hujan lebat.  Musim orang sakit juga.  Klinik penuh dengan pesakit, mostly kanak-kanak.
 
Saya pun sama, virus demam masih menguasai diri.  Sakit tekak dan selsema bersilih ganti.  Hari ni ura-ura nak kena batuk.  Hampir seminggu dah ni.  
 
Bukan saya sahaja yang sakit.  GP, Ayu Bam Bam, Macho Man, anak-anak, dan terbaru Abang pula.  Nama pun "roomate" mestilah akan terkesan juga.
 
Kiranya ini pertama kali Abang menjaga saya sakit.  Ujian tu!  Yalah, selama ni walaupun berkawan dalam satu tempoh amat panjang, tetapi bila sakit selalunya saya duduk di rumah.  Ada masa dia datang melawat.
 
Nak tak nak kali ni kena hadap.  Hehehe...nasib baik lulus.  Bersengkang mata juga dia menjaga untuk memastikan saya selesa dan segera sembuh.  Punah perancangan cuti tahun baru Cina.
 
4 hari berkurung dalam rumah.  Mujur juga!  Sana sini merungut jalan nak keluar dari Kuala Lumpur semuanya sesak.  Perjalanan ke destinasi memakan masa 45 minit bertukar menjadi 2 jam lebih.
 
Biasalah, cuti panjang.  Inilah masanya beriadah bersama keluarga.  Paling tidak pulang ke kampung halaman.  Tapi jika terlalu sesak, parah juga berada di atas perut jalan.  Serba tak kena dibuatnya.  Apatah lagi Abang bukan seorang penyabar bila berhadapan kesesakkan lalu lintas.
 
Tak apa, orang seperti kami masih boleh berjalan pada hari biasa.  Tak perlu tunggu cuti panjang sementelah bekerja sendiri.  Cuma kalau nak berjalan bersama ahli keluarga lain, memang kena waktu cuti.
 
Duduk di rumah pun sakit tak pulih lagi, kalaulah keluar bercuti agaknya terus tak bangun dari katil.  Kawan-kawan pun jaga kesihatan juga tau.  Suhu panas melampau ni dikhabarkan akan berlansung sehingga penghujung Mac.
 
Elakkan terdedah di bawah cahaya matahari.  Kalau boleh elak lagi bagus.  Banyakkan minum air masak.  Ini pesan Tuan Doktor!  Jika perlu ambil supplement bersesuaian seperti Vitamin C untuk mengekalkan kesihatan optima.
 
Tapi kalau dah nak sakit siapa kita nak mengelak.  Sakit itukan penghapus dosa-dosa kecil.  Tak ada sakit, tak tertanggung pula nak bawa dosa ke sana-sini...hehehehe...Insyaallah, mohon doa semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik sentiasa.
 
Saya ni konon-kononnya nak berkisah perihal perkahwinan saya tapi entah bila nak mula.  Rancang punya rancang, cerita kosong juga yang saya berikan.  Bukan nak tarik minat orang baca pun, sekurang-kurangnya saya ada tempat mengimbau kenangan satu hari kelak.
 
Boleh nanti anak-anak, cucu-cicit baca.  Manalah tahu, satu hari akan datang saya gagal mengingati momen indah tersebut.  Nama pun faktor usia, tak mustahil ada masalah ingatan.
 
Tengoklah saya cuba mula esok.  Itu pun kalau mood tip-top.  Eh, esok macam nak ke Pejabat Agama.  Entahlah!  Kalau ada selamat membaca, kalau tiada selamat menanti..
 
 
nota: menaip sambil mengelap tisu ke hidung...

No comments :

Post a Comment