Followers

Friday, May 29, 2015

::Rindunya...::

Ya Allah, lamanya tak jengah ke sini!  Rindu jangan cakap tapi itulah, isu internet di rumah tak selesai sehingga ke hari ini.  Sekejap okay sekejap tak.  Pegang sahaja laptop, serba tak menjadi.

Lagi pun zaman canggih, semua hanya di jari.  Tekan skrin telefon boleh ke mana sahaja.  Kerana itu juga data handphone tak pernah mencukupi.  Belum sampai cukup bulan sudah 80% penggunaan.

Tak lama lagi dah nak Ramadhan pula.  Insyaallah, dikurnia kesihatan baik boleh hit projek Ramadhan.  Biasalah zaman GST kenalah berusaha lebih untuk menambah mana yang kurang.

Apa yang ada sekarang ni pun dah cukup terseksa.  Tak faham saya bila ada menteri mengatakan hidup taklah membebankan.  Orang gaji berpuluh ribu pun merungut, mungkin menteri tersebut gaji berjuta nilainya.

Penat dah nak mengeluh, bukan cakap kita rakyat bawahan ini didengari.  Keluarlah pelbagai cerita akibat ketirisan pemimpin, tetap rakyat ditekan.  Nasib!!  Nasib!!

Melalut pula luahan hati.  Saya singgah sebentar sahaja ni.  Dah lama tak berceloteh kekok pula dibuatnya.  Tiba-tiba hilang arah penceritaan.  Mungkin kena mula balik dengan kisah-kisah santai just to pick up where I left. 

Dah cuti sekolahkan?  Selamat merehatkan otak anak-anak!  Habislah, rumah mesti kecoh & kecah..Hehehe...Tak apa, anak-anakkan penghibur hati.  Kita pun marah sekejap.  Lihat bibir comel tersenyum, sejuklah hati.



nota:  terkaku seketika...