Followers

Tuesday, June 2, 2015

::Apalah Nasib?::

Umum mengetahui, kita sedang berhadapan kegawatan ekonomi.  Rasanya bukan dari tahun ni lagi, dari tahun-tahun yang sudah pun dah terasa bahang.  Tapi rasanya 2015 hampir kemuncak permasalahan terutama negara kita.
 
Dari awal tahun saya dah dengar ramai penjawat awam bertaraf kontrak akan ditamatkan perkhidmatan paling lewat hujung tahun ini.  Pengambilan kakitangan baru dibeku buat seketika meski iklan kerja kosong tetap dikeluarkan secara berkala.
 
Ada teman-teman berkhidmat sebagai jurulatih PLKN pun telah diberhentikan tanpa sebarang pampasan meski Kerajaan berjanji program Khidmat Negara akan diteruskan pada tahun hadapan.
 
Kemudian, dari bulan Mac tempoh hari biras saya mula mengeluh bila syarikat internet terawal dan tertua di Malaysia, Jaring berhadapan krisis kewangan.  Mulai hujung bulan Mei sedikit demi sedikit pekerja diberhentikan kerja.  Sudahlah tiada pampasan, gaji mereka pun disekat-sekat.
 
Semalam, sebahagian pekerja MAS pula mendapat habuan malang.  2000 orang telah mendapat surat keramat dari pengurusan baru.  Khabarnya pampasan diberikan tidaklah setinggi mana.
 
Makcik saya juga telah diberhentikan kerja kerana syarikat menggunakan khidmat tenaga luar dan tiada siapa membendung kebanjiran warga luar untuk bekerja di syarikat tempatan.
 
Di saat kegawatan sebegini, senangkah mereka hendak mendapat pekerjaan baru?  Bagaimana nasib keluarga dan tanggungan yang bergantung harap pada mereka?  Seriaunya saya mengenangkan segala keluh-kesah.

Bagi syarikat yang kukuh terutama GLC pula, khabarnya bonus tahunan tidak semewah sebelum ini meski syarikat mencatat keuntungan luar biasa.  Hmm....

Walaupun saya bekerja sendiri, apa yang mereka alami tetap menghantui kami.  Apa sangatlah kami boleh lakukan kalau keadaan ekonomi benar-benar tidak mengizinkan.  Tetapi jangan terkejut tau, yang kaya semakin kaya!  

Peninglah nak memikirkannya.  Kasihan pada mangsa keadaan dan geram pada yang mengheret nasib rakyat kita sedemikian rupa.
 
 
 
 
nota:  Malaysia Masih Aman.... 
 
 
 
  

No comments :

Post a Comment