Followers

Monday, June 1, 2015

::Benci::

Tak ada ribut+angin+taufan, tiba-tiba nak membenci orang! Apahal?! Hehehe...Sebenarnya geram bila minyak naik RM0.10 hari ini itu yang BENCI tiba-tiba.

Sudahlah setiap aliran wang keluar telah dicukai melalui GST, tup-tup minyak naik lagi!!  Apalah nasib kita rakyat marhain ni, dijerutnya leher kita sehabis baik.  

Maaflah sekiranya saya tidak bersependapat dengan rakan-rakan lain yang melafazkan "ala sepuluh sen ja pun".  Memang nampak kecil nilai tapi impaknya besar tau.

Semenjak kaedah tiada subsidi bagi harga minyak diperkenal, sewaktu mula-mula dahulu sahaja harga diturunkan.  Secara perlahan-lahan harga naik.  Kalau dah naik tinggi sebegini, jangan mimpilah nak turun gila-gila.

Manalah janji-janji manis sewaktu menagih undi dahulu?!  Tak sampai pun 2 tahun diberi peluang memegang tampuk pemerintahan, habis rakyat dikenakan.  Itu naik, ini naik, darah tinggi pun naik!

Di luar sana rakyat sudah penat merintih.  Sehingga kita bosan untuk bersuara lagi kerana apa sahaja yang kita laung, tak pernah diambil kira.  Yang duduk di atas poket makin penuh ramailah!

Syabas pemimpin Malaysia kerana anda telah membuktikan betapa salahnya suara ramai memilih anda.  Bersedia menerima natijah dari percaturan kurang bijak ya!!



nota:  menyampah..

  

No comments :

Post a Comment