Followers

Wednesday, August 5, 2015

::Salam Eidulfitri 2015::

Masih di kemeriahan Syawal meski sudah hampir tiba ke penghujung.  Di kesempatan ini, saya memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki seandainya ada perkataan yang terkeluar di sini telah mengguris mana-mana hati sehingga terluka.

Nak bercerita kisah Syawal kali tak ada pula gambar mahu dikongsi.  Tak seronok pula kalau tiada jamuan mata.  Biasalah, bukan senang nak transfer gambar.  Lebih-lebih lagi sekarang semuanya guna smart phone.  Kamera terbiar tepi.

Raya sama sahaja seperti tahun kedahulu cuma bezanya tambahan sebuah lagi keluarga untuk sama meraikan Syawal.  Insiden terburu-buru untuk meninggalkan ibu kota juga tidak berlaku sementelah kedua-dua buah keluarga menetap di KL.

Tepat jam 2.00 petang, tamat resmi beraya kami bersama keluarga.  Dalam pukul 4.00 petang, masing-masing pulang ke rumah melenakan mata yang mengantuk disebabkan perut tepu dek makan rendang & kuah kacang..Hehehe...

Nantilah sambungan cerita Syawal.  Itu pun kalau ada, kalau tidak nantikan cerita Syawal 2016 sekiranya dipanjangkan usia.  Tak tahu nak buat apa, singgah sebentar di sini.  Rasa gatal pula nak menaip.  Walhal, kerja menimbun menanti.  

Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi buat yang sudi singgah di sini.  Ini bukan rumah tidak bertuan, tetapi rumah yang diabaikan tuan..Hahahaha.....



nota:  tak buat puasa enam pun :(  




There was an error in this gadget