Followers

Friday, December 25, 2015

::Salam Maulidur Rasul::

Assalam,

Cuti panjang ya semua orang? :)  Saya cuti atau tidak tiada biasa kerana agenda sepanjang tahun telah terisi terutamanya hari biasa.  Bukan macam dulu lagi boleh keluar bercuti dari Isnin hingga Jumaat.

Hujung minggu bolehlah rancang, itu pun kalau ada rezeki.  Takpe, nanti satu hari kelak saya kongsi di sini kenapa, so hows your guys holiday?

Seronok betul tengok rezeki rakan-rakan di FB rancak melancong.  Ada yang melancong luar negara sampai ke negara-negara yang boleh tahan mahal.  Rezeki masing-masingkan, Alhamdulillah.

As for me, semalam buat ziarah marathon ke kubur.  Friendlist FB mostly know bout this. Raya hari tu tak berkesempatan tu yang rasa lamanya tak ke kubur.  Sekarang kalau pergi ada list panjang untuk ziarah kubur.  

Bila ada kelapangan apa salahnya.  Satu hari kita akan ke sana juga.  Boleh juga muhasabah diri dan sentiasa beringat betapa kematian hanya di belakang kita.

Awal pagi ke kubur Arwah Nina, Mak & Onyang di Jalan Ipoh.  Boleh tahan semak juga, tak pasti di situ ada orang jaga atau tidak.  Tapi tak adalah sampai susah nak jalan cuma rumput sekeliling dah hebat tumbuh.

Di situ kawasan tanah perkuburan lama.  Banyak juga kubur-kubur yang dah tak berjaga mungkin waris pun dah tiada.  Keadaan pun tak tersusun, bersimpang siur batu nesan. Mujur kubur Arwah Mak, Nina & Onyang berdekatan.

Waktu sampai, tiada orang pun.  Mungkin masih pagi, rasa hening dan sayu.  Rindu pada arwah-arwah menggebu di dada.  Terutama pada Mak & Onyang yang membesarkan dan jaga saya sehingga akhir hayat mereka.  Besar jasa mereka pada kami adik-beradik.

Rindu juga pada adik (Nina).  Selepas solat tak pernah alpa kirim doa meski tahu dia ahli syurga.  Kalau ada hayat dah 27 tahun umur adik.  Mesti dah kahwinkan.  

Tak banyak kenangan bersama Nina sementelah dia pergi di usia kecil, 4 tahun dan saya berusia 12 tahun pada ketika itu.

Selesai ziarah ketiga-tiga kubur, jengah tanah perkuburan Batu Muda pula.  Bersemadinya jenazah ibu Abang juga Arwah Nova, Ijam dan bayi syurga mereka Annisa.

Di sana konsep kubur jauh lebih cantik, teratur dan sistematik.  Allahyarham dan Allahyarhamah dipisahkan mengikut kawasan-kawasan.  Setiap tanah kubur telah bernombor lot dan ada papan penunjuk bagi yang jarang datang.  Hanya perlu ingat nombor lot.

Orang datang berziarah pun boleh tahan.  Ada juga kubur-kubur yang sedang digali, mungkin ada yang meninggal dunia semalam.  Innalillahiwaiinailahirajiun

Senang saja tuju kubur Arwah Mak.  Anak sendiri kalau tak tau memang melampaulah namanya.  Tak perlu ingat nombor lot pun, kaki laju melangkah.

Arwah Mak meninggal sebelum kami berkahwin.  Tak ada rezeki nak lihat anak sulung dia bergelar suami meski waktu hayat selalu berzikir di telinga Abang supaya lekas-lekas naik pelamin.  

Hampir tiga tahun juga Arwah dah pergi.  Saya sempat kenal :) lebih kenal lama kot dari menantu-menantu yang lain.  Kata 16 tahun bercinta!

Selesai di kubur Mak tuju pula kubur Arwah Nova.  Tercari-cari juga sebab ingat-ingat lupa. Terakhir pergi sewaktu hari pengkebumian bulan 5 hari tu.  Berdasarkan ingatan berjaya juga sampai hasil bantuan nombor lot yang diperoleh dari adik arwah.

Saat menghadiahkan Al-Fatihah mengalir airmata.  Yang lain-lain bukan tak sedih cuma dengan Nova ni mungkin baru lagi itu yang tak dapat tahan.  Macam-macam rasa ada, sedih+rindu bersilih ganti.  Rasa kehilangan tu besar sangat.

Cari kubur Arwah Ijam pula.  Waktu nak kebumi dulu, ahli keluarga ada minta mereka disemadikan satu liang tapi peraturan tanah perkuburan situ dah ditetapkan sebab tu asing-asing.

Jenuh juga Imam nak baca talkin sampai tiga kali pada hari mereka dikebumikan.  Dahlah jarak jauh juga antara satu sama lain tapi dah tugas, Alhamdulillah Imam lunaskan tanpa sebarang rungutan.

Nak tergelak juga bila Abang dengan selamba berbual dengan kubur seolah Arwah Ijam masih ada.  I know he missed him a lot.  Ada-ada masa terkeluar dari mulut dia "Kalaulah Arwah ada...."  

Lelaki bukan macam kita.  Mereka simpan rapi rasa hiba di hati tapi semalam bila dah hadiahkan Al-Fatihah berubah juga raut wajah Abang.  Masing-masing terdiam seketika melayan perasaan atau barangkali kami saling mengimbas kenangan bersama arwah sekeluarga.

Ada rezeki panjang umur nanti saya kongsi memori indah kami bersama Arwah sekeluarga. Memang kami tak ada declare BFF ke apa tapi hubungan persahabatan kami istimewa. 

Saya kenal Arwah Ijam dari sebelum dia kahwin lagi malah saya kenal lebih lama Arwah Ijam berbanding Abang cuma tak bertegur sapa.  How I wish to hold those moment so that they will stay longer.  Suratan Illahi, mereka pergi di usia begitu muda.

Maut tak kenal usiakan?  Bila-bila sahaja kita akan dijemput cuma cara bagaimana itu yang berbeza.  Wallahualam...

Alhamdulillah hasrat nak ziarah kubur dah lunas kebetulan jatuh pada cuti Maulidur Rasul. Dah lewat sehari tapi saya tetap nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua Muslimin.

Perbanyakkan berselawat buat Kekasih Allah moga-moga kita akan mendapat shafaat dariNya.  

Tak lupa juga pada rakan-rakan yang sedang menyambut perayaan.  Enjoy your celebration guys and Happy Holiday!

Wasalam..



nota:  nak pergi mana hari ni? 





  


Wednesday, December 23, 2015

::Izinkan - Adeep Nahar::

Saya selalu terdengar sebuah lagu yang sedap dihalwa telinga bila nak dekat waktu solat di radio.  Terngiang-ngiang melodi dan lirik.  As usual, terus Google.  Sayangnya tiada di You Tube.  

Cari-cari ada di Sound Cloud tapi tak pandai pula saya nak download di sini.  Saya share link jelah.  https://soundcloud.com/bhsbadrul/adeep-nahar-izinkan  

Lagu dendangan Adeep Nahar (AN).  AN ni bekas ahli kumpulan Fabulous Cat.  Sekarang beliau dah beralih arah ke lagu ketuhanan, Alhamdulillah.

Semoga AN terus hasilkan karya yang baik dan mesej-mesej berguna seperti lagu IZINKAN. Saya share lirik lagu tersebut:  

Tika terbenam suria
Berbisik suara hayat ku terjaga
Saat ku bermula hingga ku terlupa
Di mana batasnya

Baru kini aku sedari
Hidup yang kau beri tiada ku penuhi
Dunia yang ku kejari bukan Firdausi
Tiada yang kekal abadi

(*)Oh Tuhan izinkanlah
Aku bersujud memohon rahmat mu
Kau bimbinglah aku terangi hatiku
Teguhkan imanku

Oh Tuhan izinkanlah
Aku bersujud memohon rahmat Mu
Kau bimbinglah aku terangi hatiku
Teguhkan imanku

Tika terbenam suria
Berbisik suara hayat ku terjaga
Dunia yang kekejari bukan Firdausi 
Tiada yang kekal abadi

Jangan lupa dengar tau.  Tak rugi, mesti jatuh cinta juga seperti saya :) 




nota:  slow and steady..

Tuesday, December 22, 2015

::Persoalan::

Betul-betul nak tau ni!  Kita bayar cukai jalan sebab kenderaan kita lalu atas jalanraya.  Fahamlah konsep di situ, "nak lalu kena bayar" dam agensi yang kita bayar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Masalahnya, bila jalan rosak dan mengakibatkan kenderaan kita rosak, nak tuntut bayaran semula pada siapa?  Bukankah tanggungjawab orang yang kita bayar untuk jaga kemudahan tersebut?

Tapi kenapa pula JPJ tak ambil peduli?  Kerosakan atas jalan raya adalah tanggungjawab majlis perbandaran.  Isunya, kita bayar cukai pada JPJ dan bukannya majlis?!

Faham tak persoalan saya ke saya yang salah faham di sini?  Bukan apa, letih betul berhadapan dengan masalah jalanraya rosak.

Lubang sana, lopak sini.  Pecah sana, mendap sini.  Ada rakan saya hampir maut bila motosikal yang dibawa terjatuh ke dalam lubang yang boleh tahan dalam.  Bukan salah dia jalan rosak tapi tak ada siapa boleh bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut.

Jalan raya di rumah saya, paling lama lubang ditimbus sebulan boleh bertahan.  Ada tempat, seminggu lebih saja bertahan.  Kemudian rosak balik.  Nampak sangat yang repair jalan buat sambil lewa.

Saban hari ada sahaja kenderaan rosak bila tak sengaja rempuh jalan-jalan rosak teruk.  Jangan haraplah dapat claim balik.  Tapi tak adilkan?  

Kita bayar cukai sebenarnya untuk apa?  Semata-mata untuk peroleh tiket boleh lalu atas jalan itu sahaja.  Nampak sangat berat sebelah!   

Dah lama persoalan ini menghantui saya.  Kalau nak betulkan saya pun tak apa, tak semestinya saya betulkan? 



nota:  hmmm....
 

::Miss Universe 2015::

Macam-macam hal dunia :)  Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut fikir-fikirkan samada nak cakap atau diam sebab ada otak boleh fikir.

Tak adalah serius mana isu cumanya terkenangkan kisah Miss Universe 2015.  Semua dah taukan insiden tersalah announce nama pemenang.  Miss Columbia hanya sempat bergelar Miss Universe hanya beberapa minit sahaja.

Dari dulu lagi saya minat tonton segala macam pertandingan mempamerkan wanita-wanita cantik.  Jamu mata dengan kecantikan peserta sambil menilai kebolehan masing-masing.

Mungkin ini pertama dalam sejarah bila pengacara salah mentakhtakan pemenang.  Tapi kalau nak diikutkan Miss Philippine jauh lebih cantik dari pemenang kedua.  Itu penilaian saya.

Dikhabarkan, Miss Columbia akan menfailkan saman kepada pengacara.  Bukan calang-calang nilainya.  5 juta USD nilai harga diri dipertaruhkan di meja pengadilan atas kesalahan kecil.

Sumber lain, Donald Trumph pula minta penganjur untuk mempertimbangkan kedua-dua peserta tersebut adalah pemenang bagi tahun ini.

Saya ada lihat imej kad keputusan yang diberikan kepada pengacara dari jarak dekat.  Cari-cari semula gambar tersebut tiada pula.  From the card, its easily misleading.

Nak buat macamana, dah memang tertulis rezeki Miss Philippine.  Yang penting kedua-dua peserta menjadi sejarah bagi penganjuran Miss Universe.  Lawa tu tak perlu dipertikaikan.  Kalau tidak masakan terpilih mewakili negara masing-masing.

Bila agaknya wakil dari negara kita mampu bersaing?  Ramai rasanya gadis-gadis yang cantik di Malaysia.  Cuma belum rezeki lagi.  Pertandingan kali ni peserta dari negara jiran Indonesia, Thailand, Philippine dan Jepun antara peserta yang terpilih ke top-15.  

Satu hari nanti Malaysia pun boleh.  Bukan tak pernah sebelum ni tapi amat jarang sekali peserta Malaysia boleh melangkah jauh.  

Kita tunggu perkembangan kisah Miss Universe 2015.  Tak boleh nak salahkan Miss Philippine, dia bukan tahu pun dia bakal menang =)

 Nama pun Miss Universe, takkan tak lawa.  Lebih-lebih lagi dia menyarung gaun warna kegemaran saya, biru.  Tak sangka betul dia yang pengumuman juara adalah salah.  Terpinga-pinga seketika bila orang minta dia ke hadapan


Inilah que card yang menjadi punca kesilapan pengumuman.  Barangkali pengacara begitu gementar sewaktu mengumumkan pemenang sehingga melakukan kesilapan.  Penganjur pun satu hal. kenapalah nama pemenang di letakkan di bahagian bawah sekali.  Punya banyak ruang kosong, tak perlulah guna tulisan kecil di bawah



nota:  teringat filem Miss Congenality lakonan Sandra Bullock
   

::Sesekali Teringin::

Basically, I often craving something heavy.  Sebabnya saya bukan jenis pemakan.  Susah nak dengar saya teringin nak makan western food ke, lauk-pauk Melayu ke atau apa sahaja.  

Lagi satu kalau makan di luar saya jarang nak makan nasi berlauk.  Each time kalau nak fikir makan apa mesti pecah kepala.  End up just follow selera orang.

Hari Sabtu hari tu teringin betul nak makan Waffle Ice Cream A&W.  Terasa-rasa di tekak aiskrim dengan gravy strawberry.  Nasib baik Abang sanggup nak bawa.  

Dia susah sikit kalau fast food.  Tak kenyang katanya.  I do agree but occasionally makan juga.  Dah tak tahu nak makan apa, yang depan mata jalan terus.

Nasib baik juga ada teman melayan.  Kebetulan lepas kenduri ajak Mimie The Diva merayap.  Lama juga tak jumpa dia.  Sambil borak selang-seli mulut masuk waffle ice cream.

Sebab itulah orang selalu kata rezeki ni datang tak kira bentuk.  Betul apa yang dihajati tu tak dapat pun.  Bila tak dapat buntu+pening tu tak perlulah nak diperkatakan macamana penangannya.

Tapi Allah beri yang kecil-kecil tu untuk mengubat lara.  Siap orang belanja sekali, rezeki juga namanya.  Terima kasihlah pada yang sudi melegakan tekak :) 

     Sebenarnya ni gambar lama.  Knowing me, bukan rajin nak ambil gambar, jadilah nak bagi orang lain pula terliur...hehehehe...Masalahnya sekarang saya sendiri yang dah terkecur-kecur.  Ada yang esok pergi makan lagi!




nota:  yummy..
 

::Terasa Mahal::

Lama tak makan sedap-sedap di luar =)  Maksud sedap tu selera international..Hehehe...Berangan!  
 
Kedudukan ekonomi tak berapa mengizinkan untuk punya selera besar, kenalah kawal sedikit.  Cabaran untuk orang yang tak makan gaji seperti kami.  Apa pun, Alhamdulillah.
 
Tiba-tiba Abang ajak makan Tepanyaki.  Boleh juga sementelah memang dah lama sangat tak makan.  Nak kata minat sangat tu taklah tapi sesekali tukar selera.
 
Serious tak ingat bila kali terakhir terjah makanan Jepun ni.  Bila sampai bersemangat betul nak order.  Tup-tup tengok harga, FFFFFUUHHH!!  Sekali ganda dari harga dulu.  
 
Nak terbantut pun dah lambat, terpaksa jugalah order.  Untuk orang lain saya tak pastilah mahal ke tak tapi bagi kami mahal tau.  Rasa tak berbaloi betul.  
 
As GP always said, whenever you have money expensive is a norm tapi bila tak berapa nak ada yang okay rasa serba tak kena.
 
Terasa betul sekarang.  Serba-serbi mahal!  Sekarang nasi putih kosong range harga RM1.50 - RM2.00.  Once RM0.50 - RM1.00 sepinggan.  Tahun depan tak tahulah macamana.
 
I always figure how Malaysian still can afford with those hicking price.  Bukan apa, bila keluar shopping mall masih ramai pengunjung.  Harga tiket wayang contahnya yang dah naik pun panggung tetap penuh.
 
Standard of living very high.  Ramai dari kita perlu lakukan dua tiga kerja hanya untuk menampung kos kehidupan.  Itulah dinamakan rezeki.  Ada orang boleh survive dengan situasi sekarang, ada sesetengah orang tewas.
 
For me definitely kena betul-betul berjimat cermat.  Tak menyesal pun dengan keadaan tapi percaturan harus teliti.  We are not in a same shoes.
 
Bila fikir-fikir no wonder bilangan gelandangan di Kuala Lumpur bertambah dari masa ke semasa.  Mana lagi nak dapat sewa rumah serendah RM400 di ibu kota. 
 
 
 
nota:  lap peluh..
       

::Akibat Cuai::

Semalam di FB ramai share berita seorang bayi meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.  Sedihkan :(  Bila ada cerita-cerita macam ni saya selalu bayangkan kalau jadi pada diri atau ahli keluarga sendiri.

Kita perlu sentiasa beringat dan lebih berhati-hati dalam segala.  Akibat cuai sekelip mata insan disayangi pergi meninggalkan kita.

Insiden macam ni kita sering abaikan terutama sekali bila charge handphone.  Dah penuh terus cabut telefon lupa nak tutup suis.  Saya sendiri sering lakukan perkara sedemikian sebab memikirkan tak adalah bahaya manapun setakat wayar telefon.

Hakikatnya, arus elektrik tetap mengalir.  Bila anak-anak yang tak tahu apa itu erti bahaya terus hisap.  Nasib tak baik terkena renjatan elektrik!  

Possible terbelit wayar pun boleh berlaku.  Banyak perkara tak diingini boleh terjadi especially to those babies yang tengah rancak crawling.  Segala celah-celah kawasan sibuk nak teroka.

Sebab itu ada rakan-rakan saya sentiasa risau dan tak tenang bila tinggalkan anak-anak di rumah penjaga atau rumah sendiri dengan pengawasan minimal.  Macam-macam perkara tak diingini boleh berlaku meski kita berusaha untuk mengelakkannya.

Berbalik pada kes, dah namanya malang tak berbau.  Saya yakin tiada siapa nakkan perkara sebegini berlaku.  Apa pun baby tu dah jadi anak syurga yang setia menanti kedua ibu-bapanya kelak.

Kita ni selain dari berhati-hati dan alert dengan keadaan sekeliling, jangan putus berdoa semoga Allah jauhkan diri dan keluarga dari bahaya tak dijangka.   


Gambar diambil dari FB.  Comel baby tu!  Dah hidup dengan tenang dia di sana



nota:  rindu anak-anak di rumah...

Monday, December 21, 2015

::Al-Fatihah::

Sabtu lepas (kalau tak silap) kita dikejutkan dengan berita sedih menimpa sebuah keluarga sedang seronok berkelah di Terengganu.  Malang tak berbau itu telah meragut seluruh ahli keluarga dan meninggalkan seorang waris lelaki berusia 9 tahun, Innalillahiwaiinailahirajiun.

Percutian sekeluarga telah meragut 5 nyawa yang sedang seronok bermandi-mandian di air terjun dan anak lelaki kecil melihat segala kejadian di depan mata.

Setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi tapi saat itu saya memikirkan kehidupan kelak anak mangsa yang tinggal hati di gayut hiba.  Adik tu mesti sukar terima kenyataan seluruh ahli keluarga hilang sekelip mata.

Sudah pasti Allah kurnia ketabahan yang luar biasa pada anak itu.  Ujian Allah tidak kenal siapa dan usia. DIA bisa menguji sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.  Nama pun pentas dunia.

Melihat wajah anak lelaki mangsa saya terus terbayangkan wajah kedua-dua anak perempuan Allahyarham Ijam dan Nova.  Kehilangan kedua Mama Papa disaat mereka belum mengenal dunia dan jauh lagi perjalanan mereka berdua, tak tahu apa tersirat di hati Amira Aqilah :(

Semoga Allah SWT sentiasa lindungi dan pelihara kedua-dua anak arwah dan juga anak-anak di dunia yang hilang tempat bergantung.  Beri mereka kekuatan luar biasa untuk menempuh pancaroba hidup yang mengganas hebat. 

Saya masih belum kuat untuk berkongsi kisah duka 5 bulan yang lalu meski saya ada mencoret sedikit di FB.  Pada yang tak tahu dan ingin tahu, Insyaallah satu hari kelak saya akan kongsi.

Perbicaraan masih berjalan di Mahkamah which I guess lllloooong way to go. Nak buat macamana dah nama pun prosedur, asalkan satu hari kelak kematian mereka sekeluarga terbela.

Mengenali kedua-dua mereka satu pengalaman indah.  Semoga satu hari kelak kita semua akan berjumpa di sana.  Tak putus-putus saya kirim Al-Fatihah tulus buat Allahyarham 3 beranak bagi mengubat rasa rindu tak bertepi.

Okay, I am not supposed to talk bout them caused it will bring me down the whole day. Entah, susah nak described rasa sedih bila terkenangkan mereka dan kemalangan yang terjadi.

I got to go!  Nanti syahdu syahdan terus tak jadi sebarang kerja.  Have a great week ahead friends..Al-Fatihah untuk insan-insan yang telah tiada


nota:  :(



  

     

Sunday, December 20, 2015

::Selamat Berhujung Minggu::

Salam di hujung minggu!  Dah Ahad pun, esok confirm semua muka tak semenggah nak masuk kerja.  Mana cukup libur 2 hari, paling kurang seminggu :)

Alhamdulillah, dah bertambah okay berbanding sebelum-sebelum ni.  Semalam semangat betul nak makan kenduri.  Siap awal dalam pukul 11.30 pagi terus keluar.

Dari malam sebelum dah simpan perut nak makan lauk pengantin =)  Tak semena boleh terliurkan lauk kenduri kahwin.  Bila dapat jemputan melonjak-lonjak nak pergi.

Mungkin selera orang tak sihat, tu yang lain macam sikit.  Sepanjang tak sihat tak berselera sangat.  Kadang-kadang seharian tak makan, nasib baik gastrik tak menyinggah.

Okaylah bila dah dapat makan nasi beriani walaupun tak adalah sedap sangat dek silap percaturan pemilihan lauk-pauk (keji pula rasanya komplen hidangan orang), bolehlah dari tak ada.

Hari ni minta pula "roomate" bawa ke Nasi Vanggey di Setapak.  Sila Google apa itu Nasi Vanggey a.k.a Nasi Ganja.  Sebelum makan naik kecur air liur, dah makan separuh apa yang ada atas pinggan tak lalu nak habiskan.

Ni rasa nak landing atas katil.  Walaupun dah makin sihat, sisa sakit masih ada berbaki terutama batuk dan selsema.  Sesekali batuk dan bersin sakit juga sendi-sendi dibuatnya. Faktor usia barangkali.

How's your weekend?  Mesti seronok menghabiskan masa bersama keluarga dan insan-insan tersayang.  I know how was the feel.  Yalah, berhari-hari dok mengadap kerja di pejabat, dua hari dapat lupakan seketika memang nikmat.

Cumanya di KL ni dah tak tahu nak bersantai di mana.  Paling-paling jengah shopping mall. Kalau poket kosong sakit je rasa hati ke kompleks membeli-belah.  Manakan tidak, apa yang diingini terbantut dek kocek celus.

Sebab itulah saya kurang gemar berlegar-legar di shopping complex.  Sudahnya terperap di rumah bila hilang arah tujuan.  Nak keluar dari Kuala Lumpur pun perlukan tambahan wang. 

Tuntutan minyak kereta dan tol harus dipenuhi.  Belum kira nak beli kudapan serta menikmati juadah tengahari serta makan malam.  Hidup sekarang tak lari dari hambatan duitkan :{




nota:  kenyang perut, mata pun semput...

Saturday, December 19, 2015

::Borak Bisnes::

Settle transfer semua gambar dari phone ke laptop.  Sedang berkira-kira nak delete gambar sebab penuh sangat.  Tak pernah cukup memori tapi sebenarnya senang, quiet handy.  Scroll je gambar yang diingini.
 
16gb untuk phone memory memang tak cukup.  Hasrat hati nak beli I-Pad, senang sikit tak campur aduk.  Yalah, kata online enterpreneur (cewah) harus ada gajet yang memudahkan kerja.
 
Insyaallah kalau ada rezeki boleh beli tapi jika keadaan tak mengizinkan kita bergerak dengan apa di depan mata itu pun dah memadai.  
 
Talk about online biz, sedar tak sedar dekat 5 tahun juga saya on-off menjual di talian.  Ingat lagi waktu mula-mula jual online, tak ramai turut serta.  Nak dapat kepercayaan pembeli pun bukan senang.
 
Alah bisa tegal biasa, few months later getting better.  Saya mula dengan jual baju & kain pasang.  Alhamdulillah bulan kedua dah balik modal + sikit keuntungan.  Dari beberapa ratus modal upgrade ribu.  
 
Seronok bila ramai add friend di Facebook dan tak jemu support business.  Masuk sahaja stok baru, terus disambar.  Happy betul waktu tu.  Family & relatives pun support sama lagilah berbunga hati.
 
Masuk Ramadhan saya stop seketika.  Eh, bukan sekejap!  Lepas tu terus stop bila dah mula sibuk dengan kerja.  Cabaran buat part time kena juggling time dengan real job.  Bila dah lama berhenti, nak pick-up balik memang malas.
 
Lepas tu adalah saya jual balik sekejap, introduce barang jualan baru on-off.  By the time, ramai dah bergelar peniaga online.  Seronok tengok rakan-rakan rancak berniaga plus we support each other.
 
Nowadays, its become trend.  Nak buat macamana, bergantung pada gaji utama dah tak cukup.  Kenalah cari alternatif lain.  Those housewife, inilah cara nak tolong sama suami tambah pendapatan.
 
Bila dah ramai-ramai for sure bilangan scammer meningkat.  Biasalah suka menangguk di air keruh.  Tapi geramnya dek ketamakan diorang kita yang berniaga online ni terpalit bau busuk bila scammer buat hal.
 
As for me since "Roomate" tak makan gaji of course I have to double up my effort.  Hidup baru nak bermula banyak cabaran bakal didepani.  Afterall our life a bit different compared to others.
 
2016 genap enam tahun saya berjinak dalam perniagaan online.  Ada juga intai-intai peluang lain.  Mana sedia ada akan terus kekal, nak tambah satu dua yang baru.  Kalau ada rezeki boleh nikmati hasil :}
 
Selamat berjuang rakan-rakan yang masih giat berniaga di talian.  Just like a real life, online biz pun ada turun naik.  Paling penting terus berusaha, jujur dan ikhlas.  Selebihnya kita serah pada Allah SWT.
 
Cuma saya harap sangat janganlah jadi mangsa "Rolling Money".  Ada beberapa rakan alami kerugian teruk juga.  Kasihan tengok mereka.  Yalah, zaman sekarang nak cari duit bukan senang.
 
Sudahlah nilai duit semakin kecil, kena tipu pula lagi.  Ada yang hampir bercerai dek penangan kes begini.  Aduhai!  Nak buat bisnes, nak join bisnes pandai-pandai nilaikan.
 
Eh, jangan kata saya maksudkan MLM juga.  For me, MLM ni ada yang ok although ramai je yang kata mana ada okay.  Asal MLM semua menipu.  Terpulang pada penilaian kita sebenarnya.
 
Apa pun jadi orang bijak dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pegang duit berkepuk-kepuk.  Nak duit sebegitu boleh, tapi kena serta dengan usaha.  Setakat bayar RM10 tunggu duit beranak itu amatlah mustahil!
 
Jauh menyimpang!  Walhal tadi nak cerita pasal masukkan gambar dalam laptop boleh sampai ke sini.  Biasalah, kalau dah pukul 2 pagi mesti merapu jadinya.
 
Those yang nak jadi customer saya boleh jadi kawan di FB saya, NOOR MARIA.  Setakat hari ini saya ada offer servis bouquet, agen CMD, jual perfume Aura Scent dan Super Detox Mazing.
 
Kalau berminat bolehlah cari saya k!  Maaf, entri ni tak ada gambar lagi.  Malas nak belek satu persatu.  Malas?!  Habis tu apa guna transfer gambar??!!  Entahlah....
 
 
 
nota:  macam-macam penyakit...      

Thursday, December 17, 2015

::Mana Janji??::

Dah bertahun (rasanya sejak pilihanraya lalu) kita tak habis merungut dengan segala macam ketidak tepatan janji Kerajaan terutama isu taraf kehidupan rakyat.  Obviously, kita semua terbeban dengan peningkatan pelbagai harga.

Dalam minggu ni juga saya dengar menerusi radio, Kerajaan Malaysia bangga berjaya mengutip berbilion ringgit dari GST.  Persoalannya ke mana hasil GST dilaburkan?

Setakat hari ini, tiada pembaikan pembangunan prasarana, semakin banyak subsidi dipotong, bakal menaikkan beberapa servis kerana Kerajaan tidak mampu tampung dan banyak lagi yang  bakal merebahkan rakyat Malaysia.

Semalam ada beberapa teman pula meluahkan rasa tidak puas hati bilamana Kerajaan berjanji untuk tidak mengenakan GST lagi bagi pembelian kad prabayar (top-up phone) tetapi caj tetap dikenakan juga.

Bil telefon saya post-paid maka tak ambil tahu sangat hal ehwal prepaid tapi bila ada yang dah berbunyi nak tahu juga kebenaran.  Tanya pada rakan-rakan lain yang masih beli top-up, memang benar penjual masih lagi kenakan GST.

Hmm...mana silapnya?  Siapa sebenarnya yang bersalah?  Atau adakah apa sahaja arahan Kerajaan tidak lagi akan dipatuh dek hilang rasa hormat?  Apa pun beban digalas penuh rakyat marhain.


Gambar ini saya ambil dari FB.  Terang tanpa perlu bersuluh harga kembali asal 1 November lalu.  Kenapa sehingga hari ini pengguna tetap membayar lebih?  Mungkin penjual ambil kesempatan.  Apa kata ramai-ramai buat aduan.

Terus terang, segala janji manis ditabur pilihanraya lalu hanya tinggal hampas hempedu. Segala kata demi raih undi tinggal dalam kotak undi dan dikunci kemas untuk dikeluarkan pada kempen akan datang...Huhuhu...

Ramai kenalan dan saudara-mara mengharapkan keadaan lebih baik bagi 2016.  Tak tahan dah dengan kehidupan yang begitu menjerut sepanjang 2015.  Insyaallah, Allah sentiasa mendengar doa hambaNya




nota:  tak putus-putus berdoa...  

::Beransur Baik::

Alhamdulillah, semakin baik.  Hmm..Boleh tahan lama juga sakit kali ni.  Dari sambut birthday GM sampai hari ni lebih kurang 17 hari lamanya.  

Hari ni adalah rasa segar sikit berbanding sebelum-sebelum ni tapi selsema masih menghambat diri.  Rasa nak cabut hidung letak jauh-jauh.  Selagi hidung berair selagi itulah batuk susah nak reda.

Lepas saya melalui fasa sakit, GM pula menyusul demam.  Nampak teruk juga!  Ambil sakit saya ke?  Harap cepatlah sembuh dan segala penyakit yang ada di dalam rumah cepat-cepatlah keluar.  Nanti bersilih ganti pesakit.  

Paling risau budak-budaklah takut berjangkit.  Kita yang dewasa ni tau je bila masa nak makan ubat, nak rehat.  Anak-anak kecil kalau sakit bukan senang nak urus.  Boleh hilang sabar dibuatnya.

Pagi tadi news being circulate mengenai perginya Seniman Jins Samsudin.  Tapi tak lama selepas tu menyusul pula berita penafian dari anak beliau.

Haish, tak fahamlah dengan penyebar berita.  Perkara serius begini jangan ambil mudah. Kalau betul sekali pun biarlah keluar kenyataan dari ahli keluarga dahulu.  Bukan dari handai taulan.

Benda macam  ni boleh menyinggung perasaan ahli keluarga dan juga tuan empunya badan. Seolah-olah kita mahu dia segera 'pergi'.  Walhal, Seniman Jins Samsudin elok di rumah bersama keluarga.

Bukan sekali dua perkara seumpama ini terjadi.  Kita yang berhasrat ingin berkongsi pun patut ada rasa tanggungjawab untuk pastikan dulu kesahihan berita.  Agak-agak belum ada kepastian jangan tekan butang "Like" atau "Forward".

Apa pun kita doakan kesejahteraan Seniman Jins Samsudin.  Sejak akhir-akhir ni banyak betul saya terima berita kematian yang mengejutkan baik dari insan-insan terkenal sehinggalah mereka yang berada disekeliling saya.

Betapa kita semua sedar MATI ITU PASTI dan maut boleh menjemput pada bila-bila masa tanpa membezakan siapa kita.  Yang penting siap siaga menanti kehadiran Malaikat bertugas.

Sebenarnya saya sedang menunggu Abang masakkan Nasi Goreng.  Alhamdulillah, peroleh suami pandai masak which is totally contra from myself.  Saya tak pandai masak a.k.a. masak tak sedap.

Tapi okaylah sebab suami belum complaint.  Esok-esok kalau dia dah merungut kenalah beli buku Resepi Masak 1001 Rasa..Hehehe...Setakat beli je buku lepas tu pakat masak sama-sama.  Resipi mengukuhkan ikatan perkahwinan juga tu..Hahahah...

Okay, dah turun.  Ready nak beraksi di dapurlah tu so lets jadi pemerhati... Ngeh...ngeh..ngeh...



nota:  buang masa...








::Restoran Dato' Kat::

Selongkar gambar lama!  Picture taken somewhere early last year.  Kuruskan waktu ni? Belum bergelar suami mahupun tunangan orang..Hehehe...

What can i say?  Bercinta 16 tahun for sure bersepah-sepah gambar tapi unfortunately waktu gambar diambil, tak ada pun gambar berdua.  Nampak sangat tak suka selfie.  

Lokasi dihadapan restoran "Darlings" (referring to Gegar Vaganza) Dato' Khadijah Ibrahim di Seksyen 10 Petaling Jaya.  Kalau tak silap waktu ni Gegar Vaganza 2014 just bring down their curtain.

Tak pasti restoran ni masih beroperasi atau tidak sebab dah tak pergi-pergi.  Nak tau exact location kena Google sebab saya sendiri tak berapa pandai nak terangkan macamana nak tuju.

Actually, we were on our way back from PPUM.  Masuk lorong shortcut untuk ke Seksyen 16 PJ (once pernah menetap kat PJ tu yang tau short cut).  Bila lalu ternampak restoran ni Abang terus berhenti.

Food spread not bad.  Last time makan ada yang sedap ada yang okay cuma kalau tak silap kena ambil set.  Price wise?  Of course mahal sikit berbanding harga lauk cedok kat gerai-gerai.  Restoran berjenama harga pun tinggilah tapi tak sampai membebankan.

Staf kat situ beritahu Dato' Kat selalu juga berada di kedai cumanya waktu tu bukan rezeki untuk bersua.  Kalau ikut kata GM, Dato' Kat memang pandai masak + business venture. Dulu dia ada kedai makan di London.

Cuba la recee' mana tau ada rezeki restoran masi beroperasi.  I am not "into" blogging mode, sebab tu tak ada gambar makanan dan sebagainya.  Just share gambar so that boleh delete dah gambar ni dari memory space ;)  


Ada sekeping sahaja gambar ni.  Walaupun sakit mata tengok rokok di tangan, tetap share jugalah.  Apa pun merokok tetap bahaya untuk kesihatan!! 



nota:  jadilah..bagi penuh ruang...

Wednesday, December 16, 2015

::Kenangan PMR::

Tak tahu nak buat apa sebenarnya, tu yang menempek di sini.  Hala butir bicara pun tidak dapat dipastikan lagi.  Yang saya tahu, kebosanan dan kebuntuan sedang menghambat diri.  
 
Hakikatnya, tak terluah apa yang bersarang dalam kepala.  Mungkin kerana itu juga sakit lambat pergi :[  Berat dugaan saya kali ini.  Doakan segala yang terbaik kurniaan dari Allah SWT buat saya dan keluarga.
 
Semalam result PT3 keluarkan?  Tapi macam tak ramai yang update di FB berbanding UPSR tempohari.  Mungkin kenalan saya tak ramai anak mereka calon PT3 atau barangkali format peperiksaan baru, keputusan akhir tidak penting.  Entah, saya masih belum adapt sepenuhnya PT3 ni.  Zaman saya PMR :]
 
Imbau kenangan PMR saya, usaha taraf biasa-biasa.  Entah kenapa saya tidak letak harapan tinggi untuk dapat keputusan baik berbanding UPSR.  Barangkali faktor sekeliling terutama rakan-rakan, sekolah dan juga keluarga.
 
Maksud di sini bukannya faktor sekeliling saya teruk atau menjatuhkan saya tapi ia lebih memberi pengaruh kepada semangat.  
 
For instance keluarga, of course mereka sentiasa nasihat dan dorong untuk dapat keputusan cemerlang tetapi saya tahu samada keputusan baik atau tidak, saya tidak akan ke mana-mana.  Saya akan meneruskan persekolahan saya di sekolah yang sama.  Oleh itu dapat result okay atau tidak saya tetap okay.  Jangan gagal sudah..Hehehhe...
 
Persaingan rakan sekolah pun bertaraf biasa.  Kami lebih fokus untuk lulus dan terus ke tingkatan 4.  Lagipun pada waktu itu kegiatan Kokurikulum saya lebih menarik minat, maka saya hanya memandang sipi akan PMR.
 
Terukkan saya?  Waktu tu mana fikir sangat.  Kemalasan pun bermaharajalela.  Homework dibekal guru kerap tuang.  Agak-agak nak kena denda cepat-cepat tiru.  Ditambah pula dengan pemilihan kelas untuk Tingkatan 4.  Saya diberi input cukup sekadar gred D untuk semua subjek dah boleh masuk kelas tersebut.
 
Tapi bila peperiksaan semakin hampir, bergetar juga kepala lutut.  Buat revision mana yang patut.  Paling tidak nak juga nampak kelibat "A" dalam slip keputusan.  Mujurlah 3 batang "A" menyangkut.  
 
Padanlah untuk orang yang less effort seperti saya.  Bila fikir-fikir balik, kalaulah saya tambah sedikit lagi usaha dan tidak lalai setakat 5-6 "A" boleh dapat.  Terus tekad akan buat lebih baik untuk SPM.
 
Berbekal keputusan sedemikian, ada guru bertanya kenapa tak mohon masuk aliran lebih baik dari apa yang dipohon atau paling tidak cuba nasib apply sekolah teknik.  Teruja juga cadangan ke sekolah teknik tapi bila beri usul pada GP kena tolak.
 
Makanya teruskan sahaja bersekolah di sekolah sedia ada dan aliran yang saya minat.  Memang benar PMR tidak bawa saya ke mana-mana tetapi sebenarnya PMR adalah satu pintu laluan untuk pelajar lebih fokus hala tuju pembelajaran.
 
Dengan subjek-subjek yang dipilih untuk SPM akan membantu pula pelajar buat keputusan kelak untuk masuk universiti.  Tak pasti pula samada PT3 masih kekal sama seperti PMR atau sudah berubah wajah.  
 
Itu serba sedikit kenangan saya menduduki PMR.  Seronok sebenarnya bila ingat balik terutama bila kena buat coursework bagi subjek Sejarah, Kemahiran Hidup dan Geografi.  Coursework pun saya buat separuh hati.  Janji siap sudah!
 
Puaslah guru kejar dan nasihat supaya buat baik-baik.  Ada rezeki boleh bantu gred kelak tapi waktu tu zaman telinga tuli.  Cikgu cakap apa pun tak penting.  Yang penting saya hantar...hahahaha...
 
Kalaulah ada adik-adik yang baca coretan saya ini jangan contohi perangai Akak.  Just commit with your study.  Nak kata akan menyesal tu taklah tapi we deserve something great during our student life dan dengan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan adalah sesuatu yang terbaik buat anda.  Percayalah!
 
Mungkin ia tidak akan bawa kita ke mana-mana tetapi one fine day bila tengok balik slip keputusan mesti terselit rasa bangga bila kita berjaya excel.
 
Haish, rindu pula kenangan persekolahan.  Saat di mana tiada apa perlu dibebani tapi waktu tu sibuk nak tinggalkan alam persekolahan.  Tak sabar nak jadi dewasa katanya, walhal serius tak best jadi orang tua!
      


nota:  waktu terus berputar....
 
 

Wednesday, December 9, 2015

::Mencari Ruang::

Terlalu lama ruang terbiar sepi!  Mencari arah dalam kemelut berterusan menggagalkan otak separa kreatif untuk terus berfungsi.    

Kesihatan tidak berapa baik seminggu dua membuat saya berfikir dan berkira dalam pelbagai perkara.  Mungkin kerana itu Allah turunkan sakit supaya tenang di pembaringan sambil menimbang seribu satu perkara dilalui.

Entah kenapa hari ini saya di sini.  Barangkali tercuit kerinduan untuk memuntah beberapa patah ayat, mana tau sedikit tuah menyebelahi lantas membuka ikatan kejap yang masih tersimpul hanya dengan mencanai bicara.

It's not easy being me and far hard to be in other shoes.  Tak perlu mengerling cemburu kebahagiaan dan limpah kurnia orang lain tatkala diri sedang diuji badai yang entah bila akan berhenti.

ALLAH itu ada.  Dia terlalu arif dengan percaturan yang dikurnia.  Tiada dugaan hadir di luar batas kemampuan, cuma rahsia disebalik perkara berlaku perlu digali demi merungkai penyelesaian.

Masih relevankah ruang ini buat diri yang agak bakhil untuk berkongsi kisah? Tanpa disedari, ramai juga mula memperlahankan langkah bicara dek putaran masa yang berputar laksana sekerdip mata.  

Nantikan sahaja jika panjang usia, sihat tubuh badan, minda segar mungkin saya kembali rancak kerana tidak dinafikan di sini ianya sebuah meditasi untuk meringan segala terbeban.

Wassalam..




nota:  melalut...