Followers

Friday, December 25, 2015

::Salam Maulidur Rasul::

Assalam,

Cuti panjang ya semua orang? :)  Saya cuti atau tidak tiada biasa kerana agenda sepanjang tahun telah terisi terutamanya hari biasa.  Bukan macam dulu lagi boleh keluar bercuti dari Isnin hingga Jumaat.

Hujung minggu bolehlah rancang, itu pun kalau ada rezeki.  Takpe, nanti satu hari kelak saya kongsi di sini kenapa, so hows your guys holiday?

Seronok betul tengok rezeki rakan-rakan di FB rancak melancong.  Ada yang melancong luar negara sampai ke negara-negara yang boleh tahan mahal.  Rezeki masing-masingkan, Alhamdulillah.

As for me, semalam buat ziarah marathon ke kubur.  Friendlist FB mostly know bout this. Raya hari tu tak berkesempatan tu yang rasa lamanya tak ke kubur.  Sekarang kalau pergi ada list panjang untuk ziarah kubur.  

Bila ada kelapangan apa salahnya.  Satu hari kita akan ke sana juga.  Boleh juga muhasabah diri dan sentiasa beringat betapa kematian hanya di belakang kita.

Awal pagi ke kubur Arwah Nina, Mak & Onyang di Jalan Ipoh.  Boleh tahan semak juga, tak pasti di situ ada orang jaga atau tidak.  Tapi tak adalah sampai susah nak jalan cuma rumput sekeliling dah hebat tumbuh.

Di situ kawasan tanah perkuburan lama.  Banyak juga kubur-kubur yang dah tak berjaga mungkin waris pun dah tiada.  Keadaan pun tak tersusun, bersimpang siur batu nesan. Mujur kubur Arwah Mak, Nina & Onyang berdekatan.

Waktu sampai, tiada orang pun.  Mungkin masih pagi, rasa hening dan sayu.  Rindu pada arwah-arwah menggebu di dada.  Terutama pada Mak & Onyang yang membesarkan dan jaga saya sehingga akhir hayat mereka.  Besar jasa mereka pada kami adik-beradik.

Rindu juga pada adik (Nina).  Selepas solat tak pernah alpa kirim doa meski tahu dia ahli syurga.  Kalau ada hayat dah 27 tahun umur adik.  Mesti dah kahwinkan.  

Tak banyak kenangan bersama Nina sementelah dia pergi di usia kecil, 4 tahun dan saya berusia 12 tahun pada ketika itu.

Selesai ziarah ketiga-tiga kubur, jengah tanah perkuburan Batu Muda pula.  Bersemadinya jenazah ibu Abang juga Arwah Nova, Ijam dan bayi syurga mereka Annisa.

Di sana konsep kubur jauh lebih cantik, teratur dan sistematik.  Allahyarham dan Allahyarhamah dipisahkan mengikut kawasan-kawasan.  Setiap tanah kubur telah bernombor lot dan ada papan penunjuk bagi yang jarang datang.  Hanya perlu ingat nombor lot.

Orang datang berziarah pun boleh tahan.  Ada juga kubur-kubur yang sedang digali, mungkin ada yang meninggal dunia semalam.  Innalillahiwaiinailahirajiun

Senang saja tuju kubur Arwah Mak.  Anak sendiri kalau tak tau memang melampaulah namanya.  Tak perlu ingat nombor lot pun, kaki laju melangkah.

Arwah Mak meninggal sebelum kami berkahwin.  Tak ada rezeki nak lihat anak sulung dia bergelar suami meski waktu hayat selalu berzikir di telinga Abang supaya lekas-lekas naik pelamin.  

Hampir tiga tahun juga Arwah dah pergi.  Saya sempat kenal :) lebih kenal lama kot dari menantu-menantu yang lain.  Kata 16 tahun bercinta!

Selesai di kubur Mak tuju pula kubur Arwah Nova.  Tercari-cari juga sebab ingat-ingat lupa. Terakhir pergi sewaktu hari pengkebumian bulan 5 hari tu.  Berdasarkan ingatan berjaya juga sampai hasil bantuan nombor lot yang diperoleh dari adik arwah.

Saat menghadiahkan Al-Fatihah mengalir airmata.  Yang lain-lain bukan tak sedih cuma dengan Nova ni mungkin baru lagi itu yang tak dapat tahan.  Macam-macam rasa ada, sedih+rindu bersilih ganti.  Rasa kehilangan tu besar sangat.

Cari kubur Arwah Ijam pula.  Waktu nak kebumi dulu, ahli keluarga ada minta mereka disemadikan satu liang tapi peraturan tanah perkuburan situ dah ditetapkan sebab tu asing-asing.

Jenuh juga Imam nak baca talkin sampai tiga kali pada hari mereka dikebumikan.  Dahlah jarak jauh juga antara satu sama lain tapi dah tugas, Alhamdulillah Imam lunaskan tanpa sebarang rungutan.

Nak tergelak juga bila Abang dengan selamba berbual dengan kubur seolah Arwah Ijam masih ada.  I know he missed him a lot.  Ada-ada masa terkeluar dari mulut dia "Kalaulah Arwah ada...."  

Lelaki bukan macam kita.  Mereka simpan rapi rasa hiba di hati tapi semalam bila dah hadiahkan Al-Fatihah berubah juga raut wajah Abang.  Masing-masing terdiam seketika melayan perasaan atau barangkali kami saling mengimbas kenangan bersama arwah sekeluarga.

Ada rezeki panjang umur nanti saya kongsi memori indah kami bersama Arwah sekeluarga. Memang kami tak ada declare BFF ke apa tapi hubungan persahabatan kami istimewa. 

Saya kenal Arwah Ijam dari sebelum dia kahwin lagi malah saya kenal lebih lama Arwah Ijam berbanding Abang cuma tak bertegur sapa.  How I wish to hold those moment so that they will stay longer.  Suratan Illahi, mereka pergi di usia begitu muda.

Maut tak kenal usiakan?  Bila-bila sahaja kita akan dijemput cuma cara bagaimana itu yang berbeza.  Wallahualam...

Alhamdulillah hasrat nak ziarah kubur dah lunas kebetulan jatuh pada cuti Maulidur Rasul. Dah lewat sehari tapi saya tetap nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua Muslimin.

Perbanyakkan berselawat buat Kekasih Allah moga-moga kita akan mendapat shafaat dariNya.  

Tak lupa juga pada rakan-rakan yang sedang menyambut perayaan.  Enjoy your celebration guys and Happy Holiday!

Wasalam..



nota:  nak pergi mana hari ni? 





  


No comments :

Post a Comment