Followers

Wednesday, May 11, 2016

::Borak Kosong Lagi::

Tinggal lagi beberapa minggu Mei 2016 pula melabuhkan tirai kemudian Jun pula menjengah.  It's going to be a busy month sebabnya adik ipar bakal menamatkan zaman dara tak lama lagi.

Lepas ni dah tak ada majlis perkahwinan sebelah Abang.  Tunggu giliran anak-anak buah pula, jika panjang usia dapatlah turut serta :)  Macam tak percaya budak kecil yang saya kenal seawal usia 8 tahun bakal menjadi suri hati sang jejaka pilihan.

Begitulah putaran hidup!  As for me, semua ini tak terasa sebab kahwin pun di hujung usia hehehe....Belum lagi rasa dah tua walaupun hakikatnya, SEDIH!!!  Lagi empat tahun menjengah usia 40 tau seiring dengan Wawasan 2020.

Bila kenangkan usia :( sedih pula rasanya.  Kehidupan saya tidaklah gemilang, senang cerita masih merangkak-rangkak mencari dataran yang kuat tetapi sejujurnya saya tidak pernah kecewa dengan ketentuan kerana Allah lebih mengetahui apa yang tersirat.

Kesibukan dengan majlis kahwin pastinya saya terkenangkan apa yang dilalui dua tahun lalu.  Memang betullah ianya kenangan manis yang tak akan dapat dilupakan tapi azab kepenatan, fffuuhhh....Boleh tahan!!  

Terlalu banyak benda yang hendak diuruskan dalam tempoh begitu singkat.  Walaupun dah buat perancangan teliti serta persediaan awal tetapi semakin hampir pada harinya ada sahaja tambahan kerja.  Tak kuat mental dan fizikal boleh break down.

Alhamdulillah saya tidak berdepan masalah-masalah besar.  Kalau baca di internet pengalaman pengantin dengan pelbagai isu terutamanya berkaitan PENIPUAN memang menggerunkan.  

Mujur saya banyak buat tempahan dari orang sekeliling dan boleh dipercayai.  Sebelum close deal ada juga survey dengan orang luar tapi Allah dah mengarahkan hati memilih mereka yang terdekat.  Lega sangat.

Lagi pun rancangan untuk majlis sangatlah singkat.  Bertunang tak sampai tiga bulan, terus langsungkan perkahwinan.  Tak ada dalam perancangan melalui tempoh pertunangan tetapi bagi menghormati permintaan keluarga kita jalankan sahaja.

Kalau ada masa nanti saya ceritakan semuanya di sini.  Lagi senang kalau buat per-entry.  Manalah tahu satu hari nanti boleh jadi tatapan generasi saya akan datang.  



nota:  ada masa lapang sedikit..


Monday, May 2, 2016

::Borak Kosong Lagi::

Alhamdulillah, musim panas dah beransur pergi.  Hampir setiap hari hujan membasahi bumi.  Syukur sangat-sangat!  Tak adalah badan lemau sentiasa.

Tak lama lagi Ramadhan akan kembali.  Lap peluh sekejap sebab rasa pantas benar masa beredar.  Seriously, puasa lalu tak habis ganti lagi.  Insyaallah mulai esok kena buat force regime.  Mujur tak seperti tahun-tahun ke dahulu.  Tahun lepas hanya 5 hari sahaja!

Inilah manusia, benda yang sepatutnya didahulukan ambil ringan.  Bukan susah pun setakat 5 hari, dalam tempoh seminggu dah settle tapi tetap buat tak endah.

Tahun ni rasanya tak meniaga, buat Popiah Bersira pun bergantung pada permintaan.  Sekarang dah makan gaji, kena beri perhatian lebih.  Nanti prestasi menurun bos tak suka pula.  Bukan tak seronok berniaga nak-nak pendapatan sangat Alhamdulillah.

Sebab itulah Ramadhan bulan penuh rahmat dan keberkatan.  Insyaallah, ada sahaja rezeki menanti bagi yang berusaha.  Berdasarkan pengalaman, bukan senang nak berniaga sambil berpuasa.  Dugaan dan cabaran ffuuhhh!!!  Letih jangan cakap tapi bila tengok hasil niaga habis, lupa semua tu.

Okaylah, nanti sambung semula kalau rajin.  Borak kosong ni susahkan sebab tak ada hala tuju.  Inti pati berterabur sana-sini.  Nampak sangat saya seorang yang membosankan sebab tak boleh nak berborak lebih-lebih.  

Selamat menghabiskan saki-baki cuti Hari Buruh!




nota:  jom solat Asar...

 

 

::Berharap Kau Setia::

Dua tiga hari lepas kecoh di laman sosial seorang gadis dikatakan SMULE dengan bekas kekasih yang sudah berkahwin.  Yang menjadikan gempar sebab gadis tu menangis teresak-esak bila "bekas kekasih" cium pasangannya, konon-konon nak tunjuk rasa bahagia pada gadis tu.

Tapi dah ada penafian pun yang sebenarnya mereka tak mengenali antara satu sama lain.  Budak perempuan tu menangis sebab terharu dengan keromantisan yang ditunjukkan sementelah dia baru putus cinta.  Aduhai, macam-macamkan!  By the way, they are from Indonesia.  Kalau dari Malaysia, sahih budak perempuan tu popular.

Dah terlanjur tengok video tersebut, saya pulak terpikat dengan lagu yang mereka duet.  Gigih dengar berulang-kali walaupun diaorang menyanyi tak adalah sedap mana.  Kata versi karaoke instant, mana boleh tandingi penyanyi asal.    

Otak tak berhubung waktu tu, walhal boleh je cari di YouTube tapi ni dah refresh sikit kepala apalagi kita dengar ulang-ulang versi asal lagu Berharap Kau Setia dari Kumpulan D'Wapinz.  Kumpulan dari negara seberang juga, tapi oklah.  Kitakan serumpun :)

Saya agak susah nak tahu lagu-lagu top dari Indonesia sebab jarang online melainkan kalau lagu tersebut dimainkan di corong-corong radio tempatan.  Once its caught my ears, forever will fall in love.  Makanya tak pasti ini lagu baru atau lama.   

For those who in love, lagu ni memang sesuailah dilagukan.  Ala-ala minta pasangan tu setia. Hehehe... Eh, zaman bercinta dulu-dulu, cinta dan lagu tak dapat dipisahkan.  Kiranya kalau ada lagu yang sesuai mesti nak bagi pada pasangan.  Putus cinta pun macam tu juga.

Agak-agak budak sekarang ada ke gigih nak dengar lagu + hayati lirik semata nak bagi pada Sang Kekasih?!  Kalau tak ada sangatlah rugi rasanya tak melalui momen sebegitu.  Kasih berkekalan atau tidak tu belakang cerita tapi benda-benda sebegini gerenti buat kita tersengih sentiasa bila mengingatkannya.

Okaylah, selamat mendengar dan menghayati! 



BERHARAP KAU SETIA

Aku yang tak pernah bisa
Bila jauh dari mu
Aku tak ingin engkau ada
Di samping yang lain

Bila waktu izinkan
Untuk terus bersamamu
Akukan selalu menjagamu
Di setiap nafas hidupku

Bila kau jauh ingat aku
Dekap bayangku bersamamu
Bila kau dekat peluk tubuhku
Janjilah padaku tetap setia

Aku tak ingin engkau pergi
Aku tak ingin engkau jauh
Aku sangat mencintaimu
Sungguh-sungguh ku cintai mu

Ku hanya ingin kau mengerti
Ku hanya ingin kau fahami
Ku harap kau tetap di sini
Untuk sama-sama setia



nota:  dulu-dulu bagi lagu apa ya? hmm... =)