Followers

Tuesday, October 4, 2016

::Lost a.k.a Hilang::

Setelah sekian lama, hari ini terlintas menjenguk ruang peribadi yang lama ditinggal sepi. I am lost!! Lost within the transition, the best word to described on.  Terlalu banyak perubahan dialami.

Asal nama kehidupan mana pernah kering dari air mata namun hilai tawa bersilih menjadikan hari dilalui mencipta kenangan tersendiri.  Setiap detik ternyata milik mutlak 
Allah SWT.

Andai diberi keizinan untuk terus gagah di sini mungkin ada perkhabaran akan dikirim namun jika sebaliknya segala apa menjadi coretan biarlah terpahat seperti seadanya.

Yang penting Maha Pencipta masih sudi meminjamkan segala apa dimiliki sehingga detik waktu di mana tiada insan bisa ketahui rahsia penamatnya.  

36 tahun bukan tempoh singkat tetapi masih terlalu banyak untuk dicari demi kebahagiaan hakiki.  Sering terfikir adakah 36 tahun lampau tidak diisi sebaik mungkin sehingga masih merangkak dan kerap tersungkur?

Atau ianya bahagian yang telah tertulis sejak di Loh Mahfuz, barangkali juga :) 


nota:  terus berfikir...   

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget