Followers

Saturday, October 22, 2016

::Meriah Viral::

Tanpa disedari "viral" yang sentiasa berada disekeliling kita sudah menjadi sebahagian dari kehidupan seharian.  Setiap hari ada sahaja isu/cerita mahupun video yang bertali arus ditekan butang "share".

Kita sama sekali tidak pernah terfikir akan kehadiran "viral" ini satu hari nanti.  Jika dahulu, kita menggunakan kuasa mulut untuk "viral" kan sesuatu.  Akan ada kumpulan-kumpulan gosip yang takkan penat menyebarkan berita :}

Hari ini, hanya dengan ketukan di hujung jari nah, segalanya terus dikongsi.  Baik vs Buruk, Benar vs Dusta, Sedih vs Gembira, Info vs Berita, Gambar vs Video semua ini akan beredar berpusing-pusing di laman sosial.

Di sinilah tahap akal memainkan peranan.  Pertimbangan sewajarnya harus diambil sebelum kita menjadi sebahagian dari dunia "viral" kerana ianya juga umpama KATA, sekali terlajak tidak akan sama sekali bisa diundur.

Secara jujur seram saya bila melihat pentas "viral".  Sewenang-wenangnya caci-maki menjadi warna utama dari jaguhan keyboard yang kental melampias kemarahan pada sesuatu isu tidak mereka gemari.

Tanpa sebarang usul periksa, apa sahaja terhidang di depan mata akan terus menerima pelbagai reaksi.  Seringkali ketidakadilan akan wujud bila mana hanya sebelah pihak sahaja bakal dihakimi.

Setiap negetif pasti ada sudut positif.   Kita sentiasa inginkan apa sahaja berita sampai secepat mungkin.  Jika boleh janganlah jadi orang terakhir mengetahui apa yang sepatutnya.  Oleh itu "viral" mengambil posisi dan menjadi salah satu sumber dalam sebaran maklumat.    

Acap kali ia juga membantu situasi-situasi cemas serta perlu mendapat bantuan umum.  Hidup di dunia bukan berseorangan, tolong-menolong melalui laman sosial sering juga mengambil tempat.    

Kepesatan teknologi benar-benar menguasai kehidupan.  Betapa kuat kebergantungan kita ke atas kemajuan dunia sosial.   


nota:  sedih sebenarnya...

No comments :

Post a Comment