Followers

Friday, January 27, 2017

::Selamat Hari Jadi::

SELAMAT ULANG TAHUN KE 37 buat diri sendiri.  Setiap kali menjengah tahun baru, hati sentiasa galau memikirkan usia bakal bertambah.  Rasanya semua bayi Januari akan rasa seperti apa yang saya rasa..hehehehe..Denial mode betul!

Apa pun saya bersyukur Allah panjangkan umur sehingga ke angka sebegini.  Waktu sekolah dulu tak pernah terfikir akan mencecah ke nombor 37.  Serasa jauh betul nak sampai ke tahun 2017.

Pejam celik pejam celik sampai juga kitakan.  Lagi tiga tahun di ambang 40 pula!  Hai la usia.  Waktu macam ni rasa nak patah balik ke 20 tahun lampau.  Tak kisahlah nak duduk semula SPM ke kan, sekurang-kurangnya tak banyak masalah nak difikirkan.

Macam banyak benar kemelut dalam diri gaya terjemahnya.  Nama pun kehidupan kalau tak ada itu semua tiada keindahan bakal terpahat di kotak memori.

I never plan for any celebration during my birthday.  Kalau ada yang samba, Alhamdulillah.  Tak ada pun tak apa, no big deal.  No present also it's okay.  I am easily to satisfied but I love to make people happy.  Macam satu kemestian pula sebab itu saya rajin planning sambut birthday family members and close friends.

Walau tiada sebarang perancangan rapi, my family did celebrate my 37 age achievement. Makan-makan sekeluarga, potong kek sebiji dikongsi berdua bersama Manje Yash.  His birthday is on 28th of January so it's look like he will share his birthday cake with me forever.  Ahaks!  

As usual no picture could be share.  Saya bersiaran dari satu laptop ke satu laptop yang lain.  Rumah sendiri tak ada internet, pinjam laptop GM.  Kadang-kadang pinjam hak milk adik.

Sebelum mula mengarang, singgah sebentar ke page Nuffnang.  Am not a committed blogger so for the past few years baru sekali cash out.  Dari 2013 hingga ke hari ini konsep sendu melanda.

Tak kisahlah, saya hanya suka-suka di sini.  More on enjoying and stalking..ngeh..ngeh..ngeh..Don't worry saya tak jaja cerita belakang.  Am not that kind of person but I really salute with those bloggers who have achieved their goals using this platform. 

Back to my birthday, saya hanya mampu mengangkat tangan dan berdoa moga Allah SWT sambut segala doa yang saya pohon dan juga doa-doa ahli keluarga.  Harapnya tahun ini akan memberi sedikit sinar buat kami sekeluarga.

Yes, we are in a doomed for few years.  Struggle and keep struggle continuously.  Andai saya tak bisa kecap kejayaan, biarlah Allah memberi restu untuk suami, ibu bapa dan adik-beradik saya serta beberapa rakan akrab juga yang hebat di duga berubah kehidupan.

For me, Allah beri peluang umur bertambah setahun lagi sudah seribu rahmat.  Ada lagi peluang perbaiki khilaf.  Kita manusia tak sempurna, tergelincir dari landasan itu selalu!

Berhenti di sini dahulu, ada peluang sambung bersiaran lagi :)  Itu juga salah satu doa, nak kuat semangat untuk berblog.  Kenangan yang bisa saya warisi pada sesiapa yang sudi kelak.


nota:  dirahmati...










Saturday, January 21, 2017

::Mengenang dan Memikir::

Assalam 2017 hari ke-21.  Tanpa sedar kita menghampiri penghujung Januari dan bakal berganti ke Februari pula.  Inilah dia namanya masa tidak akan berhenti walau sesaat.

Tiada perancangan untuk berada di sini, just for a while maybe.  Rasanya ramai blogger dah tak meriah macam dulu.  Faktor usia barangkali tapi channel media sosial yang lain juga antara penyumbang kenapa ramai tak update.

Hujung minggu macam ni rakan-rakan buat apa?  Seronokkan dapat bergolek-golek atas katil lama sedikit?  Tapi saya susah sikit, mata dah tune certain hours mesti celik.  Hari-hari biasa bangun awal, bila Sabtu Ahad pun macam tu juga.

Saya tak siapkan pun lagi sambungan entri terdahulu.  Entahlah, boleh diteruskan atau tidak?  Malas betul nak buka laptop sambil jari menari.  Rasa dah makin lembab diri ni.  Huhuhu....

Minggu depan ada cuti panjang.  Masih tiada sebarang perancangan.  Mungkin hanya duduk berteleku di rumah sambil menghitung detik bila agaknya cuti akan sampai ke penghujung.

Zaman sekarang zaman duit.  Segala-galanya perlukan RM RM RM RM!  Bukan Makcik Rosmah Mansor tau.  Am not her fan at all.  Siapa peminat tegar dia saya mohon maaf ya. Perasaan suka atau tidak bukan boleh dipaksa.

Berbalik pada isu RM RM RM, sejujurnya saya takut untuk keluar rumah!  Belum keluar lagi dah terbayang berapa banyak yang bakal terbang.  Tak keluar rumah pun duit boleh mengalir deras apatah lagi berada di luar.

Besar betul cabaran kita di tahun-tahun mendatang.  Nilai matawang Malaysia semakin kecil.  Adakah akan sampai masa suatu hari nanti duit kita sudah tiada nilai?  Takut memikirkan segala kemungkinan.

Sekarang kena betul-betul bijak berbelanja dan rancang kewangan terutamanya yang tiada jaminan pekerjaan.  Bila-bila masa sahaja boleh jadi mangsa kemelesetan ekonomi. Lebih seriau kalau kita ada tanggungan yang ramai :(

Semoga kita akan terselamat dari musibah sebegini.  Saya tau betapa peritnya bila kuasa membeli "kosong".  Saya lalui bagaimana terpaksa ikat perut bagi memastikan apa yang ada mencukupi.

Juga pernah tebalkan muka pinjam duit sana-sini demi meneruskan badai kehidupan yang ganas tanpa henti dan ramai sebenarnya di luar sana ujian datang tanpa henti.  

Lelah di dada bila berbicara soal begini.  Meruntun jiwa mengingatkan pelbagai perihal yang datang dan pergi dalam diri malah kepala tidak pernah berhenti memikirkan apa pula bakal menjelma.

Had to go!  Idea semakin kering dan ayat merapu banyak keluar.  Selamat berhujung minggu!  Enough of "mengenang" dan "memikir" nanti lain jadinya.



nota:  kacau-bilau...