Followers

Friday, June 11, 2021

:Ujian Lagi:

Assalam..

Kali terakhir di sini tahun lepas. Itu pun hati rawan mengenang nasib terkurung. Kali ni ke sini pun dek hati galau.

Buat kesekian kalinya perintah kawalan pergerakan dikenakan kepada rakyat Malaysia. Kali ini kesan lebih mendalam bila terpaksa berhadapan pemotongan gaji secara kekal 50%.

Allah! Waktu dapat perkhabaran, mengalir airmata. Sedih kerana buat masa ini hanya saya yang bekerja. Sumber tambahan pendapatan “0”.

Kelas tuisyen yang dilaksanakan terpaksa dibatalkan ekoran tidak boleh bersemuka 😓 Sejak mendapat keputusan daripada majikan diri berada diawangan membayangkan kelam hari akan datang.

Allah tidak akan memberatkan seseorang dengan sesuatu di luar kemampuan” Saya setuju, faham, tapi untuk terima ujian itu…Allah..

Bukan tidak percaya ketentuan Allah SWT. Saya tahu ramai lagi di luar sana diuji jauh lebih tenat tetapi untuk mengharungi sekali lagi dalam fasa kehidupan sekarang itu yang buat saya berada dalam kedudukan terbawah.

Setelah 3 hari, semangat saya masih belum pulih. Tatkala keseorangan, mengalir air mata. Beberapa tahun di awal perkahwinan, ujian mendatang saya mampu tangani tapi kali ni rasa tewas.

Tak sanggup nak kongsi isi hati dengan insan tersayang. Dia punya beban yang tak semua orang mampu galas. Allah uji dia & dia redha. Tak mampu saya nak tambah lagi 😭😭

Saat ini saya hanya mampu berdoa Allah kuatkan diri & permudahkan urusan mendatang. Allah kembalikan kegirangan di hati ini 😔