Followers

Saturday, January 16, 2010

Kesiannya...

Bila menjengah blog orang lain rasa hebatnya diaorang ni.  Macam-macam cerita yang diaorang boleh sajikan.  Kreatif betullah.  Saya ni, entri baru berapa kerat dah mula tak tahu nak merepek apa kat dalam ni.  Sekejap nak cerita inilah, sekejap nak cerita itulah, sekejap nak ulas yang ini, sekejap nak ulas yang itu.  Tak tentu arah pula rasanya tujuan blog ni.

Cemburu pun ada bila tengok orang sentiasa dapat update.  Ke memang saya ini tidak dilahirkan untuk bermain dengan kata-kata.  Hanya layak menjadi pendengar yang setia.  Aduhai,kasihan!!!  Apa pun nak ucap terima kasih jugalah kepada sesiapa yang sempat singgah di sini walau hanya seketika.  Dah memang sah-sah pun singgah sekejap sahaja kerana tiada sebarang sajian pun untuk pembacaan.

Cuba nasib esok pulalah.  Mana tahu timbul idea-idea bernas untuk bercerita.  Merapu sikit-sikit tu kira bolehlah tapi kalau tersangat merapu rasa macam orang yang hilang arah pula.  Bila selalu merapu takut nanti jadi tepu.  Oleh itu saya dengan rasminya ingin melelapkan mata dan berdoa moga mentari akan menyinari keesokkannya dan meniup semangat baru bagi insan dunia.  Andai mentari melindungi tabirnya paling tidak biarlah kehangatan tetap dapat dirasa...


Friday, January 15, 2010

Entahlah..

Sewaktu mengarang entri ini, hati saya bercampur baur diantara kesedihan dan kemarahan.  Walaupun kemarahan yang terpancar tidaklah berapi tetapi harus diingat diri ini amat benci api kemarahan kerana api yang kecil boleh membuak-buak kerakusannya.  Kemarahan juga antara sifat yang bakal dikuasai syaitan yang sering menghasut akal dan fikiran manusia lalu meninggalkan titik hitam di dalam hati insan yang imannya setakat secubit rasa.


Buat semua manusia yang bergelar insan, berhati-hatilah menggunakan lidah tidak bertulang.  Selembut-lembut lidah bukan tidak boleh merobek hati insan yang lain.  Dalam meniti hayat kedewasaan biarlah akal yang mengatur bicara dan bukannya hati yang sedang bergelodak.  Andai lafaz kata-kata keluar dari sang mulut si muda remaja, saat itu situasi memahami hati muda tetapi bukan di kala usia yang menuntut kemantangan dalam segala sudut.  Mengapa sanggup membunuh kasih sayang dengan hanya kata-kata berpacukan kemarahan??Tidak sayangkah dengan kasih yang selama ini disemai dengan belaian jiwa yang ikhlas??Walau tindak tanduk tidak dapat dibendung lalu melampiaskan kemarahan, mengapa tutur bahasa biadap merencana?? Mengapa dan mengapa itulah persoalannya sehingga hari ini...

Kita umat yang lemah dan terpulang kepada diri untuk memperbaiki kelemahan, tapi jangan jadikan segala kelemahan sebagai kelebihan untuk menghina orang lain hanya amarah yang tidak terbendung.  Bertukar posisi kedudukan dan cubalah selami apa yang dirasai oleh penerima kelancangan kata-kata.  

Maaf seketika buat insan yang gagal mengawal kemarahan itu, tetapi hingga saat ini kepedihan atas kelancangan yang dilakukan masih belum boleh dimaafi.  Walau diri ini bukanlah orang yang berhadapan dengan situasi hakiki tetapi tempias amarah yang berapi itu telah melukai jua hati ini yang selama ini meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap seorang...dan akhirnya hati ini turut berduka dengan segala apa yang telah terjadi

Diri ini berdoa moga antara sesama kita dimaafkan yang Maha Esa atas segala kesalahan.  Andai kemarahan yang dikeluarkan itu berada di pihak benar, diri ini redha tapi...ENTAHLAH....akal fikiran dan hati kudus ini tetap tidak dapat menerima seadanya..... 

(sesungguhnya luahan ini tiada kena mengena antara saya dengan Abang, tapi siapa dan mengapa biarlah ianya menjadi rahsia kami yang mengetahuinya..)

Tuesday, January 12, 2010

Borak-borak AJL


Gambar ihsan dari Google Image

Rasa macam nak bercerita pasal AJL.  Yelah, AJL 24 baru sahaja melabuhkan tirai malam tadi.  Dah 24 tahun rupanya AJL ni bersiaran.  Tak sangka betul!!! Acara tahunan bagi industri muzik yang sering ditunggu-tunggu.  Ini bermakna, AJL seusia dengan Macho Man.  Nampak sangat diri ini dah tuakan.  Kenalah mengaku, lebih-lebih lagi kurang dari sebulan umur tu dah nak menginjak ke satu lagi anak tangga.  Sana sini masih lagi hangat memperkatakan mengenai AJL.  Saya pun rasanya nak berkongsi apa yang saya tahu.

Imbas sikit-sikit mengenai AJL dalam diri saya ni, rasanya tak adalah pelik sangat.  Siaran pertama AJL dan kalau tak silap waktu tu dipanggil Muzik Muzik mungkin saya tak berapa nak ingat bila, tapi dalam kepala ni masih boleh terbayang-bayang peringkat akhir waktu Fransicca Peter menyanyi, Zaiton Sameon menang, Ramlah Ram dengan baju bertuah dan macam-macam lagilah.  Perkembangan industri muzik dalam keluarga kami bukanlah sesuatu yang asing.  Ini kerana Greatest Papa seorang wartawan pada ketika itu.  Mengikuti perkembangan semasa termasuk industri hiburan adalah antara perkara rutin.  Periuk nasilah katakan.  Banyak juga perkembangan arits-artis waktu tu kitaorang sekeluarga tahu.  Bayangkanlah waktu tu, mana ada budak-budak sebaya yang berminat hal ehwal artis bagai dengan keluar lagu barulah, gosip dalamanlah, skandal lagi tapi itu semua bagi kami asam garam industri hiburan.  Atas alasan ini jugalah Greatest Papa pantang kalau ada anak-anak yang tergila-gila nak menceburi bidang seni dan menjadi artis khususnya.

Berbalik pada AJL, yang saya ingat setiap kali peringkat akhir tarikh AJL tu mesti dah tak boleh nak ada hal-hal yang lain.  Appointment dengan AJL lebih penting dari segalanya.  Punya besarlah pengaruh AJLkan.  Walhal Greatest Mama tu bukannya ada beli album artis ke, dengar radio ke tapi dia yang melebih-lebih macam dia yang akan bertanding..he..he..he..Lepas tu kitaorang masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam.  Bukan bakat untuk menyanyi ke apa tapi bakat menjadi juri dan pengkritik.  Yang bagusnya kami bebas memberi pendapat atau merungut.  Kalau benda tu betul Greatest Papa akan menyokong tapi kalau tak betul serta rasa nak berdebat amatlah dialu-alukan.  Mencongak-congak siapa yang bakal menang pun adalah antara perkara wajib sewaktu menonton.  Selalunya Greatest Papa punya tekaan tu hampir tepatlah, jarang tersasar.  Kitaorang ni kalau dulu-dulu selalu tersasar jugalah.  Yelah waktu tu sokong artis berasaskan perkara lain dan bukannya objektif pertanding AJL itu sendiri.  Hensemlah, suara tinggilah, persembahan menariklah dan macam-macam lagi.  Sedangkan kita semua tahu AJL adalah pertandingan lagu tersebut di mana untuk memberi pengiktirafan kepada penulis lirik dan pencipta lagu.

Semakin meningkat usia, semakin kami semua faham dan mengikuti objektif sebenar AJL.  Walaupun berkali-kali ditukar format pertandingan bagi saya AJL tetap relevan untuk terus dipertandingkan.  Ini kerana belum ada lagi pertandingan selain AJL yang memartabatkan usaha penat lelah penulis lirik dan pencipta lagu.  Kalau ada pun formatnya nampak tidak begitu menarik.  Secara terus terang saya tidak pernah langsung mengikuti pencalonan secara mingguan yang bersiaran.  Saya hanya mengikuti AJL bila dah nak sampai ke kemuncak.  Kalau rajin mungkin sewaktu pertandingan peringkat separuh akhir saya akan meluangkan masa.  Tapi itu pun jarang-jarang saya lakukan.  Tahun ni sekali lagi format AJL berubah.  Tiada lagi pengkhususan kategori seperti tahun-tahun terdahulu.  Baik dan buruk tetap ada bagi pengolahan format tersebut.  Tapi mungkin pihak TV3 telah menghalusi segala faktor dan sebagai hasilnya AJL 24 telah berwajah baru.

Kita mulakan dulu dengan yang buruk.  Bagi saya, format baru ini membuatkan suatu genre muzik yang diminati menguasai pertandingan.  Genre muzik yang makin tenggelam akan terus tenggelam kerana peluang untuk dipertengahkan sudah tidak ada.  Macam malam tadi, jelas kategori Etnik Kreatif langsung tidak kelihatan calonnya.  Kebangkitan satu-satu jaluran muzik bakal mendominasi pertandingan kelak.  Ini kerana saya difahamkan pencalonan mingguan adalah berdasarkan undian penonton.  Oleh itu peluang pencipta lagu bagi genre yang kurang diminati amatlah tipis kelak.  Saya faham dunia muzik kita semakin berubah dan kita harus berani melangkah jika mahu setanding dengan negara-negara lain, cuma sayang pula rasanya bila genre-genre muzik lain yang mana mungkin mampu mencerminkan identiti kita sendiri mungkin hilang peluang terus.

Sewaktu pengagihan lagu-lagu untuk pertandingan peringkat separuh akhir juga nampak tidak seimbang.  Ada minggu yang bertanding kesemua lagu-lagunya hebat-hebat belaka.   Ada pula minggu di mana lagu-lagu di  pertandingan sekadar biasa-biasa sahaja.  Oleh kerana format hanya yang mendapat markah tinggi pada minggu tersebut sahaja boleh melangkah ke peringkat akhir, lalu lagu yang berada di dalam kumpulan yang sama-sama hebat terpaksa akur.  Saya ada terbaca beberapa komen mengenai hal ini di akhbar tempatan dan kalau tidak silap ada dua tiga lagu yang sememangnya layak tercicir.  Tapi tak perlu diperbesarkan kerana segalanya pun bersangkutan dengan rezeki.

Yang baiknya pula dengan format baru ini, kalau sememangnya lagu tersebut bagus dan dari jalur muzik yang sama semuanya serta memang layak bertanding berpeluang beraksi di peringkat akhir.  Jelas sekali malam tadi lagu-lagu dari genre Pop sememangnya menguasai pentas.  Kalau format yang lama hanya 4 lagu sahaja mewakili setiap kategori.  Kali ini tak perlu lagi.  Tiket untuk ke akhir adalah kualiti dan bukannya tangkap muat atau hanya ingin memenuhi kuota kategori.

Pemenang juga amatlah sukar diramalkan.  Kalau kategori lama setiap pemenang dari kategori yang dipertandingkan itulah bakal muncul juara.  Kiranya juara berganda.  Tetapi tidak pada format yang baru ini.  Kalau perlu lagu indie yang akan menang dari tempat ketiga hinggalah juara lagu indielah yang akan menang.  Tak adalah kita tengok pemenang juga kira tangkap muat hanya kerana memenuhi format iaitu pemenang bagi setiap kategori.  Bukan itu sahaja, malah peserta pun bebas untuk meletakkan gaya persembahan mereka di bawah kategori mana.  Kalau dulu bila peserta dari kategori balada bila buat persembahan atau penambahan dari segi susunan lagu kenalah mencerminkan kategori yang dipertandingkan.  Tapi dengan format yang ada sekarang, sekiranya persembahan lagu tersebut nak dicampur adukkan tidak menjadi sebarang masalah.  Ini kerana lagu tersebut bertanding atas tiket lagu itu sendiri dan bukannya pengaruh kategori.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita terjemahkan tetapi saya harus mengingatkan diri sendiri supaya jangan meleret lagipun tajuk entri hanya nak borak-borak, tak perlulah kupasan terlalu mendalam.  Berjuntai-juntai nanti ayat disambung-sambung.  Kita balik semula ke cerita peringkat akhir AJL malam tadi.

Terus terang saya katakan tahun ini saya langsung tidak teruja untuk menonton AJL.  Bukan seperti tahun-tahun yang sudah.  Mungkin saya masih lagi terikat dengan format lama lalu apabila melihat senarai lagu akhir saya mula merasa bosan.  Tidak ada satu pun lagu yang saya minat ataupun menepati citarasa saya.  Paling tidak pun saya minat pada lagu Stacy.  Lain-lain tu ibarat suam-suam kuku di halwa telinga saya.  Kesemuanya lagu baru yang jarang didengari.  Tiba-tiba terus rasakan bahawa genre muzik sekarang tidak berkenan di pendengaran cuping saya.  Retro rupanya saya ni.  Bagi saya lagu-lagu lama lebih mampu menyorot pendengaran saya untuk terus mendengar.  Siapa pun yang menang saya tak kisah sebab yakin juri lebih arif.

Dalam tidak teruja saya akhirnya menonton juga walaupun berseorangan.  Semua ahli keluarga saya berkumpul di rumah Puan Ninie.  Kan saya dah kata AJL antara acara tahunan keluarga.  Saya tidak menyertai kerana berniat untuk melompat-lompat siaran sekiranya bosan menonton.  Kalau ke rumah adik nanti hilang hak mutlak remote control.  Mungkin takdir untuk saya menonton AJL kuat, kerana tiada langsung rancangan menarik sepanjang AJL bersiaran.  Kalau ada pun bukanlah pada jam 9.00 malam.  Nak tak nak kena jugalah menonton AJL.

Bila bersiaran jangkaan saya sememangnya meleset.  Pertandingan kali ini amat hebat dan sengit.  Dari pencalonan pertama lagi dah mula merasai bahang pertandingan.  Lagu-lagu dipertandingkan sememangnya hebat.  Setiap lagu yang berkumandang mempunyai peluang sebagai pemenang.  Secara jujurnya pada malam AJL itulah pertama kali saya mendengar lagu Bunkface, Hujan, Aizat, Black dan juga Tomok.  Kalau pun selama ini saya ada mendengar hanyalah sebahagian -sebahagian lagu.  Ini kerana saya tidak pernah mendengar radio Hot FM dan mendengar ERA hanyalah pada carta lagu hujung minggu.  Itu pun kebanyakkan lagu Indonesia yang mengungguli carta ERA.  Saya memandang rendah genre lagu Indie kerana rasa macam menyampah tengok pakaian ahli kumpulan mereka dan kadang kala tidak berkenan dengan identiti yang dibawa oleh kumpulan indie.  Tetapi pada malam tadi lagu-lagu mereka inilah telah memikat saya terutamanya Hujan dan Estranged.  Persembahan pun bukan calang-calang yang mereka persembahkan. 

Peserta yang bertanding memang mempunyai kelas mereka yang tersendiri.  Tapi sayang walaupun saya meminati Stacy, ternyata pada malam tadi Stacy macam gagal memberikan persembahan terbaik dari segi vokal.  Persembahan pentas memang tidak dapat dinafikan kerana bagi saya Stacy adalah "Queen of Stage".  Terlalu bagus persembahan beliau tetapi tidak disertai dengan nyanyian.  Mungkin kalau Stacy blend tarian dengan nyanyiannya, dia berjaya membawa pulang anugerah persembahan terbaik.  Ini kerana bagi saya persembahan terbaik harus merangkumi segala faktor berkaitan di atas pentas serta apa yang dipersembahkan.  Segalanya di atas pentas tidak harus ada cacat cela.  Mutu suara harus seimbang dengan persembahan.

Seorang lagi yang berjaya menarik perhatian saya adalah Black.  Suaranya, sesuatu!!!!Tak sia-sia mentornya memberikan tunjuk ajar malahan rasanya protegenya lebih bagus dari mentor..he..he..he..Sekurang-kurangnya kita tahu industri muzik kita bakal tidak tandus dengan penyanyi yang mempunyai kualiti suara yang baik.  Cuma kemunculan Black di waktu persembahan sebelum keputusan rasanya tidak wajar kerana Black adalah salah seorang peserta.  Dengan menyanyi di waktu persembahan seolah-olah memberi hint bahawa Black bakal menjadi salah seorang pemenang kerana kelebihan yang ditunjukkan.  Kan ramai lagi penyanyi di luar, mengapa harus juga menggunakan khidmat peserta pertandingan akhir.

Saya mula mencongak-congak siapa yang akan menang dan jangkaan saya tepat apabila lagu Aizat berjaya menjadi juara.  Sekali sahaja saya dengar lagu tersebut dan menghayatinya, lagu tersebut seperti wow!!!  Setiap bait liriknya cukup bermakna.  Susunan muzik pada malam tadi juga cukup menarik apabila menyuntik elemen-elemen yang amat berbeza.  Idea menggabungkan keunikan nyanyian penyanyi berbangsa India serta bunyian alat muzik berunsur kaum cina sememangnya memberi kelainan dan kesegaran.   Ditambah pula dengan magis lirik yang disusun amat teratur rimanya mengandungi maksud yang mendalam. 

Bagi saya sebuah lagu akan menjadi begitu indah jika bait-bait liriknya cukup puitis serta mempunyai bunga bahasa yang tinggi serta sampai mesej kepada pendengar dan disulami pula dengan keindaha susun atur muzik yang menggabungkan pelbagai unsur dalaman muzik sehingga memberikan sentuhan berbisa di hati pendengar.  Ditambah pula dengan kelunakan suara penyanyi yang berjaya menghayati dan menyelami apa yang ingin disampaikan oleh penulis serta pencipta lirik.  Ternyata Aizat berjaya melaksanakan tugas dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pencipta lagu serta penulis lirik.  Saya tidak berpeluang menonton Talentime lagi dan rupanya lagu ini merupakan lagu tema untuk filem tersebut.  Allahyarham Yasmin Ahmad sememangnya mempunyai citarasa yang tinggi dalam menghasilkan karya seninya.

Apa pun segalanya sudah terjawab.  Tak perlu rasanya saya senaraikan satu persatu pemenang kerana semuanya telah pun diketahui.  Bagi yang tidak berpuas hati terimalah dengan hati terbuka.  Kalau kita yang melihat tidak berpuas hati cuba fikir mereka yang bertanding.  Adat bertanding ada menang ada kalah, kalau semuanya nak menang siapa pula yang nak menduduki kerusi tewas.  Yang penting kita sama-sama menyokong industri muzik hiburan tanah air.  Kita memang tidak mampu menyaingi negara-negara Barat tetapi biarlah industri kita ini dipandang tinggi oleh rakyat sendiri.  Siapa lagi yang mahu memartabatkan hasil kerja anak seni orang kita kalau tidak kita sendiri.  Yang pasti AJL akan terus menjadi platform bagi mereka ini yang menghasilkan ciptaan yang bermutu tinggi.  Apa pun tahniah kepada pasukan AJL 24 kerana berjaya menzahirkan AJL kali ini dengan berjaya dan ianya ternyata sebuah program yang bagus walaupun terdapat gangguan sewaktu Jeffry Din membuat persembahan

(Apa yang dikongsi pada entri kali ini adalah pendapat peribadi dan tidak untuk menyerang sesiapa yang membaca.  Andai salah apa yang cuba disampaikan maka salahkan saya, ini kerana saya tahu apabila melibatkan artis tertentu sesetengah individu mempunyai pendangan yang berbeza.  Saya tidak mahu hanya secebis pendapat boleh membawa permusuhan berkekalan...)

 


Sunday, January 10, 2010

What La???!!!

Almost everybody knew that I am free now.  This is the moment I've been waiting.  Not that eager but of course what ever that we've been working on will come to the end.  Now I don't have to steal some time to blog, its up to me.


But, seriously I'm not in a mood to blog.  No mood at all!!!  This is why human are so complicated.  Difficult to understand.  When there's a time you just waste it but when the time is not yours, you try harder to get it although only for a few seconds and I am the normal human being same as you.



I still figuring and sorting something.  What is it let it be, it doesn't involve any surrounding.  Hmm...since we are still in January why don't we share our resolutions.  Mine, the 1st thing in my list is to make useful of my gym membership.  Since for the last few months I am not that serious while work out so this will be my 1st of the list.  Am turning 30th and getting older, better start now before to late.  Concerning on health is my priority. 

Do I have anymore resolutions??  Yes but not that hurry to let you guys know bout it.  Later if theres any chances than you will get to know.  Thinking of bed time already.  See you guys soon until I get back my blogging spirit and by the way on Monday I wish to announce officially my blog address.  For your info, until today nobody knows that I involve with blogging world.  Only my family members and a few close friends.  Still no guts to let know my pages but gonna shout out this time.  Hope that readers numbers will increase.

Pray for me at least long life so that we can get to know each other better... :)


     

Wednesday, January 6, 2010

I'm Stuck...

I have one more paper to go and one final assignment need to submit but till this moment the only thing that I have is a BLANK PAPER and a BLANK MIND.  I'm stuck rite now.  What should I do??  My body is infront of this cute lappy but my mind flies away. 

Its a 1st sixth day in 2010 and I lost in my world.  No spirit at all to start my day.  So phethathic rite if u by yourself dosen't know what to do in your life.  I have to wake up.  Nothing bothering me at all, it just that myself.  Maybe because of the exam swing mode.  Whatever it is the date is coming and no avoidance.  Neither yes nor No I need to face it.  As a conclusion, I really need to stop a while my surfing habits.  No FB, no Blogging, no Wiki, no..no..no...until 8th of January.  At the moment I close my answer sheet for that night than I will be free.

Deary friends and beloved readers, pray for me.  Hope nothing will turns on until I settle my responsibilities. I'm going towards the end of my study path.  Several years being struggling its not a problem to me but to strive for one more day...really challenge my ability.  I belief in myself and I know that I can do.  Yes!!!I will do..after all its for my own future rite??

And now I can feel the vibes.  I gonna start my works immediately.  Please don't leave my deary spirits.  I'm ready to make my move.  You guys wanna know, put some words here really helping me.  Now I've got new strategy to motivate myself, by "WRITING IN MY BLOG"!!!!

See u guys.... :D








      

Tuesday, January 5, 2010

Sana..Sini...Situ...Melaka -Bhgn 6-

Rasanya ini akan menjadi bahagian terakhir untuk cerita perjalanan ke Melaka yang dilakukan hampir dua bulan yang lalu.  Akhirnya sampai juga ke penghujung.  Itulah adat dunia namanya, setiap yang bermula pasti akan berakhir cuma kita tak pasti bila.  Wah, hanya kerana nak menghabiskan cerita sanggup letak madah pujangga bagai.  Bukan apa, terlalu lama rasanya drag cerita tersebut sehinggakan diri sendiri pun dah bosan serta tertanya-tanya bilalah agaknya akan berakhir.  Oleh itu, inilah masanya...Banyak lagi cerita yang beratur dalam senarai entri.  Entah terlaksana ke tidak untuk publish nanti kita tengok sajalah nanti.

Sambungan....

Dapat sahaja bilik, kitaorang semua tak lama pun memanjakan diri di atas katil walaupun kalau ikutkan hati masing-masing mahu sahaja melelapkan mata barang seminit dua.  Tapi nak buat macamana, saya dan Ayu Bam Bam perlu membuat proses membeli belah sedikit memandangkan kitaorang tidak mempunyai apa-apa langsung persediaan untuk bermalam.  Selesai hantar barang dan memeriksa bilik, kami berlima terus keluar semula dan menahan beca untuk ke pusat membeli belah Dataran Pahlawan.  Seronok jugakan bila menggunakan beca sebagai kenderaan perantaraan, rasa macam orang dulu-dulu pula.  Terus feeling ala-ala filem Penarik Beca.  Kalau ikutkan mula-mula kitaorang nak jalan kaki sahaja dari hotel ke Dataran Pahlawan, tapi masing-masing pun muka dah lesu baik naik beca sahaja.  Naik kereta kirim salamlah.  Punyalah sesak Bandar Melaka tu, dari elok-elok makan masa 5-10 minit boleh sampai nanti jadi setengah jam baru nak sampai.

Turun sahaja dari beca, saya dengan Ayu Bam Bam macam lipas kudung mencari barang.  Diaorang yang lain-lain tu kenalah tunggu sekejap sementara kitaorang berdua memilih barang.  Dalam kitaorang sibuk memilik barang isteri Ejump aka Nova pun ambil kesempatan jugalah mana tau boleh membeli mana-mana yang berkenan.  Tapi yang kitaorang paling seronok tengok Si Miera Menyut-Menyut.  Ke sana sini dia berlari-lari.  Seronok sangat dia dapat lepas dari dukungan mak ayah dia.  Kejap nampak dia kat depan, sekejap nanti kat belakang kitaorang, merata-ratalah dia jelajah.  Siap membeli barang keperluan, diaorang ambil keputusan untuk jalan kaki pulang ke bilik hotel.  Antara tujuan utama berjalan kaki supaya boleh menyinggah mana-mana kedai makan yang berkenan di hati.  Yelah, sepanjang hari baru makan sekali sahaja iaitu di kedai asam pedas Haji Isenin.  Sampai nak pukul 9 malam perut belum diisi lagi.  Mestilah dah meronta-ronta minta diisi.  Selain tu, boleh sambung berjalan-jalan sekitar Bandar Melaka.

Jalan punya jalan sekali Ejump ternampak kedai Fish Spa.  Dia yang tak pernah cuba terus nak mencuba untuk pertama kali.  Lagipun harga yang ditawarkan memang berpatutan bagi yang pertama kali mencuba.  Saya dan Abang ok saja, yelah kitaorang memang selalu pergi Fish Spa di KL.  Tapi ikan yang ada dalam tu memang tak memuaskan hati.  Kecil sangat.  Yang besar adalah dalam 3-4 ekor sahaja.  Nak dekat setengah jam jugalah kitaorang tersangkut di Fish Spa tersebut.  Lagipun pekerja di situ beri muka sikit, bolehlah berlama-lama merendam kaki.

Selesai sahaja di Fish Spa terus menaiki bot menyusuri Sg Melaka.  Saya pernah naik sekali tapi bukanlah di waktu malam.  Sememangnya pengalaman menaiki bot tersebut di waktu malam amatlah berbeza.  Sepanjang menyusuri Sg Melaka, mata di saji dengan keindahan lampu yang mengerlip-ngerlip sepanjang perjalanan.  Perjalanan yang mengambil masa 45minit serta ditambah dengan kedinginan angin malam memang menyamankan pemandangan.  Kalau dulu bila nak menaiki bot ini, kena tunggu air pasang serta air tinggi baru bot boleh bergerak.  Tetapi sekarang tak perlu lagi.  Kerajaan negeri Melaka telah membuat seperti empangan supaya air sentiasa dikawal parasnya dan cukup tinggi bagi laluan bakal disusuri oleh bot-bot tersebut.

Perjalanan bot tersebut akan membawa penumpang sehingga ke kawasan Kg Morten iaitu kawasan perkampungan orang Melayu di Melaka.  Perkampungan ini adalah perkampungan Melayu lama dan sehingga hari ini, kerajaan memberi peruntukan khas supaya penduduk dipersisiran sungai tersebut terus memelihara nilai tradisi masyarakat Melayu Melaka.  Rumah diaorang memang cantik semuanya.  Tapi sayang tiada gambar yang dapat dikongsi bersama sebab sebenarnya kitaorang dah keletihan untuk bergambar.  Selain itu, sewaktu menaiki bot, kami menyedari ada satu kawasan baru khusus untuk tarikan pelancong-pelancong yang datang.  Kawasan tersebut mempunyai air pancut dan air pancut tersebut akan mengeluarkan air serta lampu mengikut lagu-lagu yang telah ditetapkan.  Ramai juga orang yang ada di situ, kitaorang cuma menikmatinya dari dalam bot sahajalah.  Tapi memang cantik air pancut tersebut.

Antara gambar-gambar yang sempat kitaorang ambil tapi tak banyak hasilnya sebab masing-masing dah hilang mood untuk bergambar kerana kepenatan


Bergambar sebelum menaiki bot.  Itulah botnya di belakang kitaorang tu


Bergambar di dalam bot berlatar belakangkan lampu-lampu yang berkerlipan


Mama dgn Papa Miera Menyut-Menyut dah tak boleh nak pandang kamera kerana kepenatan tapi anak diaorang boleh saja.

Turun sahaja dari bot nak dekat pukul 11.30 malam.  Menggelupur cari kedai makan.  Terus cari kedai makan untuk mengisikan perut yang kosong.  Oleh kerana dah tahap kebuluran kitaorang main belasah sahaja kedai yang mana janji boleh makan.  Nasib baik makanannya Alhamdulillah sedap. Dalam perjalanan  menuju kedai makan sempat jugalah kitaorang susuri pasar malam Baba Nyonya tapi tak membeli apa pun.  Nafsu membeli dah tertutup sebenarnya sebab penat.  Dalam kepala masing-masing terbayang tilam serta bantal nan empuk.   Selesai memenuhkan perut terus balik hotel.  Sampai hotel memang semua surrender terus tidur tak sedarkan diri.

Esok pagi, kitaorang bangun sarapan pagi cuma Ejump sahaja yang tak ikut.  Penat malam tak hilang lagilah tu.  Sambil bersarapan sempat lagilah kitaorang berfoto-foto dan hasilnya:


Dua beranak yang belum mandi tapi dah tak tahan nak bersarapan pagi


Gambar syok sendiri Ayu Bam Bam


Muka suci murni di pagi hari


Seriusnya lah bercakap macam hal penting sangat


Walaupun hanya sarapan pagi tapi kitaorang tetap bersemangat dalam bab makan-makan ni.  Tak kalah punya

Selesai sarapan, kitaorang balik bilik sambung rehat-rehatkan badan.  Luruskan mana urat-urat yang tersimpul dek kerana penat berjalan semalam.  Lebih kurang pukul satu kitaorang bergerak keluar dari hotel terus balik KL.  Apa pun memang seronok jugalah percutian mengejut macam ni.  Sebabnya masing-masing kepala semua ok.  Boleh masuklah kiranya kitaorang berlima ni walaupun Ejump tu ada anak kecilkan.  Diaorang suami isteri memang sempoi gila.  Lepas ni boleh kita pergi lagi berjalan-jalan ok.  Tapi tolonglah buat perancangan betul-betul kesian kitaorang ni nanti.


Bergambar kenangan sebelum pulang meninggalkan hotel


Cantikkan kerusi antik ni?  Puas bergambar kitaorang melambaikan tangan kepada Negeri Melaka.  Ada rezeki kitaorang pasti akan datang lagi

Alhamdulillah, selesai jugalah jurnal perjalanan ke Melaka.  Sepanjang menuju penghujung tahun 2009, adalah juga beberapa tempat yang kaki ni sempat singgah.  Insyaallah kalau ada rezeki nanti kita bercerita kelak di sini.  Tapi harap jangan jemu kerana huraiannya meleret-leret.







SELAMAT TAHUN BARU!!!

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU semua!!!!  Walaupun telah berada selama 5 hari di 2010, kita tetap berada di dalam keceriaan tahun baru.  2009 telah kita tinggalkan dan sekarang kita bersama mendaki angka 2010 dari hari ke hari.


Moga hari-hari yang bakal mendatang menjanjikan seribu erti kehidupan buat bekal kita menuju pengakhiran hayat.  Semalam yang ditinggalkan telah menjadi sejarah, detik kini yang ditempuh bakal menjadi sejarah dan perjalanan di hari muka bakal mencatatkan suatu sejarah.  Sebagai insan yang maha kerdil, kita pohon segala yang baik dari Allah SWT namun andai ada kecacatan serta ketidak sempurnaan yang diperoleh jangan terus berputus asa.  Redha dengan hati yang tulus menerima segalanya sebagai sebahagian agenda yang telah dititipkan DIA kepada umatnya.   

 Ini merupakan entri pertama di tahun baru.  Harapan dan impian biarlah dikurniakan idea-idea serta keinginan berterusan untuk terus menarikan jemari di papan kekunci komputer riba.  Semoga kita bersama-sama dapat manfaat dari kecanggihan dunia tanpa sempadan ini.



Marilah kita sama berdoa moga 2010 akan menjadi lebih baik dari sebelum-sebelumnya...INSYAALLAH!!!


Semoga tarikh-tarikh ini akan dilalui dengan penuh semangat serta keindahan kehidupan


Wednesday, December 30, 2009

Y.E.S.

YES sana YES sini..merata-rata YES..tp apa yang nak dikongsi ni bukanlah YES yang untuk membeli belah sakan.  Kalau YES tu, kena ada duit berkepuk-kepuk barulah boleh menikmati erti sebenar YES.  Tapi kalau duit tu yang ada setakat cukup-cukup sahaja YES jadi hambar.  Tak memberi sebarang makna pun.  Apatah lagi ni hujung-hujung tahun ni ramai yang mengambil kesempatan!!!Saya sendiri tak berkunjung pun ke mana-mana pusat membeli belah sempena YES walaupun dalam hati tu, teringinlah juga sebenarnya.

YES yang dimaksudkan di sini sebenarnya adalah (YEAR END SYNDROME).  Sana sini YES melanda.  Kebutlan pula tahun 2009 ni, nak sampai ke penghujung tahun, setiap Jumaat mesti ada cuti umum.  Bertambah-tambah penghidap YES ni.  Macamana nak kenal pasti andalah pembawa YES?  Antara gejala-gejala YES:

  • Kalau selalu bangun pagi, pantas sahaja melakukan segala rutin.  Kalau boleh lagi cepat lagi bagus.  Tetapi apabila menghidap YES, segalanya bergerak secara lambat di waktu pagi sehinggakan nak masuk bilik air pun rasa macam bercinta

  • Masuk pejabat sahaja muka mesti mencuka.  Tengok kiri kanan depan belakang semua orang menghilangkan diri.  Ada yang bersambung-sambung cutinya.  Diri sendiri cuti dah habis tengah-tengah tahun, kenalah jadi budak baik duduk di pejabat
  •  
  • Angkat telefon di pejabat pun malas, kalau boleh rasanya tak nak dengar langsung telefon berbunyi 

  • Setiap kerja yang datang mesti tengok deadline.  Agak kalau lama lagi, semua tolak tepi.  Lagi bagus kalau deadline tahun depan baru ada semangat sikit nak kerja nanti.
  • Bila kita nak cari seseorang, sentiasalah tak ada.  Hari ni A tak ada, esok B tak ada, lusa C tak ada 

  • Sana sini asyiklah berborak destinasi percutian.  Nak pergi sanalah, nak singgah sinilah.  Cerita gosip hangat diberhentikan buat sementara.
  •  
  • Kejap-kejap buka internet, tengok tempat mana yang menarik sambil berkira-kira hal belanjawan serta kesempatan masa.
  •  
  • Baby sitter semua tutup pintu.  Lebih kurang seminggu jugalah ibu bapa mengagau nak mencari tempat nak menumpangkan anak-anak.
  •  
  • Apa yang diberitahu asyiklah lupa, tapi cuba cakap nak pergi ke sesuatu tempat, terus sahaja melekat dalam kepala
  •  
  • Suami isteri atau pun pasangan kekasih asyiklah bergaduh.  Rupanya tak bawa pergi berjalan-jalan.  Ini kes pasangan tak faham isyarat yang diberi
  •  
  • Dengar sahaja orang pergi bercuti, hati tu sakitlah amat sangat.  Padahal orang tu setakat pergi bercuti ke Zoo Negara sahaja.
  •  
  • Gambar percutian melambak-lambak di muat naik di dalam FB, Myspace, Blog serta yang seangkatan darinya.
  •  
  • Kepala asyik ingat CUTI..CUTI...CUTI...biarpun tak ada ke mana-mana, dapat cuti duduk rumah pun jadilah.  Janji kena cuti
  •  
  • Duduk depan TV, tangan tak lepas dari remote control.  Kejap tukar channel lain, kejap lagi tukar lain pula.  Lepas tu mengeluh bosan dan terbayang seronoknya duduk tepi pantai
  •  
  • Bengkel kereta mesti penuh dengan kereta yang nak kena servis.  Yelah, nak jalan jauh kenalah pastikan keadaan kereta supaya tak susah di tengah perjalanan
  •  
  • Asal nak masuk hujung minggu sahaja, jalan raya mesti sesak.  Orang berebut-rebut nak keluar bercutikan
  •  
  • Rating orang melawat blog jatuh sikit dari segi peratusan.  Yelah, ada yang pergi bercuti tak bawak laptop bagai 

  • Tuan punya blog mesti lambat kemas kini blog masing-masing.  Sibuk bercutilah katakan
  •  
  • Berat badan terus menerus bertambah kerana selera makan memuncak atas alasan tekanan kerana tidak dapat berjalan..SEPERTI SAYA!!!!

Kalau anda semua berada di dalam satu kategori di atas, anda juga dilanda YES.  Tanpa rasa malu, saya mengakui saya memang berada di dalam YES.  Segala apa yang nak dilaksanakan semuanya malas.  Sampai nak makan pun rasa malas.  Dahsyat betul penangan YES ni pada saya.

Kepada kawan-kawan yang di landa YES, redhakan sahaja sebab tak lama dah pun lagi nak berada di tahun 2009.  Dalam tempoh 48 jam dari sekarang bersiap sedialah kita menyambut kelahiran 2010 dengan penuh kegembiraan serta bersemangat baru dan moga gejala YES ini akan memberi kepuasan kepada diri masing-masing dalam melengkapkan perjalanan 2009.

Selamat ber "YES" semua!!!

Monday, December 28, 2009

Sana..Sini...Situ...Melaka -Bhgn 5-

Sementara ada masa ni, baik rasanya melunaskan hutang untuk menyambung kembali siri Melaka.  Dah masuk bahagian 5, bagi sesiapa nak tahu yang lepas rajin-rajin godek senarai entri.  Tapi hari ni nak buat recap sikit rasanya 4 bahagian yang lepas.  Sekurang-kurangnya bagi sesiapa yang baru menjengah bolehlah mendapat panduan terpimpin.

Bahagian 1 - Tujuan utama menyinggah ke Melaka
Bahagian 2 - Episod makan-makan yang menyelerakan
Bahagian 3 - Menara Taming Sari
Bahagian 4 - Pengalaman Duck Tours

Pecahan cerita bagai nak rak tapi sebenarnya segala apa yang dilalui tu dalam tempoh satu hari je.  Dasyatnya saya ni kalau nak bercerita.  Panjang meleret macam mak nenek gayanya.  Apa lagi, kita terus ke sambungan episodlah sekarang ni.

Lepas sahaja turun dari menaiki Duck Tours, tiba-tiba sahaja Abang beritahu nak bermalam di Melaka.  Alamak!!!!Mana boleh!!!Saya mana ada persediaan untuk bermalam, lagipun keesokkannya hari Ahad tu saya ada kelas.  Tapi bila dengar Abang cakap macam tu, tak naklah tunjuk rasa tak setuju sebab yakin dia pun main cakap je.  Lagipun E-jump satu keluarga pun mesti tak buat persediaan untuk bermalam.  Ayu Bam Bam dah tanya-tanya "Biar betul??"

Keyakinan saya dimatikan bila E-jump sekeluarga kata diaorang memang ada bawa baju tambahan sekiranya tiba-tiba tak jadi balik KL.  Apa lagi, terkejut beruklah saya dengan Ayu Bam Bam.  Rupa-rupanya diaorang ni memang dah ada ad-hoc planning.  Nak dijadikan cerita, dalam setengah jam selepas Abang kata nak bermalam di Melaka, rakan sekelas hantar sms mengatakan kelas esok batal.  Pensyarah masuk hospital.  Eh, kebetulan pula ye..  Setelah semua yang ada memujuk saya untuk bermalam di Melaka, saya pun bersetuju.  Antara alasan yang diaorang gunakan bila diaorang kata banyak lagi tempat yang belum dijelajah.  Kiranya macam tak puaslah.  Lagipun keadaan hujan membantutkan pergerakkan kami di sana.

Bincang punya bincang, akhirnya saya pun bersetuju tapi kena keluar duit lebih sikitlah.  Sebab saya dengan Ayu Bam Bam langsung tak ada persediaan.  Terpaksalah kitaorang membuat aktiviti membeli secara mengejut.  Susah jadi perempuan ni, banyak perkara nak kena ada walaupun nak tidur untuk satu malam.  Kalau lelaki tu lainlah.  Ikut mana yang ada sajakan.  Bila kata tak jadi balik KL, apa lagi makin panjanglah langkah masing-masing.  Nak ke sana sinilah jawabnya.  Kiranya habis jugalah kitaorang tawaf satu Bandar Hilir tu dengan berjalan kaki.  Boleh pula bila setuju nak bermalam je, terus hujan pun berhenti.  Peluang yang ada tu, kitaorang gunakan sebaik mungkin.  Kiranya pergerakan tu dah tak terkejar-kejar sebab tahu nak buat apa kelam kabut.

Untuk memudahkan cerita, apa kata korang semua layan gambar yang kitaorang ambil ni.


Ambil peluang menaiki beca.  Disebabkan kitaorang ni badan semuanya comel, terpakslah menyewa 3 buah beca.  E-jump sekeluarga sebuah beca, saya dan Ayu Bam Bam sebuah beca dan Abang jadi lone ranger dengan sebuah lagi beca.  Tapi sayang, gambar-gambar menaiki beca tak sempat nak ambil.

Penemuan bukti sejarah baru di Melaka.  Tengah diaorang sibuk-sibuk gali lubang nak pacak tiang, sekali terjumpa kawasan ni, terus dibatalkan perancangan pembangunan di kawasan ni.


Kincir Air yang dibina di Sungai Melaka



Muka Menyut-Menyut yang kepenatan walaupun bersilih ganti orang yang mendukungnya


Gambar ini ditangkap pada waktu senja, kitaorang dalam perjalanan nak menghala ke tempat letak kereta.  Antara tarikan terbaru di Melaka terutamanya kanak-kanak



Mengabadikan gambar kami berlima, minta tolong orang yang lalu lalang di kawan tersebut.  Terima kasih pada yang sudi membantu kami...



Berlatar belakangkan replika kapal dagang yang terkenal di Melaka.  Saya mempunyai info pengetahan mengenai kapal tersebut, tapi nanti kalau kongsi di sini tak ada siapa lagi nak pergi singgah di kapal tersebut.  Oleh itu korang kena pergi sendiri ke kapal tersebut bila sampai di Melaka dan dapatkan pengetahunan mengenai kapal tersebut.  Tak salah menambah ilmu di dada


 

Tiga gambar di atas tiada motif, cuma Abang kata tak payah pun pakai kamera bermuncung panjang kerana hasil dari kamera kitaorang pun dah cukup cantik.  Tapi saya tidak pernah pun terniat untuk memiliki kamera DSLR yang menjadi kegilaan masa kini.  

Lepas dah puas berjalan, kami terus pergi mencari hotel.  Terlupa pula yang waktu tu musim cuti sekolah.  Susah jugalah mencari hotel.  Sekiranya tak mendapat bilik malam tu, memang kitaorang akan balik KL jugalah.  Cari punya cari, akhirnya saya mencadangkan pergi menjengah HOTEL PURI.  Hotel ini berada di kawasan deretan kedai kaum Baba Nyonya.  Saya memang suka ke hotel ni kerana keunikan yang ada pada Hotel Puri.  Hotel Puri juga mempunyai muzium mini berkenaan masyarakat Baba Nyonya.  Walaupun bertaraf 3 bintang tetapi, kepuasan yang saya dapat melalui hotel ini selalunya mesti 5 bintang.  Memang rezeki kitaorang pun, kebetulan sebuah family room yang baru dibatalkan tempahannya.  Kitaorang pun ok sahajalah, maka beramai-ramailah kitaorang di dalam satu bilik yang memang besar.  Maaf tak sempat nak ambil sebarang gambar sewaktu tiba di Hotel Puri kerana masing-masing dah penat dan dalam tempoh satu jam, kami mempunyai agenda yang lain pula...BERJALAN-JALAN LAGI!!!!

Kita sambung bahagian yang lain pula ok!!!
 

Belum Selesai...

Peperiksaan akhir semester telah diduduki dan berbaki 1 kertas lagi iaitu pada 8hb Januari.  Terasa ringanlah juga beban yang ditanggung tetapi masih belum selesai lagi.  Belum boleh berada di dalam kedudukan yang selesa.  Tapi, bolehlah kalau nak curi-curi sikit masa tu untuk menjengah ke muka surat sini.  Memanglah kalau boleh niat dihati nak sangatlah buat entri banyak-banyak dalam satu hari.  Tapi tak boleh terburu-buru, nanti perkara yang harus penuh perhatian akan terabai kelak.

Dalam curi-curi masa, rasanya sepanjang minggu lepas adalah juga 2-3 entri yang berjaya di muat turun di sini.  Budaya blog dah semakin menular.  Sana sini pengikut blog cuba memberi komitment yang tinggi.  Sebaik mungkin nak mempersembahkan sesuatu yang bermutu mengikut piawaian sendiri.  Terus terang saya katakan, setakat hari ini saya masih belum lagi mempelawa sesiapa pun untuk mengikuti nukilan siber ini.  Hanya setakat ahli keluarga dan kawan-kawan yang betul rapat.  Antara sebab saya belum menghulurkan jemputan kerana saya tahu, masa saya untuk terus membawa cerita-cerita adalah sangat terhad.  InsyaAllah selepas selesai semuanya, saya akan menghulurkan jemputan salam rasmi untuk sesiapa yang berminat mengikuti jejak bingkisan ini.

Kepada sesiapa yang tidak sengaja telah menjengah laman ini dan mengikut secara senyap, terima kasih diucapkan.  Mungkin satu masa, ada rezeki kita berkenalan dengan lebih rapat dan mencapai antara objektif laman sesawang ini iaitu, menambahkan kenalan siber samping berkongsi suka duka.  Pujian dan kritikan saya terima seadanya kerana bersifat optimis adalah tunjang kehidupan saya.  Pujian diterima dengan hati yang terbuka dan sentiasa berdoa supaya saya tidak akan terus lalai dengan kata-kata manakala kritikan di terima dengan senyuman ikhlas kerana kita adalah manusia biasa yang tidak sempurna di sisi Allah.

Teruskan menjejaki langkah bagi yang sudi kerana buat masa ini saya belum lagi selesai menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang bergelar PELAJAR...

Help Me...

Asking for a favour or who ever can help me..Please let me noe if anybody can do recovery data from "kaput" external hard disc.

Last 3 month accidently my external hard disc fell down and as we noe, external hard disc weeknessess...dont ever falls it.  Once I saw it on the floor I noe already I will loose it 4eva.  The only thing that I wanna do is to get back all the data has been saved in it.  Basically, nothing important inside the external hard disc but I did saved all my pictures inside of it.  I love all my pictures.  Since ever digital camera become a trend, all my picture was saved.  Please!!!Please!!!Please!!!!Who ever can help me please let me noe...I'm begging...

I did asked a few places but cost 2 recovery the data killing my neck.  There is one place would like to charge me RM1200.  When I asked the guy opinion, he said that is market price.  2nd person that I asked, he said almost RM700.  So expansive ma!!!!I dont mind if the charges around RM200++.  I dun have any contact person in this line thats why I seek for some one 2 help me.  The data that I need 4 recovery only 2 gb.  I dont bother if the hard disc cannot repair but I need the data!!!!

HELP ME IF ANY!!!!Or I'm gonna lost all my precious memorable moment...hwa..!!!!!

Friday, December 25, 2009

Within the cycles...

What are topic says about??No idea why those sentences could be appeared or maybe I have jumbled up my phrasing since due to technical problem. Hmm...I think so, because I just complete done my revision on business cycles so it couldnt erase from my mind..he..he..he...

Its actually about holidays.  Thats why I come out with cycles words since my post will be in the same topic as before, "Holiday"...Dont worry readers, no complaining at all from this post.  Just blaming myself to make such a fool decisions and what I earned worth it..huh..huh..huh...Today I am staying alone at home.  Everybody was dissapear, just like Home Alone Movie...he..he..he..Why am I staying alone?? because tomorrow is my exam day and the exam its early in the morning.  Is that a strong reason that can I give?? again the answer is no.  I am left alone because I have not done any revision at all.  If I did it earlier than I will not left alone.

Moreover, I have assingment to be submitted tomorrow and guess what?? I havent finish yet compile my assignment and this is the main reason.  Allah give us enough time actually to do all things but I keep on delay and I now facing the effects.  My family was enjoying the day and my comment is "No Comment".  Its all my fault rite.  If everything done earlier I should have not to worry to leave my notes behind any enjoy with them...hwa...hwa..hwa...Hope to learn from my mistake in future. 

They are going to PD and its actually not a proper plan.  Pn Ninie just popped out some plans and it turns to be reality.  Ayu Bam Bam was away to Singapore with my best friend Fieza.  She also must be enjoying her trip since I am not around.  She feels free and nobody could mumbling near her ears...ha..ha..ha..Am I a grumble???

Luckily Abang is with me.  He did cancelled his fishing plan with friends just to accompany me.  Although he did not seat next to me and just stay his home but that really encourage my day.  I am not carried away with my staying alone emotion.  I cheer up my day with a pile of notes  and a stack of references infront of me together my lovely pinky lappy.  I meditate myself by clicking my mouse here and there and continue  my studies.  But far away deep inside my heart, I still need a break.  I need at least a day holiday.  Was envy when everybody goes here and there. 

Fortunately, my friend did plan something for Sunday.  We are going to have barbeque at waterfall.  For a picnic, waterfall havent be in my list due to certain reason.  I dont like to climb up hills to get to the waterfall but its ok.  At least something for us rite.  This is the time  where we are going to tighten the bonding with each others.  We are going to laugh and laugh, eat and eat, happily enjoy the moment continously.  Hope this plan will turn  into reality at 1st place and turn happily moment for everybody.  Will pray for it.


Selamat Bercuti Semua!!!

Malam ni rasa macam banyak je nak tulis dalam blog ni.  Tapi tak tahu nak tulis berkaitan apa.  Dalam kepala macam-macam isu rasa nak dikongsikan, tapi bila dikumpulkan apa yang nak dikongsi rasa macam tak berapa seronoklah pula.  Idea tak berapa nak ada bila nak kupas topik-topik yang dipilih.  Mungkin kerana nak exam.  Tu yang tak tentu hala je kepala ni.  Sekejap ingat nak buat tu, sekejap nak buat yang ini.  Tak ada panduan arah yang tepat.  Bila pegang je buku rasa malas nak tengok pun ada. 

Yang sebenarnya mood bercuti tu dah terlalu menguasai dalam diri.  Macam cemburulah pula bila tengok orang sana berjalan, orang sini ber'holiday', orang sinun ambil cuti panjang.  Rasa macam tak lengkaplah pula bila diri sendiri tak dapat menikmati cuti hujung tahun yang panjang.  Nak buat macamana, masih ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan.  Kenalah kuat semangat, kan ini semua cabaran namanya.  Lagipun setakat tak dapat pergi bercuti je, bukannya apa pun.  Insyaallah kalau tak dapat kali ni, lain kali Allah tunaikan dengan cara yang lain pula.  Dah memang tertuliskan setiap orang akan dapat bahagian mereka masing-masing dalam pelbagai bentuk.  Yang penting bersabar itu perlu.

Bila sebut pasal bercuti je sebenarnya banyak yang kena put into consideration, rite?  Nak pergi bercuti bukannya senang.  Terutama dari segi faktor kewangan.  Sememangnya orang sekarang ni boleh dikatakan beruntung.  Setakat nak berjalan dalam Malaysia kira mampulah.  Bukan macam orang dulu-dulu.  Mana taknya, kalau dulu nak pergi bercuti nak fikir hal duit tu satu hal tapi mengenangkan kenderaan pun satu masalah juga.  Back in past 20 years, not everybody able to have their own transport.  Who ever owns car means they are rich enough compared to other families.  Nowdays, everybody manage to get at least one car for their family so to go for a holiday should not have such a big problem.

Alamak, dah bercampur aduk pula tiba-tiba!!!Kita tukar balik ke siaran Bahasa Melayu ok.  Kiranya kalau tak ada rezeki nak pergi berjalan jauh-jauh dapat pergi dekat-dekat pun jadilah.  Siapalah yang tak suka sebenarnya nak keluar bercutikan.  Kalau tak suka tu mesti ada perkara yang tidak dapat dielakkan.  Pilihan bercuti sekarang pun dah bermacam-macam.  Baik di dalam negara ataupun ke luar negara.  Pelbagai pakej menarik ditawarkan.  Siapa sangka kos nak pergi ke Indonesia contohnya boleh dapat sebegitu murah.  Harga yang tak pernah difikirkan pun, apa yang penting janji duitnya ada.  

Tapi, ada rasa macam tak puas hatilah pula bila mengenangkan perihal duit ni.  Entah kenapa sekarang rasanya bercuti dalam negara sendiri lebih mahal dari pergi melancong ke negara luar.  Tak payah nak buat perbezaan tentang perkara-perkara lainlah, kita tengok harga-harga hotel pun cukuplah.  Bila tengok rasa nak juling mata pun ada.  Baik dari hotel yang tak ada bintang sampailah ke hotel yang bintang-bintang bergemerlapan.  Faham, waktu-waktu macam nilah mereka nak buat untung sikit tapi perlukah keuntungan yang berlipat kali ganda?

Saya meluahkan rasa bukan hanya main tembak buta sahaja, tapi inilah kenyataan.  Saya betul-betul tak faham sampai sekarang kenapa pihak hotel mengenakan harga penginapan sampai tiga kategori:  Normal Days, Peak Season, Super Peak Season.  Kalau betul pun untuk mengenakan sedikit harga yang lebih tinggi tak perlulah sampai nak kena ada kategori sampai super peak.  Super Peak Season ni kiranya untuk waktu-waktu macam nilah bila musim cuti sekolah sekali dengan cuti umum.  Kebiasaannya harga untuk super peak ni dekat 50% naik dari harga biasa.  Kan tinggi sangat harga yang dikenakan tu?  Sudahlah kita kena bersaing dengan orang lain bila nak buat tempahan di mana siapa yang bayar dulu kira dapatlah buat tempahan.  Contohnya, harga bilik kategori Famili Room untuk hotel tiga bintang di Melaka kalau harga biasa RM180, tapi kerana kategori Super Peak Season harga bilik yang sama menjadi RM265 satu malam.  Kenaikkan harga sebanyak RM85.  Hampir 50% kan....

Bila memikirkan perkara-perkara macam nilah menyebabkan ada sesetengah orang terpaksa membatalkan percutian mereka.  Bukanlah nak berkira sangat untuk keluarga tapi sayang juga nak keluarkan duit sebegitu mahal hanya untuk penginapan yang kita akan nikmati satu malam sahaja.  Nak kata dapat layanan kelas pertama pun bukannya dapat apatah lagi musim-musim cuti, orang pula ramai.  Siapa yang menginap di bilik-bilik mewah dapatlah layanan bertaraf lima bintang, kita yang duduk setakat bilik-bilik standard ni tak perlulah meletak harapan tinggi.  Ada pakej menarik dari agensi pelancongan nak kena bayar awal-awal pula.  Bukan tak boleh nak bayar awal tapi takut minit-minit terakhir tak dapat nak beri komitmen pula.  Tak pasal-pasal duit tempahan lebur.

Rasanya kerajaan Malaysia kena kaji semula agaknya perletakan harga hotel di Malaysia.  Kata nak galakkan rakyat sendiri bercuti dalam negara, tapi kalau dah mahal-mahal sangat nanti rakyat fikir baiklah diaorang pergi  luar negara sahaja.  Dah tentu mahal tu satu hal.  Dalam masa yang sama dapat tengok negara orang  dah beri satu kelebihan.  Sebab tulah agaknya ramai rakyat kita lebih suka pergi melancong ke negara luar berbanding negara sendiri.  Padahal kita memang dah tahu negara kita banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. 

Tu baru masuk bab penginapan, belum lagi masuk bab makanan.  Peniaga-peniaga di kawasan pelancongan pun pandai.  Bila masuk je musim-musim yang boleh menguntungkan, mereka pun ambil kesempatan yang melampau.  Habis semua pakat naik harga.  Kesian pada yang berkeluarga besar.  Kalau setakat bawa duit cukup-cukup makan memang tercekiklah jawabnya.

Sudahlah kita ni boleh dikatakan terbeban dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat.  Segalanya memerlukan dan melibatkan faktor kewangan, jadi bila sebut nak bercuti je dalam negara sendiri pun tak mampu macamana??  Rasa macam melukut di tepi gantang pun ada kita ni.  Telan jelah air liur tengok iklan-iklan menarik yang menawarkan percutian.  Bukannya apa, saya yakin setiap orang berkeluarga mesti teringin nak bawa keluarga dia pergi jauh sikit dari hiruk pikuk bandar ni.  Selain ahli keluarga bergembira, diri sendiri pun boleh juga dapat melepaskan tekanan bebanan kerja. 

Saya meluah rasa tidak menyebelahi atau menyalahi sesiapa.  Meluahkan segala apa yang dirasa.  Apa pun segalanya terpulang kepada diri sendiri.  Tepuk dada tanya selera.  Macam saya sendiri walaupun harga mahal dikenakan tetapi tetap juga pergi bercuti walaupun agak terasalah juga bila kena keluar duit agak banyak.  Sebab bagi saya bercuti adalah salah satu cara untuk memeditasi diri.  Kita tinggalkan seketika bebanan kerja dan manfaatkan percutian supaya pulang dengan kualiti kerja yang mantap.

Saya akhiri bebelan tengah malam ini dengan ucapan Selamat Bercuti kepada semua dan moga selamat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat.. 





Thursday, December 24, 2009

Entri Buat Semua

Adakah manusia di dalam dunia ini tidak pernah berada di persimpangan delima?  Mustahil rasanyakan.  Hanya orang yang terpilih serta kata hatinya yang sentiasa benar sahaja pasti tidak akan berhadapan dengan masalah-masalah begini.  Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dari di duga dan diuji.  Kita lain pelbagai rupa, pelbagai warna serta jisim begitu juga dugaan-dugaan yang mendatang.  Ianya tetap lain dari setiap orang.


Paling susah dalam hidup ini bila hendak mengambil keputusan untuk memilih antara salah satu pilihan yang ada.  Perkara-perkara subjektif sering memeningkan kepala kita, walaupun kita sering berdoa semoga janganlah kita terikat di antara dua persimpangan.  Kepayahan berkali ganda pemberatannya apabila perlu melibatkan hati dan juga perasaan orang lain.  Tapi inilah dunia, segalanya berlaku penuh bersebab dan alasan.  Hanya yang bertuah dapat mengetahui mengapa dan kenapa perkara begini terjadi pada diri sendiri.  


Kepada sesiapa yang sedang berdepan dengan masalah-masalah begini, percayalah pada diri sendiri.  Hanya kita dan diri kita sahaja yang tahu baik buruk dalam membuat pertimbangan.  Kelak diri kita sendiri juga yang menikmati hasil dari keputusan yang diambil.  Andai pilihan yang dibuat kelak mengecewakan janganlah sesekali kita kecewa dengan diri sendiri.  Terus bangun dan bukalah langkah ke hadapan kerana hari ini kita di beri pilihan yang ini, kemudian hari kita tetap kembali bertemu dengan persimpangan jalan yang akan membuntukan.  Tabahkan hati kerana masih jauh lagi kehidupan yang bakal kita tempuh.  Selagi masih  menghirup udara di bumi Allah ini, selagi itulah kita bakal berada di persimpangan delima.


Kata-kata di atas ditujukan kepada yang gagal dalam mendapat kata putus dalam segala hal..Semoga kita sama-sama berjaya mengharungi kehidupan kita di dunia yang fana ini.