Followers

Saturday, April 24, 2010

Episod 7

Ini merupakan episod terakhir bagi percutian kami semua sewaktu cuti Tahun Baru Cina yang lalu.  Akhirnya sampai juga kepada penamat episod setelah melalui beberapa episod.  Di harap pembaca tidak merasa bosan dan sekiranya bosan saya sebagai tuan empunya blog saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kerana kebosanan telah menerjah ke dalam hidup anda semua.

Sebaik kami meninggalkan Kebun, kami telah singgah ke  Bandar Ipoh.  Hajat di hati ingin menikmati nasi kandar yang terkenal di sana atau lebih dikenali dengan nasi ganja.  Tetapi sayang, kedai tersebut tutup sempena sambutan Tahun Baru Cina.  Bukan rezeki CPR barangkali kerana kami semua pernah menjamah nasi tersebut kecuali CPR suami isteri.  Apa pun kami telah singgah ke kedai lain yang juga menjual nasi kandar cuma nasi kandarnya tidaklah sehebat nasi ganja yang kami maksudkan.  Hanya kami tiga buah kereta sahaja yang pergi, Nyah sekeluarga pula menuju ke kampung mereka sejurus meninggalkan Kebun.

Selesai menikmati juadah yang merangkap makan tengahari kami, kami mula bertolak pulang.  Bimbang tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, kami bercadang melalui jalan kampung.  Masuk sana keluar sini, alih-alih kami telah memasuki kawasan Gua Tempurung.  Apa lagi, haruslah kami meninggalkan tapak kami di sana tapi sayang kami semua tiba agak lewat petang.  Pintu masuk Gua Tempurung telah ditutup.  Sempat jugalah kami bergambar di perkarangan Gua Tempurung.

  Di hadapan pintu Gua Tempurung

Saya sayang sangat mereka ini!!!

Kesian Azam!!!hik..hik..hik..

Menggunakan teknik kamera self-captured

Mercu tanda Gua Tempurung
Dari Gua Tempurung kami menyambung semula perjalanan kami menuju ke Kuala Lumpur.  Perjalanan yang memenatkan sebenarnya kerana kami melalui kawasan kampung dan juga jaraknya juga agak jauh jika dibandingkan dengan lebuhraya.  Di tambah pula dengan kerap berhenti, makanya bertambah lewatlah perjalanan kami.  

8 malam kami tiba di Kuala Selangor dan perut masing-masing berbunyi minta diisi.  Kami hanya berhenti di salah sebuah restoran di tepi jalan.  Apa yang boleh kami katakan, kami kecewa berhenti makan di kedai tersebut.  Hampir kesemua makanan kami tidak boleh dimakan.  Makanan yang kami minta bukan sahaja tidak sedap tetapi rasanya bahan yang digunakan untuk memasak telah busuk atau lama sehingga menimbulkan rasa yang langsung tidak enak.  Sudahlah tempoh menanti agak lama.  Disebabkan masing-masing kepenatan, tiada sebarang rungutan di suarakan.  Dari kedai makan tersebut, kami masing-masing membawa haluan sendiri untuk terus pulang ke rumah dan keesokkannya kami semua terlantar kepenatan di rumah.  

Apa pun, kami bersyukur sangat-sangat kerana kami semua selamat pergi dan selamat pulang dan tidak ditimpa sebarang kecelakaan.  Berharap untuk percutian yang lain pula bersama mereka semua...

Muka-muka keletihan sambil menunggu makanan yang tak kunjung tiba

Walau letih, sengih tetap kena berikan

Mee Goreng yang rasanya amatlah....urgh!!!!

Ayu Bam Bam menikmati Kuew Tiaw Goreng yang rasanya juga...urggghh!!!!

Ekspresi tidak gembira kami sebaik keluar dari kedai makan tersebut

Kami bertiga bergambar kenangan sebelum masing-masing membawa haluan

Pose terakhir dari kami 5 sahabat!!


nota:  akhirnya sampai juga ke episod terakhir..Alhamdulillah...

No comments :

Post a Comment