Kerinduan sentiasa mengigit tangkai hati tatkala mengenang ruang bicara hati ini. Apakan daya, terlalu kebutuhan waktu buat masa ini. Apa yang diusahakan harus diberi keutamaan lantaran ianya adalah masa depan kami semua. Inilah yang dikatakan satu pengorbanan. Melihat keadaan sekarang, saya masih lagi mencongak keadaan di masa akan datang. Pasti segalanya berubah dengan sekelip mata selepas ini. Rezeki yang Allah kurniakan haruslah dibajai dengan sebaik mungkin, Insyaallah...
Sedar tak sedar, Januari telah hampir separuh kita lalui. Acap kali bibir menuturkan "betapa cepatnya masa berlalu", dan itulah kenyataannya. Kurang dari 2 minggu usia saya juga bakal menginjak ke angka baru. Usia yang seharusnya mencerminkan kematangan, tetapi adakah ianya seperti yang disangka? Saya sendiri tidak pasti. Apa yang pasti, terlalu banyak yang telah saya tempuh sepanjang menghela nafas di pentas pinjaman ini. Satu persatu saya kutip dan menjadikan ilmu diri buat benteng dalam membina kekuatan diri. Jika diberi pilihan, saya yakin tiada siapa mahu dipukul gelombang, tetapi semakin kita menjauhkan diri, semakin kuat gelora itu menghempas pantai. Adat kehidupan didunia. Namun dalam segala apa yang ditempuhi, yang utama saya bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk terus bernafas sehingga hari ini. Andai esok atau lusa jemputan hadir, dengan redha saya harus merelakan.
Banyak sebenarnya bicara yang ingin dicanai tetapi masih belum betah dengan himpitan masa lantas segalanya menjadi terkocoh-kocoh. Masih belum mengusai momentum. Kalungkanlah doa-doa kesejahteraan buat saya, moga dengan keizinannya ruang maya ini masih mampu bernafas dengan sempurna...
nota: Salam kerinduan buat semua...
No comments :
Post a Comment