Informasi yang saya perolehi dari peti email. Menarik untuk dikongsikan bersama teman-teman dan memberikan manafaat. Moga selepas ini tiada lagi di antara kita akan mencabut helaian rambut putih yang tumbuh melata, dan bakal menyayangi helaian uban itu :)
Al Baihaqi
membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di
dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah
s.a.w bersabda: “Uban
adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun
sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai
suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam
Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan
bahwa hadith ini hasan).
Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan:
Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan:
“Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan
dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim
kerana uban yang dia jaga di dunia.”
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah
mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa
saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu
akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu
kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu
Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad
hadith ini hasan)
Wallahualam...
P/s: Kepada yang mak ayah dia selalu suruh tolong cabutkan uban tu, cakap pada mereka bukan tak mahu tolong, tapi... jelaskan hadith ini kepada mereka. Kepada yang muda-muda dah beruban tu pun, tak perlulah malu.

No comments :
Post a Comment