Genap seminggu kita meraikan hari kemenangan. Sepanjang 7 hari Syawal banyak juga keluar menziarah saudara-mara. Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan dan ruang untuk bersama sanak saudara.
Nanti-nanti sahaja saya sambung cerita berhari raya ;) Bila sebut Hari Raya, beraneka lagu raya amat sinonim di telinga kita. Sejak kecil lagi kita dah terbiasa dengan lagu-lagu lama dan baru.
Tahun ni saya amat terpikat hati dengan sebuah lagu raya nyanyian Biduanita Syarifah Aini dan Hail Amir. Mula-mula dengar di radio ingatkan dendangan Allahyarham Rafeah Buang dan Allahyarham Ahmad Jais.
Berusaha Google, puas ke sana sini sebab tak tahu tajuk lagu tapi tak jumpa. Entah macamana tergerak hati nak menaip nama Syarifah Aini, rupanya lagu dendangan beliau. Lagu bertajuk Bisikan Hati di Hari Raya ini jarang sebenarnya saya dengari.
Mungkin dalam nisbah 1:8 dibandingkan dengan lagu-lagu popular lain, agakkan saya. Tetapi dek kelunakan paduan suara biduan dan biduanita tersohor itu menyebabkan saya tertawan dan lagu tersebut bermain-main di minda.
Jika lagu ini dekat dengan anda semua, selamat mendengar. Bagi tahun 2012, saya berikan lagu ini SONG OF THE YEAR (untuk diri saya). Mari layan perasaan dan terbuai dengan melodi indah beserta lirik amat bermakna.
Seperti biasa di ambil dari laman You Tube
nota: masih ada duka tersimpan...
No comments :
Post a Comment