Bertuah sangat apabila pihak Nuffnang memilih sebagai pemenang menjadi antara terawal menonton filem Lagenda Budak Setan 2 (LBS2) pada 26 November 2012.
Bila
dapat sahaja email dari Nuffnang terus balas tanpa banyak fikir walhal
lokasi tayangan agak jauh dari rumah, GSC Pavillion.
Akibatnya
terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas maha hebat. Bayangkan
seawal jam 6.30 petang keluar dari rumah, sampai di Pavillion jam 9.00
malam.
Nasib
baik kaunter Nuffnang masih dibuka, kalau tidak gigit jari. Namun
kepenatan berbalas kerana berpeluang bertemu dengan pelakon utama LBS2,
Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palare.
Paling
seronok Siti Cutie kerana berpeluang berjumpa dengan Remy Ishak yang
turut hadir. Siap ambil gambar lagi. Eh, Remy Ishak datang beri
sokongan pada Maya Karin ya?! =)
Kali
ini saya menonton LBS2 dengan dada kosong. Bukan tidak pernah baca
novel, tetapi sudah lupa apa jalinan cerita. Hanya samar-samar bermain
di kepala.
Tidak terlalu detail seperti LBS1. Mungkin kerana hanya membaca novel Katerina sekali lalu maka jalan cerita tidak begitu kuat melekat.
Bila
tiada perbandingan antara novel dan layar, saya menikmati sepenuhnya
LBS2. Tiada unsur tidak puas hati dan mahu membanding antara filem dan
novel
Okaylah,
LBS2. Boleh ditonton dan bagi penggemar filem romantik, filem ini
mampu mengembangkan bunga-bunga di hati terutama melihat adegan
percintaan Kasyah dan Katerina.
Agak
sedikit menjolok mata adegan romantis yang dipaparkan dan mungkin akan
ada suara-suara menyatakan ketidakpuasan hati berikutan isu ini.
Terpulang pada penilaian masing-masing.
**********************************************
Sinopsis ringkas LBS2 dari penceritaan saya =)
Setelah
kematian Ayu, Kasyah (Farid Kamil) menjaga anak mereka Athirah dengan
sendiri. Kat (Maya Karin) yang kecewa dengan perkahwinan Kasyah kembali
bersemangat dan mahu melupakan segala kesedihan.
Takdir
menemukan kembali mereka berdua dan percintaan separuh jalan disambung
semula. Dalam masa yang sama Kate diburu bekas kekasihnya, Hisyam
(Bront Palare) yang mahu menjalin semula percintaan.
Kate
mahu segera mengahwini Kasyah tetapi dihalang keluarga dengan alasan
mahu Kate betul-betul bersedia di samping mengukuhkan perniagaan
syarikat di luar negara.
Kate dan Kasyah diberi tempoh 3 tahun. Selepas tempoh tersebut baru mereka boleh berkahwin. Kedua-dua mereka akur.
Kate
ke luar negara bagi menjaga perusahaan keluarganya di sana juga mahu
melarikan diri dari dikejar Hisyam yang semakin gila sehingga sanggup
berbuat apa sahaja asalkan Kate menjadi miliknya.
Sewaktu
berjauhan, bapa Kate telah memerangkap Kasyah dan menunjukkan bukti
kecurangan Kasyah pada Kate lalu Kate memutuskan hubungan lantas
berkahwin dengan Hisyam.
Dalam masa yang sama Kasyah turut berhadapan masalah abangnya, Iskandar. Masalah yang turut sama mengheret anaknya, Athirah.
Apa
terjadi kepada mereka semua, Kasyah, Kate, Hisyam, Iskandar dan
Athirah? Mahu tahu, mula menonton filem ini yang akan ditayangkan di
seluruh pawagam mulai 29 November 2012.
********************************************
Menarik
juga LBS2 jika dibandingkan dengan LBS1. Gandingan Maya Karin dan
Farid Kamil sepadan. Tutur bahasa Maya semakin baik jika dibandingkan
di awal kemunculannya.
Ada
kelemahan, ada babak kurang logik tetapi dapat diterima dek akal.
Biasalah tu, mana ada perkara sempurna dalam satu-satu hal.
Lagu Sejati nyanyian Ning Baizura begitu menghambat rasa diri ini. Sekali dengan terus terpahat di minda.
Dari
5 saya beri 3.5 bintang. Jadi, jangan lupa sokong industri filem
tempatan. Bagi yang telah menonton LBS1, tentu mahu tahu apa jadi
seterusnya. LBS3 pula menyusul tahun hadapan.
Bagi yang belum menonton LBS1, LBS2 takkan sukar untuk difahami. LBS2 mempamerkan betapa besar kuasa cinta antara manusia.
Kerana cinta tiada perkara mustahil sehinggakan mengheret manusia menjadi hamba cinta. Segala ini ada dipaparkan di dalam LBS2.
Selamat menonton dan terima kasih Nuffnang kerana memilih saya dalam ramai-ramai yang turut serta dalam peraduan dianjurkan!
Imej diambil dari Google Image redirect ke blog ini
Berbaloi meredah kesesakkan lalu lintas melampau, berlari-lari ke pawagam. Dapat ambil gambar bersama tunggak utama LBS2 - Katerina
Ala, Farid Kamil tak pandang pula. Tak apa, janji ada gambar dengan mereka. Malam tu Diana Danielle turut hadir sama. Beri sokongan kepada suami!
Kembang-kuncup hati adikku ini dapat bergambar bersama aktor menjadi pujaan hati dia. Nasib dia perasan kelibat Remy Ishak, nak harapkan saya memang taklah.
Gambar ini saya ambil dari Twitter Maya Karin. Besarkan gambar dan cari di mana saya. He..he..he..
Sedang terngiang-ngiang akan lagu ini. Mulai hari ini sehingga jemu, lagu ini mengambil tempat di hati. Di ambil dari YouTube
nota: "Kebahagiaan Lebih Berharga Dari Kekayaan"
No comments :
Post a Comment